Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sarugaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sarugaku (猿楽, muzik monyet) adalah seni pertunjukan tradisional Jepun yang antara lain mempersembahkan aktiviti akrobat, menjugel, dan pantomim yang disampaikan secara humor.

Pemain sarugaku dan kyōgen yang merupakan pelakon senior dalam kelompok disebut Gakutō, sedangkan penyanyi (Tayu) dan anggota biasa dipanggil Sarugaku-shi atau singkatan Sarugaku.

Asal-usul kata

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "Sarugaku" berakar dari perkataan Sangaku (散樂, 散楽) dan penggunaannya mula berkembang di zaman Heian hingga zaman Muromachi. Perubahan sebutan Sangaku menjadi Sarugaku (bunyi "n" menjadi "ru") bukanlah sesuatu perkara yang biasa dalam bahasa Jepun. Sebagai pertunjukan humor yang meniru gerak-geri (pantomim), penonton mungkin mengasosiasikan pelakonan aktor sarugaku yang bagaikan seekor monyet (saru), hingga akhirnya nama pertunjukan ini ditulis dengan aksara kanji untuk monyet. Lagipun, orang ramai mungkin lebih tertarik menonton persembahan yang diberi nama "musik monyet" (sarugaku) daripada sangaku.

Sarugaku juga memiliki cara penulisan yang lain dengan memakai aksara kanji yang berbeza untuk monyet, tetapi masih lagi dibaca sebagai Sarugaku (申樂, 申楽). Penulisan seperti ini digunakan di dalam buku catatan seorang pelakon terkenal, Zeami. Walaupun Sarugaku telah berkembang menjadi seni teater Noh di zaman Edo dan kalangan samurai juga sudah mengangkatnya sebagai seni musik rasmi, Noh tetap ditulis sebagai "Sarugaku" dalam catatan sejarah rasmi Keshogunan Edo yang berjudul Tokugawa-Jikki. Akhirnya, pada zaman Meiji, Noh dan Kyōgen menjadi cara sebagai sebutan yang baru untuk Sarugaku.

Persembahan asal dinasti Tang yang disebut Sangaku masuk ke Jepun di zaman Nara. Pementasan sangaku terdiri dari pelbagai bagai bentuk persembahan seperti akrobat, berjugel, dan peniruan gerak-geri (pantomim). Istana kaisar adalah polisi untuk melindungi seni ini dan lembaga pendidikan untuk pelakon sangaku yang bernama Sangaku-to sempat didirikan di zaman ini.Lembaga pendidikan ini tidak dapat bertahan lama apabila terpaksa ditutup pada tahun 782 di waktu pemerintahan Kaisar Kammu. Pelakon sangaku yang kehilangan naungan dari istana lari dan melakukan pertunjukan di kuil-kuil atau pinggir jalan. Akhirnya, pelbagai jenis kesenian pertunjukan sangaku telah bercampur dengan kesenian lain, dan berkembang jauh hingga mempunyai ciri khas tersendiri.

Sebahagian seni pertunjukan sangaku didokumentasikan oleh Fujiawara no Akihira dalam kitab "Shin-sarugaku-ki" di sekitar pertengahan kurun kesebelas. Pertunjukan ini begitu popular di kalangan rakyat jelata sehingga ke seluruh pelosok Jepun sehingga muncul pelbagai kelompok penggemar sarugaku yang dipanggil Za.

Sebahagian kelompok penggemar sarugaku mendapat naungan dari kalangan kuil agama Shinto dan Buddha untuk mempertunjukkan sarugaku sewaktu ada matsuri. Pada mulanya sarugaku hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata. Kemudiannya, sarugaku menjadi salah satu unsur penting dalam festival keagamaan. Kelompok sarugaku memainkan fragmen sandiwara mengenai sejarah kuil dan kisah keagamaan atas saranan pihak kuil. Bentuk pertunjukan keagamaan ini menjadi kesenian yang disebut "Sarugaku no Noh". Kalangan samurai dan pihak istana menjadi penaung kesenian ini yang kemudiannya berkembang menjadi Noh dan Kyogen.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]