Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Selum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selum
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Apiales
Keluarga: Apiaceae
Genus: Oenanthe
Spesies:
O. javanica
Nama binomial
Oenanthe javanica
Sinonim[1]
  • Cyssopetalum javanicum Turcz.
  • Dasyloma corticatum Miq.
  • Dasyloma japonicum Miq.
  • Dasyloma javanicum (Blume) Miq.
  • Dasyloma laciniatum (Blume) Miq.
  • Dasyloma latifolium Lindl.
  • Dasyloma subbipinnatum Miq.
  • Falcaria javanica (Blume) DC.
  • Falcaria laciniata (Blume) DC.
  • Oenanthe decumbens Koso-Pol.
  • Oenanthe kudoi Suzuki & Yamam.
  • Oenanthe normanii F.P. Metcalf
  • Oenanthe stolonifera Wall. ex DC
  • Oenanthe subbipinnata (Miq.) Drude
  • Phellandrium stoloniferum Roxb.
  • Sium javanicum Blume

Pokok selom (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Taburan aslinya meluas di kawasan-kawasan Asia yang beriklim sederhana dan tropika, malah ia juga asli di Queensland, Australia.[2]

Pokok selom merupakan pokok saka herba yang mampu mencapai ketinggian satu meter. Akarnya berserat dan tumbuh dari semua buku. Bunganya berkelopak lima dengan lima stamen. Daunnya wangi dan glabrus (licin tidak berbulu) dengan tangkai berupih. Anak daunnya berbentuk cuping-cuping kedut.[3] Pokok ini tumbuh liar di kawasan lembap di sepanjang alur dan tepi kolam.

Tumbuhan ini mengandungi bahan-bahan persikarin dan isorhamnetin.[4]

Kegunaan masakan

[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun kebanyakan ahli Oenanthe beracun, namun Oenanthe javanica boleh dimakan, malah dijadikan tanaman di negara-negara China, India, Jepun, Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand, Taiwan, dan Vietnam, dan juga di Itali, di mana ia dipupuk pada musim bunga sebagai sayur.

Nusantara

[sunting | sunting sumber]

Kerabu daun selom antara hidangan berulam yang mudah dimasak dalam masakan Melayu. Ia terdiri daripada ulam yang diperbuat daripada daun selom, dengan sayur-sayuran lain seperti kacang botol, daun cekur, kacang panjang, bunga kantan, bawang kecil, dan tauge, dilengkapi dengan sambal yang diperbuat daripada kelapa parut, cili, bawang merah, udang kering dan lain-lain.[5]

Pokok selom dikenali di Jepun sebagai seri (セリ) dan merupakan salah satu ramuan bagi hidangan simbolik perayaan musim bunga Jepun, Nanakusa-no-sekku.

Di Korea, pokok ini dipanggil minari (미나리) dan dimakan sebagai sayur namul.[6]

  1. ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 12 May 2016
  2. ^ "Oenanthe javanica". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 2 August 2015.
  3. ^ Tanaka, Yoshitaka; Van Ke, Nguyen (2007). Edible Wild Plants of Vietnam: The Bountiful Garden. Thailand: Orchid Press. m/s. 26. ISBN 978-9745240896.
  4. ^ Anticoagulant activities of persicarin and isorhamnetin. Ku SK, Kim TH and Bae JS, Vascul Pharmacol., April 2013, volume 58, issue 4, pages 272-279, doi:10.1016/j.vph.2013.01.005
  5. ^ "Resepi Kerabu Daun Selom Paling Sedap". MD Hairul Hissam. Dicapai pada 1 April 2021.
  6. ^ Journal of Plant Biology - Volumes 45-46 2002- Page 83 "The cultivated type , “ Minari ” , is a major vegetable crop . These two types are not easily distinguishable ; even quantitative characters such as leaf and petiole size cannot be used as criteria for their classification . "
[sunting | sunting sumber]
  • Data berkenaan Selum di Wikispesies
  • Kategori berkenaan Selum di Wikimedia Commons

Templat:Edible Apiaceae

Templat:Herb-stub