Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nepenthes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Periuk kera
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Nepenthaceae

Genus:
Nepenthes

Diversiti[2]
150+ spesies
Sinonim[3]

Periuk kera, periuk monyet atau tabung beruk ialah sejenis tumbuhan karnivor yang hidup melata di sekitar Malaysia dalam genus Nepenthes[4][5] yang mempunyai lebih kurang 170 spesies[6] berakar yang ditemukan di kawasan tropika Dunia Lama, dari China Selatan, Indonesia, Malaysia dan Filipina; ke barat hingga Madagascar (dua spesies) dan Seychelles (satu); ke selatan hingga Australia (tiga) dan New Caledonia (satu); dan ke arah utara ke India (satu) dan Sri Lanka (satu). Kepelbagaian terbesar didapati di pulau-pulau Borneo, Sumatera, dan Filipina yang memiliki banyak spesies endemik.

Tumbuhan-tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan tidak lebih daripada 3,400 meter dari paras laut,[7]:14 berasid, tidak subur dan kekurangan nitrogen dalam kawasan panas dan lembap. Spesies-spesies ini memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk membekalkan sebahagian daripada nitrogen yang diperlukannya.

Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut. Sesetengah sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah spesies merupakan epifit.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]
Nepenthes daripada Species Plantarum Carolus Linnaeus, tahun 1753

Nama genus Nepenthes pertama kali ditulis dalam buku Hortus Cliffortianus karya Carl Linnaeus pada tahun 1737[8] Ia memetik karya Odýsseia Homeros di mana posyen "Nepenthes pharmakon" diberi kepada Helen oleh seorang ratu Mesir. Nepenthes (Bahasa Yunani Kuno: νηπενθές) datang daripada kata-kata bahasa Yunani Purba νη "tidak" dan πένθος penthos "sedih" bermaksud sejenis ubat yang menawar kesedihan dalam mitologi Yunani.[9]

Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, katu kapur, hutan dipterokarp bercampur, hutan submontan dan montane, dari paras laut sehingga 2,700 meter.

Di kalangan kumpulan Orang Asli Semelai, satu dari hidangan istimewa mereka adalah pulut yang dimasak di dalam kantung periuk kera.[10] Lemang juga dimasak cara begini oleh orang-orang pedalaman Negeri Sembilan dan Pahang.[11][12] Ia agak mendatangkan tengkarah dalam kalangan sesetengah pihak pencinta alam yang mempersoalkan kemungkinan risiko terkumpul najis tinjaan kelawar dan musang serta pemetikan tidak terkawal, namun kawalan pemerolehan dan pembersihan ditegaskan para penjual yang sering mencarinya di kebun getah dan ladang kelapa sawit.[12][13]

  1. ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III" (PDF). Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x. Dicapai pada 2013-07-06.
  2. ^ Cheek, M.; Jebb, M. (2013). "The Nepenthes micramphora (Nepenthaceae) group, with two new species from Mindanao, Philippines". Phytotaxa. 151 (1): 25–34. doi:10.11646/phytotaxa.151.1.2.
  3. ^ "Nepenthes L." Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  4. ^ "periuk kera". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "pĕriok". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 255 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ Christenhusz, M. J. M.; Byng, J. W. (2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  7. ^ Jumaat Haji Adam; Wilcock, C.C.; Swaine, M.D. (Mei 1991). "The Ecology And Distribution Of Bornean Nepenthes". Journal of Tropical Science. 5 (1): 13–25. Dicapai pada 7 Jun 2023.
  8. ^ Linnaeus, C. 1737. Nepenthes. Hortus Cliffortianus. Amsterdam.
  9. ^ Gledhill, David (2008). The Names of Plants (ed. ke-4). Cambridge, England, UK: Cambridge University Press. m/s. 271. ISBN 978-0-521-86645-3.
  10. ^ Malaysia at Random.
  11. ^ Tuti Haryanti Ahmad Rodzi (Januari 28, 2017). "Rasa unik periuk kera". Berita Harian. Dari https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/240858/rasa-unik-lemang-periuk-kera pada 2 Mac 2023.
  12. ^ a b Nor Khalilah Gusti Hassan (1 Jun 2019) 'Lemang periuk kera selamat'. Sinar Harian. Dari https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/31035 pada 2 Mac 2023.
  13. ^ Rahimah Abdullah (Jun 2, 2019). "Lemang periuk kera dapat sambutan di sebalik cerita 'tandas haiwan'". Astro Awani. Dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lemang-periuk-kera-dapat-sambutan-di-sebalik-cerita-tandas-haiwan-209226 pada 3 Mac 2023

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]