Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Seventeen (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seventeen
Seventeen pada 2022
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Ahli
  • S.Coups
  • Jeonghan
  • Joshua
  • Jun
  • Hoshi
  • Wonwoo
  • Woozi
  • DK
  • Mingyu
  • The8
  • Seungkwan
  • Vernon
  • Dino

Seventeen (Hangul세븐틴) juga digayakan sebagai SEVENTEEN atau sebagai SVT, adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubukan oleh Pledis Entertainment pada tahun 2015. Kumpulan ini terdiri daripada tiga belas orang ahli: S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino. Seventeen telah menakluki penonton yang ramai sejak debutnya dan telah berkembang menjadi kumpulan K-Pop yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan muzik dan persembahan yang terkenal.

Kumpulan ini memulakan debut pada 26 Mei 2015 dengan album mini (EP) '17 Carat[2] yang menjadi album K-pop paling lama dalam carta tahun ini di AS[3] dan satu-satunya album rookie yang muncul dalam senarai Billboard "10 Best K-Pop Albums of 2015".[4][5] Seventeen telah mengeluarkan empat album studio, dua belas EP dan tiga terbitan semula.

Seventeen dianggap sebagai kumpulan idola "menghasilkan sendiri", dengan ahli terlibat dalam penulisan lagu, pengeluaran muzik dan koreografi, antara aspek muzik dan persembahan mereka.[6][7] Mereka membuat persembahan sebagai satu kumpulan dan dibahagikan kepada tiga unit—hip-hop, vokal dan persembahan—masing-masing dengan bidang pengkhususan yang berbeza. Mereka telah dilabelkan sebagai "Performance Kings", "Theater Kids of K-Pop" dan "K-Pop Performance Powerhouse'" oleh pelbagai media tempatan dan antarabangsa.[8][9][10][11]

Nama Seventeen berasal daripada ungkapan "13 ahli + 3 unit + 1 kumpulan", mewakili bagaimana 13 orang ahli dibahagikan kepada tiga unit berbeza dan bersatu membentuk satu kumpulan yang padu.[12][13] Nama itu pada asalnya merujuk kepada cara 17 ahli (dengan 4 bekas pelatih pra-debut yang lain — Jang Do-yoon, Samuel Kim, Shin Dong-jin dan Yao Mingming) merancang untuk debut.[14]

Hip-Hop Team

[sunting | sunting sumber]
  • S.Coups (에스쿱스) — ketua, ketua hip-hop unit, penyanyi "rap"[15][16]
  • Wonwoo (원우) – penyanyi "rap"[15][16]
  • Mingyu (민규) – penyanyi "rap"[15][16]
  • Vernon (버논) – penyanyi "rap"[15][16]

Vocal team

[sunting | sunting sumber]
  • Woozi (우지) – ketua vocal unit, vokalis, penerbit [15][16]
  • Jeonghan (정한) – vokalis[15][16]
  • Joshua (조슈아) – vokalis[15][16]
  • DK / Dokyeom (도겸) – vokalis[15][16]
  • Seungkwan (승관) – vokalis[15][16]

Performance team

[sunting | sunting sumber]
  • Hoshi (호시) – ketua performance unit, penari, vokalis, penyanyi "rap"[15][16]
  • Jun () – penari, vokalis[15][16]
  • The8 (디에잇) – penari, vokalis[15][16]
  • Dino (디노) – penari, vokalis, penyanyi "rap"[15][16]

Pada 21 Mac 2018, ahli DK, Seungkwan dan Hoshi memulakan debut sebagai sub-unit yang dipanggil BSS (Hangul부석순) atau BooSeokSoon yang merupakan gabungan nama ahli. Mereka mengeluarkan single pertama mereka "Just Do It" dan melakukan promosi untuk masa yang singkat.[17][18] Pada Januari 2023, Pledis mengumumkan bahawa BSS akan comeback selepas lima tahun tidak aktif dengan album single pertama mereka Second Wind pada 6 Februari.[19] Ia dikeluarkan bersama video muzik untuk single utamanya "Fighting" yang menampilkan Lee Young-ji. Album ini mengandungi dua buah lagu lain "Lunch" dan "7PM" yang terakhir menampilkan artis Norway Peder Elias.[20] Pada hari pertama pelancarannya, Second Wind menjual lebih 478,000 salinan, memecahkan rekod jualan minggu pertama untuk album yang dikeluarkan oleh sub-unit band K-pop.[21] Menjelang akhir minggu pertama, album itu terjual rekod 610,189 salinan secara keseluruhan.[22] BSS memperoleh anugerah pertunjukan muzik pertama mereka pada 15 Februari 2023, dengan single utama mereka "Fighting" di MBC M Show Champion.[23]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Korea

  • Love & Letter (2016)
  • Teen, Age (2017)
  • An Ode (2019)
  • Face the Sun (2022)

Album Jepun

  • Always Yours (2023)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Rancangan televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Nota Ref.
2015 Seventeen Project: Debut Big Plan 7 episod [24]
2016 Seventeen's One Fine Day 9 episod [25]
2017 Seventeen's One Fine Day in Japan 8 episod [26]
2018 SVT Club 8 episod [27]
2021 Going Seventeen: Treasure Island: 13 Raiders 2 episod pra-keluaran [28]
In the Soop SVT ver. 4 episod sorotan [29]
2022 Hybe Japan TV Program bulanan Jepun [30][31]
2023 In the Soop SVT ver. Season 2 3 episod sorotan [32]
2024 Nana Tour with Seventeen 6 episod (Versi Disunting) [33]

Rancangan dalam talian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Nota Ref.
2012–2014 Seventeen TV 4 musim, 68 episod [34]
2015 Hoshi and Seungkwan's Andromeda 26 episod [35]
2017–2023 Going Seventeen Masih berlangsung [36]
2020 IF Seventeen 17 episod [37]
Seventeen: Hit The Road Dokumentari, 15 episod [38]
2021 Smash. House Siri video berasaskan aplikasi Jepun [39]
In the Soop SVT ver. 8 episod [40]
2022 17PLAY Eksklusif Facebook, 5 episod [41]
Smash. Fighting Siri video berasaskan aplikasi Jepun [42]
2023 In the Soop SVT ver. Season 2 6 episod [32]
2024 Nana Tour with Seventeen 6 episod (Versi penuh) [33]
Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
2022 Seventeen Power of Love: The Movie Diri mereka sendiri Dokumentari/konsert [43][44]

Konsert dan jelajah

[sunting | sunting sumber]

Jelajah dunia

[sunting | sunting sumber]
  • Diamond Edge (2017)
  • Ode to You (2019–2020)
  • Be the Sun (2022)
  • Follow (2023)

Jelajah Asia

[sunting | sunting sumber]
  • Shining Diamonds (2016)
  • Ideal Cut (2018)

Jelajah Jepun

[sunting | sunting sumber]
  • Japan Arena Tour 'SVT' (2018)
  • Japan Tour 'HARU' (2019)
  • Japan Tour 'FOLLOW' (2023)

Konsert dalam talian

[sunting | sunting sumber]
  • In-Complete (2021)
  • Power of Love (2021)
  1. ^ a b "Seventeen Announce Release Date for Mini Album, 'Your Choice'". Billboard. May 18, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2021. Dicapai pada May 18, 2021.
  2. ^ Benjamin, Jeff (2015-05-30). "Here's What a 13-Member K-Pop Boy Band Looks Like: Watch 'Adore U' by Seventeen". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada May 31, 2015. Dicapai pada 2016-05-15.
  3. ^ Benjamin, Jeff (2015-12-22). "K-Pop's 2015 Rookies: Who's Working It, & Who Needs Work". Fuse. Diarkibkan daripada yang asal pada June 4, 2016. Dicapai pada 2016-05-15.
  4. ^ Benjamin, Jeff; Oak, Jessica (2015-12-30). "The 10 Best K-Pop Albums of 2015". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada January 1, 2016. Dicapai pada January 16, 2015.
  5. ^ Kim, JiYeon (2016-01-16). "KPOP NEWS – Seventeen is Only Rookie Group to Make Billboard′s Best K-Pop Albums List". Mwave. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2016. Dicapai pada 2016-05-09.
  6. ^ "Seventeen hopes to shine like diamonds with '17 Carat'". The Korea Herald. 2015-05-26. Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2020. Dicapai pada 2016-05-09.
  7. ^ Benjamin, Jeff (2016-05-04). "Seventeen Send Their 'First Love&Letter' to Top 5 of World & Heatseekers Album Charts". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 14, 2019. Dicapai pada 2016-07-30.
  8. ^ "세븐틴, '아타카'로 글로벌 접수…이래서 'K팝 퍼포먼스 자부심'이다" (dalam bahasa Korea). 2021-10-27. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2022. Dicapai pada January 14, 2022.
  9. ^ "세븐틴, 신곡 '홈런' 안무 영상 공개···퍼포먼스 끝판왕" (dalam bahasa Korea). 2020-10-24. Diarkibkan daripada yang asal pada January 15, 2022. Dicapai pada January 14, 2022.
  10. ^ "세븐틴, 4월1일 美 '엘렌쇼' 출연…'HIT' 무대 예고" (dalam bahasa Korea). 2021-03-26. Diarkibkan daripada yang asal pada January 15, 2022. Dicapai pada January 14, 2022.
  11. ^ "세븐틴, '제임스 코든쇼' 이어 '켈리 클락슨 쇼'까지 화제…성공적 美 TV 데뷔" [Seventeen, 'James Corden Show' followed by 'Kelly Clarkson Show' Successful US TV debut]. Diarkibkan daripada yang asal pada January 15, 2022. Dicapai pada 2022-01-15.
  12. ^ Kim, Mihwa (2015-06-08). "세븐틴이 궁금하다..13명인데 왜 세븐틴이에요?(인터뷰)". 스타뉴스 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2021. Dicapai pada 2021-05-26.
  13. ^ Kwak, Kristine (2021-01-06). "Why K-Pop Group Seventeen Can Never Be Divided". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 10, 2021. Dicapai pada 2021-05-25.
  14. ^ Nu, Tram Anh Ton (2020-10-22). "SEVENTEEN Only Has 13 Members — So Where Did Their Name Come From?". Showbiz Cheat Sheet (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2023. Dicapai pada 2023-11-09.
  15. ^ a b c d e f g h i j k l m Moon, Kat (July 29, 2020). "Everything to Know About K-Pop Group Seventeen". Time (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 30, 2020. Dicapai pada 2021-05-25.
  16. ^ a b c d e f g h i j k l m Tamondong, Hanna (September 26, 2020). "Everything You Need To Know About The Members Of The K-Pop Boy Group, Seventeen". Cosmopolitan Philippines (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 21, 2020. Dicapai pada 2021-05-25.
  17. ^ "Everything to Know About K-Pop Group Seventeen" (dalam bahasa Korea). Osen. July 29, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada July 30, 2020. Dicapai pada May 25, 2021.
  18. ^ "[공식입장] 세븐틴 측 "호시X승관X도겸, 스페셜 유닛 3월 공개"" (dalam bahasa Korea). 서경스타. Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2022. Dicapai pada March 13, 2018.
  19. ^ Lee, Min-ji (January 9, 2023). "세븐틴 유닛 부석순, 5년만 돌아온다 "2월 6일 컴백" [공식]". Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 10, 2023.
  20. ^ "Seventeen's Seungkwan, DK & Hoshi Are 'Fighting' in Special Unit Release: Meet 'BSS'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2023. Dicapai pada February 7, 2023.
  21. ^ "[Today's K-pop] Seventeen unit sets sales record with 1st single". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). February 7, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2023. Dicapai pada February 7, 2023.
  22. ^ "[초동 기록] 세븐틴 부석순, 첫 싱글앨범 초동 61만 장 돌파...스페셜 유닛의 하프 밀리언 셀러 등극 (한터차트 공식)". Hanteo News (dalam bahasa Korea). February 13, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2023. Dicapai pada February 13, 2023.
  23. ^ Yoon, Ki-baek (2023-02-16). ""4세대는 우리가 접수"… 세븐틴 부석순, 첫 음방 1위" ["We take over the 4th generation"... Seventeen's Boo-Seok-soon, first music video 1st place]. 이데일리 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2023-02-16.
  24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama naver1
  25. ^ "Seventeenday". Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2017. Dicapai pada Februari 26, 2017.
  26. ^ "세븐틴, 사상 최초 '어느 멋진 날' 재출연...일본서 생존력 검증". Ten Asia. Naver. 2016-12-26. Diarkibkan daripada yang asal pada March 29, 2019. Dicapai pada 2017-03-12.
  27. ^ "세븐틴, 새 리얼리티 'SVT클럽' 선보인다…韓·日 동시 방송". Xsports News. Naver News. 2018-03-12. Diarkibkan daripada yang asal pada March 29, 2019. Dicapai pada 2018-03-14.
  28. ^ "'고잉 세븐틴' 세븐틴, 거대 스케일 보물섬에 깜짝..무인도서 스펙터클 보물찾기 대모험" ['Going Seventeen' Seventeen, Surprised by a Giant Scale Treasure Island] (dalam bahasa Korea). June 3, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2022. Dicapai pada 2022-01-20.
  29. ^ "세븐틴, '인더숲 세븐틴편' 포스터 공개…29일 위버스 이어 JTBC 방송" [Seventeen unveils poster for 'In the Forest Seventeen'... Following Weverse, JTBC broadcast] (dalam bahasa Korea). August 12, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2022. Dicapai pada 2022-01-19.
  30. ^ "BTS や Seventeen などグローバルスターを多数輩出するレーベルを傘下におくHYBEの記念すべき日本初地上波冠番組『HYBE JAPAN TV』、6月28日よりフジテレビで放送決定" [HYBE JAPAN TV, a memorable Japan terrestrial broadcasting crown program with labels that produce many global stars such as BTS and Seventeen, will be broadcast on Fuji TV from June 28th] (dalam bahasa Jepun). June 8, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2022. Dicapai pada 2022-06-08.
  31. ^ "Hybe Japan TV" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2022. Dicapai pada 2022-06-08.
  32. ^ a b "Seventeen is heading back 'In the Soop' for Season 2". GMA Network. December 31, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2023. Dicapai pada January 10, 2023.
  33. ^ a b "PD Na Young Seok's Nana Tour with Seventeen first broadcast on January 5th". JTBC News. December 18, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2023. Dicapai pada December 23, 2023.
  34. ^ Park, Jeong-seon (2013-03-30). "'17인조 아이돌' 세븐틴, '세븐틴 TV'서 대중과 만난다" [Seventeen, a 17-member idol, meets the public on "Seventeen TV".]. Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2021. Dicapai pada 2021-05-25.
  35. ^ Kim, Hee-kyung (2015-06-02). "세븐틴 (Seventeen), 아프리카 방송으로 '접속 폭주'… '터질 것 같은 인기'". Topstar News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2022. Dicapai pada 2021-05-25.
  36. ^ Hong, Seung-han (June 13, 2017). "세븐틴, 유튜브 통해 '고잉 세븐틴' 에피소드 1화 공개" [Seventeen will release the 1st episode of "Going Seventeen" on YouTube.]. Sports Seoul (dalam bahasa Korea). Naver. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2021. Dicapai pada 2021-05-23.
  37. ^ "IF Seventeen". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2022. Dicapai pada 2022-06-09.
  38. ^ Kim, Hyo-jeong (May 13, 2020). "세븐틴, 월드투어 이야기 담은 다큐멘터리 선보인다" [Seventeen presents a documentary about their World Tour.]. Yonhap News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 25, 2021. Dicapai pada October 25, 2021.
  39. ^ "Seventeen のシェアハウスへようこそ!smash.オリジナルコンテンツ本日配信スタート" [Welcome to Seventeen's share house! smash. Original content] (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada January 20, 2022. Dicapai pada 2022-01-19.
  40. ^ "In the Soop SVT ver". Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2021. Dicapai pada 2022-06-09.
  41. ^ "17PLAY". Facebook. Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2022. Dicapai pada 2022-05-09.
  42. ^ "スーツ姿の Seventeen があなたを応援、smash.オリジナルコンテンツ第2弾配信スタート" [Seventeen in suits supports you, smash. 2nd original content distribution starts] (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2022. Dicapai pada 2022-03-27.
  43. ^ "세븐틴, 스크린서 만난다…4월20일 개봉" [Seventeen, I'm meeting you on the screen...Released on April 20th.] (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2022. Dicapai pada 2022-03-02.
  44. ^ "Seventeen Power of Love: The Movie" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2022. Dicapai pada 2022-03-02.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]