Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sebutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Sebutan (ataupun ucapan atau lafaz) ialah cara sesuatu perkataan atau bahasa diucapkan. Hal ini boleh merujuk kepada urutan bunyi yang dipersetujui secara umum digunakan dalam penuturan perkataan atau bahasa tertentu dalam dialek tertentu ("sebutan yang betul") atau hanya cara individu tertentu menuturkan sesuatu perkataan atau bahasa.

Perkataan yang dipertikaikan atau disalah sebut secara meluas biasanya disahkan oleh sumber asalnya, seperti nama bandar dan pekan ataupun perkataan GIF.[1]

Sesuatu perkataan boleh dituturkan dengan cara yang berbeza oleh pelbagai individu atau kumpulan bergantung kepada banyak faktor, seperti: tempoh pendedahan budaya pada zaman kanak-kanak mereka, lokasi kediaman semasa mereka, gangguan suara,[2] kelompok etnik mereka, kelas sosial mereka, atau pendidikan mereka.[3]

Istilah linguistik

[sunting | sunting sumber]

Suku kata dikira sebagai unit bunyi (fon) yang digunakan dalam bahasa. Cabang linguistik yang mengkaji unit bunyi ini ialah cabang fonetik. Fon-fon yang memainkan peranan yang sama dikumpulkan bersama ke dalam kelas yang dipanggil fonem; kajian kelas ini ialah bidang fonemik atau fonologi. Fon sebagai komponen artikulasi biasanya diterangkan menggunakan Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA).[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Gif's inventor says ignore dictionaries and say 'Jif'". May 22, 2013 – melalui www.bbc.com.
  2. ^ Beech, John R.; Harding, Leonora; Hilton-Jones, Diana (1993). "Assessment of Articulation and Phonology". Dalam Grunwell, Pam (penyunting). Assessment in Speech and Language Therapy. CUP Archive. m/s. 55. ISBN 0-415-07882-2.
  3. ^ Paulston, Christina Bratt; Tucker, G. Richard (February 14, 2003). "Some Sociolinguistic Principles". Dalam Labov, William (penyunting). Sociolinguistics: The Essential Readings. Wiley-Blackwell. m/s. 234–250. ISBN 0-631-22717-2.
  4. ^ Schultz, Tanja (June 12, 2006). "Language Characteristics". Dalam Kirchhoff, Katrin (penyunting). Multilingual Speech Processing. Elsevier. m/s. 12. ISBN 0-12-088501-8.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Sebutan di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus sebutan di Wikikamus