Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Suaka politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencari suaka politik menikut negara asal pada tahun 2009.
  40,000 pemohon suaka politik
  30,000 pemohon suaka politik
  20,000 pemohon suaka politik
  10,000 pemohon suaka politik
  <10,000 pemohon suaka politik (atau tiada data)

Hak suaka (kadang-kadang dipanggil hak bersuaka politik adalah suatu konsep pengadilan kuno di mana orang yang dianiaya atau ditindas oleh negara mereka sendiri mungkin akan dilindungi oleh pihak berkuasa lain yang berdaulat misalnya negara-negara lain (atau pekerja gereja pada zaman pertengahan dahulunya yang boleh menawarkan tempat perlindungan). Hak ini sudah diterima pakai oleh orang Mesir, Yunani dan Ibrani yang turut diterima ke dalam amalan orang Barat. René Descartes melarikan diri ke Belanda, Voltaire ke England, dan Thomas Hobbes ke Perancis, kerana negara-negara ini menawarkan perlindungan untuk warga asing yang dianiaya.

Orang Mesir, Yunani, dan Ibrani mengiktiraf suatu "hak suaka" beragama, yakni melindungi penjahat (atau sesiapa sahaja yang dituduh melakukan jenayah) dari tindakan undang-undang dengan semampunya.[1][2] Prinsip ini kemudianyan diterima oleh institusi-institusi gereja Kristian, dan pelbagai peraturan telah dibangunkan yang menyatakan bagaimana untuk memenuhi syarat perlindungan dan sejauh mana tahap perlindungan yang akan diterima.[3]

Suaka politik moden

[sunting | sunting sumber]

Perkara 14 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan bahawa "semua orang mempunyai hak untuk mendapatkan dan menikmati suaka daripada penganiayaan di negara-negara lain." Konvensyen yang Berhubungan dengan Status Pelarian 1951 dan Protokol yang Berhubungan dengan Status Pelarian 1967 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberikan panduan terhadap undang-undang negara mengenai suaka politik. Dalam perjanjian ini, pelarian (atau untuk kes di mana pokok tindasan merujuk kepada cara yang telah digunakan secara langsung atau tidak langsung kepada pelarian) adalah orang yang berada di luar kawasan negara mereka sendiri (atau tempat kediaman jika tanpa warganegara) disebabkan rasa takut atas penganiayaan menurut alasan-alasan tertentu. Alasan-alasan yang diterima termasuk ras, kasta, kewarganegaraan, agama, pendapat politik dan keahlian dan/atau penyertaan dalam mana-mana kumpulan sosial atau kegiatan sosial yang khusus. Pembawaan mangsa penganiayaan kepada penganiaya mereka adalah suatu pelanggaran prinsip yang menjelekkan (non-refoulement), yang merupakan sebahagian daripada Undang-undang Antarabangsa lazim mahupun sementara.

Syarat-syarat dan kriteria ini diterima sebagai prinsip serta bahagian yang asas dalam perintah penidakjelekkan Konvensyen yang Berhubungan dengan Status Pelarian 1951 PBB.[4]

  1. ^ Numbers 35:25
  2. ^ Joshua 20
  3. ^ "Catholic Encyclopedia: Sanctuary".
  4. ^ Convention Relating to the Status of Refugees, Article 33 (1)