Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Mukim Liang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Liang
NegaraBrunei
DaerahBelait
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah14,301
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
KCxx35

Mukim Liang ialah sebuah mukim di Daerah Belait, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 14,301 orang pada tahun 2016.[1] Penghulu semasa ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.[2]

Kampung-kampung berpenduduk di bawah Mukim Liang adalah seperti berikut:

Senarai kampung di Mukim Liang
Kampung Penduduk (2016)[1]
Kampung Agis-Agis 270
Kampung Keluyoh 206
Kampung Lilas 223
Kampung Lumut 233
RPN Lumut Kawasan 1 2,040
RPN Lumut Kawasan 2 2,581
Kampung Lumut Tersusun 1,020
Kampung Perumpong 523
Kampung Sungai Bakong 1,451
Kampung Sungai Gana 342
Kampung Sungai Kang 113
Kampung Sungai Kuru 352
Kampung Sungai Lalit 369
Kampung Sungai Liang 910
Kampung Sungai Tali 1,051
Kampung Sungai Taring 982
Kampung Tunggulian 824
Perkhemahan Lumut 811
Jumlah 14,301

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Perumahan awam

[sunting | sunting sumber]

RPN Kampung Lumut ialah sebuah kawasan perumahan awam di Mukim Liang. Ianya merupakan salah sebuah kawasan perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara. Terdapat juga STKRJ Kampung Lumut, yang mana ianya merupakan salah sebuah kawasan perumahan awam di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Walau bagaimanapun, kawasan STKRJ Kampung Lumut belum dimajukan dan belum mempunyai sebarang penduduk.[perlu rujukan]

Sekolah awam

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut
  • Sekolah Rendah Lumut
  • Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II
  • Sekolah Rendah Sungai Liang

Masjid Kampong Sungai Liang

[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampong Sungai Liang dibuka rasmi pada tahun 1980 oleh Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Lela Di-Raja Pengiran Abdul Momin bin Pengiran Haji Ismail.[3] Masjid ini adalah bagi menampung jemaah dari Kampung Sungai Liang dan kampung-kampung sekitarnya.

Masjid Zainab

[sunting | sunting sumber]

Masjid Zainab dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada tahun 1998.[4] Masjid ini boleh menampung 2,000 orang jemaah iaitu bagi penduduk Kampung Lumut dan kampung-kampung sekitarnya.

  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "Direktori Penghulu, Ketua Kampung, dan Ketua Rumah Panjang - Yang Berhormat Awang Haji Abd. Hamid bin..." belait.gov.bn. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  3. ^ "SenaraiMasjid - Masjid Kampong Sungai Liang". kheu.gov.bn. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  4. ^ "SenaraiMasjid - Masjid Zainab". kheu.gov.bn. Dicapai pada 21 Jun 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]