Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Simpuh air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Simpuh air
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
D. suffruticosa
Nama binomial
Dillenia suffruticosa
Sinonim[2]
  • Dillenia burbidgei (Hook.f.) Martelli
  • Dillenia suffruticosa var. borneensis (Ridl.) Ridl.
  • Wormia burbidgei Hook.f. (Unresolved)
  • Wormia subsessilis var. borneensis Ridl
  • Wormia suffruticosa[1] Griff.

Simpuh air, simpuh gajah, simpuh pasir, simpur air, simpur perempuan, simpur bini atau simpur (nama botani: Dillenia suffruticosa)[3]:162-163[4] ialah spesies tumbuhan dalam genus Dillenia keluarga Dilleniaceae yang ditemukan di hutan sekunder dan tanah paya[1] tropika Asia Tenggara.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama simpuh air dan simpoh air (Jawi: سيمڤوه اءير) dipakai di Semenanjung Melayu[3]:163 dan Singapura.[4]

Nama simpur (Jawi: سيمڤور) dipakai di Pulau Belitung, Natuna dan Sabah.[3]:163

Pokok simpuh air jenis renek yang tumbuh setinggi 6–10 meter. Batangnya kuat. Daun-daunnya disusun berselang-seli dalam lingkaran padat seperti kubis. Sehelai daun pokok berbentuk bujur dengan tepi yang sedikit bergigi, ukurannya 12–40 sentimeter (4.7–15.7 in) panjang dan 6–12 cm (2.4–4.7 in) lebar.[1][4]

Pokok simpuh air berbunga selepas 3–4 tahun.[1]

Bunga dan buah

[sunting | sunting sumber]

Bunganya muncul pada tangkai induk yang menunduk, sekuntum bunga simpuh air berukuran 8–13 cm (3.1–5.1 in) lebar dan berwarna kuning, ia kembang pada kira-kira pukul 3 pagi sampai satu jam sebelum matahari terbit.[5] Ia tidak mengeluarkan bau dan nektar.

Buahnya berbentuk bintang pecah tujuh atau 8 berwarna merah jambu dengan tepi berwarna putih. Isinya merah menyala dengan biji berwarna ungu atau perang pucat dengan selaput merah dan tanpa rasa. Buahnya merekah sebelum waktu subuh menonjolkan biji benih yang amat digemari burung dan monyet.[1][5]

Daunnya sering digunakan bagi membalut makanan seperti tempe dan rojak.[4]

  1. ^ a b c d e Corner, E. J. H. (1997). Wayside Trees of Malaya (PDF). I (ed. ke-4). Persatuan Pencinta Alam Tanah Melayu. m/s. 207–208 – melalui The Figs of Borneo.
  2. ^ "Dillenia suffruticosa (Griff. ex Hook.f. & Thomson)". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 5 April 2023.
  3. ^ a b c Hoogland, R.G. (1972). "Dilleniaceae". Flora Malesiana. 4 (1): 141–174 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  4. ^ a b c d Tan, Ria. "Simpoh air (Dillenia suffruticosa)". Wild Singapore. Dicapai pada 5 April 2023.
  5. ^ a b Silk, J.W.F. (2009). "Dillenia suffruticosa". Plants of Southeast Asia. Dicapai pada 6 December 2016.