Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ular (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Serpens)
Serpens
Buruj
Serpens CaputSerpens Cauda
Nama LatinSerpens
SingkatanSer
GenitifSerpentis
Sebutan/serpens/,
genitif /serpentis/
SimbolismeUlar
Pencerapan
(Epok J2000)
Serpens Caput: 15j 10.4m hingga 16j 22.5m
Serpens Cauda: 17j 16.9m hingga 18j 58.3m
KeseronganSerpens Caput: 25.66° hingga −03.72°
Serpens Cauda: 06.42° hingga −16.14°
KeluargaHerkules
KeluasanSerpens Caput: 428 darjah persegi
Serpens Cauda: 208 darjah persegi
Jumlah: 637 darjah persegi (ke-23)
Bintang
Bintang utama11
57
Bintang dengan planet
15
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2
Bintang paling terang
α Ser (Unukalhai) (2.63m)
Bintang terhampirGJ 1224
(24.60 tc, 7.54 pc)
Objek
Objek Messier2
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +80° dan −80°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Julai.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ular, Ular Besar, atau Serpens (Ser) ialah sebuah buruj hemisfera utara. Sebagai salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, buruj ini kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Buruj ini adalah unik daripada buruj-buruj moden lain kerana terbahagi kepada dua bahagian tidak berdampingan, Serpens Caput atau Kepala Ular ke barat dan Serpens Cauda atau Ekor Ular ke timur. Di antara kedua-dua bahagian ini terletaklah buruj Ophiuchus (Peregang Ular). Dalam perwakilan kiasan, badan ular ini diwakilkan melalui belakang Ophiuchus di antara μ Ser dalam Serpens Caput dan ν Ser dalam Serpens Cauda.

Bintang-bintang tercerah dalam Serpens ialah Unukalhai atau Cor Serpentis atau Jantung Ular, dengan magnitud ketara sebanyak 2.63. Sebahagian Bimasakti melalui Serpens Cauda, yang lalu kaya dengan objek langit lepas, seperti Nebula Helang (IC 4703) dan gugusan bintang berkaitannya, Messier 16. Nebula ini berukuran sebesar 70 tahun cahaya kali dengan 50 tahun cahaya dan mengandungi Tiang-tiang Ciptaan, tiga awan debu yang menjadi terkenal kerana imej yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble. Yang terletak dalam Serpens Caput ialah Sekstet Seyfert, salah sebuah gugusan galaksi paling padat yang diketahui, dan Arp 220, galaksi inframerah ultraberkilau. Sebagai tambahan, buruj ini juga mengandungi Tembok Besar Herkules–Mahkota Utara, objek terbesar di alam semesta.

  • Levy, David H. (2005). Deep Sky Objects. Prometheus Books. ISBN 1-59102-361-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ian Ridpath dan Wil Tirion (2007). Stars and Planets Guide, Collins, London. ISBN 978-0-00-725120-9. Akhbar Universiti Princeton, Princeton. ISBN 978-0-691-13556-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Serpens

Koordinat: Peta langit 17h 00m 00s, +03° 00′ 00″