Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Selamat Malam Tan Sri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat Malam Tan Sri
GenreDrama
Berdasarkan daripada
Selamat Malam Tan Sri karya Sri Diah
Ditulis olehAhmad Saabun
PengarahRaja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAkhbar Hashim
PenerbitArif Mitik
Zuraini Sanid
PenyuntingKas Roshan
LokasiMalaysia
Tempoh siaran39–42 minit
Syarikat penerbitan
Iris Integrated Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal27 September 2018 – 17 Januari 2019

Selamat Malam Tan Sri adalah drama adaptasi novel 2018 dengan tajuk yang sama karya Sri Diah.[1]

Kisah tentang seorang wartawan bernama Hanim Hanani (Reen Rahim) yang mahu membongkar rahsia Tan Sri Rahman (Eizlan Yusof) yang dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok. Dia gigih bekerja, siang malam memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dengan wartawan bernama Hanim Hanani.

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik.

Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua. Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Isteri pertamanya wanita ternama, berharta dan berkedudukan iaitu Puan Sri Rosnita (Marissa Yasmin). Begitu juga isteri keduanya, Netty Karmila (Julia Ziegler), bekas ratu cantik yang digilai ramai.

Sementara itu Puan Sri Rosnita boleh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekah kewujudannya sebagai isteri pertama. Sebagai suami Tan Sri Rahman Shah sememangnya hampir sempurna dan pandai berkongsi kasih. Dia adil dalam segala hal. Rumah banglo. Hal keperluan harian, duit belanja, percutian dan sebagainya semua lengkap. Cuma satu sahaja iaitu melibatkan populariti. Puan Sri Rosnita tidak glamor seperti isteri keduanya, Netty Karmila.

Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.

Netty Karmila, bekas ratu cantik sukar menerima kenyataan dirinya sudah semakin pudar popularitinya sejak berkahwin. Apabila semuanya terjebak – Netty Karmila, Puan Sri Rosnita dan Hanim Hanani, terjadi situasi yang tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki bernama Tan Sri Rahman Shah.

Muncul pula Saiful Azam (Idris Khan) antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim keliru memikirkan siapa yang harus dipilih. Dia mahu lari, pergi jauh tapi ke mana?

Watak Utama

[sunting | sunting sumber]

Watak Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Watak Sampingan

[sunting | sunting sumber]
  • Shahril Sabah sebagai Jamal
  • Hazlan Tamsir sebagai Hazlan
  • Asang sebagai Asang
  • Kak Ema Latah sebagai Orang Gaji Tan Sri
  • Abang Zul sebagai Pakngah
  • Kak Nurin sebagai Makngah
  1. ^ "Adaptasi Novel Popular SELAMAT MALAM TAN SRI Temui Penonton RTM". Budiey. 20 September 2018.