Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

San Salvador

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
San Salvador
Bandar San Salvador
NegaraEl Salvador
JabatanSan Salvador
Keluasan
 • Jumlah71.45 km2 (27.59 batu persegi)
Aras
658 m (2,159 ft)
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah2,767,102
 • Kepadatan25,000/km2 (60,000/batu persegi)
Zon waktuUTC-6 (Zon Waktu Tengah)

San Salvador ialah ibu negara El Salvador dan bandarnya yang mempunyai paling banyak penduduk, serta juga merujuk kepada bahagian negaranya.[1]

Sebelum penjajahan Sepanyol, golongan Pipil menubuhkan ibu kota mereka, Cuzcatlan, dekat kedudukan semasa San Salvador. Bandar di El Salvador bebas dari segi ekonomi dan pentadbiran seperti yang tertakluk dalam perlembagaan. Bandar ini terletak di Lembah Gunung Berapi Boquerón yang merupakan kawasan beraktiviti seismik tinggi. Bahasa Sepanyol ialah bahasa yang ditutur oleh hampir semua penduduk. San Salvador bukan sahaja merupakan ibu negara El Salvador, tetapi juga menumpukan segala aktiviti ekonomi dalam negara dengan kadar yang lebih tinggi daripada kawasan berhampiran. Pembangunan jajahan awal tidak menjangkau pertumbuhan pesat bandar ini pada kurun yang akan datang.

Binaan jajahan San Salvador, termasuk gereja pada zaman tersebut, musnah setelah sekian lama oleh gempa bumi, dan seterusnya gereja bergaya moden dan Goth telah menggantikan mereka. San Salvador ada banyak sekolah menengah swasta, termasuk sekolah menengah Protestan dan Katolik serta yang berjenis sekular. San Salvador merupakan kawasan tumpuan pengangkutan setempat dengan jaringan pengangkutan awam yang lengkap. Bandar ini ditimpa banyak gempa bumi dahsyat, dan gempa buminya yang paling dahsyat berlaku pada tahun 1854. Keprihatinan terhadap keselamatan awam meningkat pada akhir 80-an selepas perang saudara.

  1. ^ "Biggest Cities El Salvador". Geonames.org. Dicapai pada February 24, 2012.