Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sungai Padas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Padas
Lokasi
NegaraMalaysia
Ciri-ciri fizikal
MuaraLaut China Selatan
Sungai Padas.

Sungai Padas terletak di kawasan Tenom , kawasan Beaufort dan ulu sungainya berasal dari kawasan Long Pasia , Sipitang  di yang berada di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur.

Ada sebuah landasan kereta api menuju ke ulu Sungai Padas. Istimewanya sungai ini ialah kereta api dibina di sepanjang Sungai Padas. Terdapat aktiviti berkayak atau naik bot belon (White Water Rafting) menyusuri Sungai Padas. Hulu Sungai Padas berasal dari Long Pasia, Sipitang.

Suasana aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas, Sabah, Malaysia.

Pada penghujung tahun 2010, projek saluran paip bawah laut RM365 juta dari Sungai Padas, Beaufort ke pulau Labuan siap. Penduduk Labuan seramai 85,000 orang kerap mengalami gangguan bekalan air berikutan dua daripada tiga empangan di Sungai Pagar dan Sungai Kerupang telah kering. Lebih 4000 orang pelajar di Kolej Matrikulasi dan Universiti Malaysia Sabah terpaksa mandi di tempat terbuka.[1]