Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Muhammad Faiz Fadzil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan
Muhammad Faiz Fadzil
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Menyandang jawatan
10 Mei 2023
Didahului olehSyed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Dalam jawatan
19 Oktober 2018 – 24 Februari 2020
Didahului olehIrmohizam Ibrahim
Digantikan olehSyed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Setiausaha Agung AMANAH
Menyandang jawatan
2024
PresidenMohamad Sabu
Didahului olehMohd Hatta Ramli
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Permatang Pasir
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 28 Jun 2023
Didahului oleh Mohd Salleh Man
Digantikan oleh Amir Hamzah Abdul Hashim
Majoriti2,981 (PRU-14)
Maklumat peribadi
Lahir (1977-04-21) 21 April 1977 (umur 47)
Alor Setar, Kedah
Parti politik AMANAH
PasanganNoralis Mat
PertalianFauwaz Fadzil (adik)
Anak
  • Farah A’Lia
  • Fadzil Zikri
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

Tuan Muhammad Faiz bin Dato' Haji Fadzil ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Permatang Pasir mewakili Pakatan Harapan selepas menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau juga mempunyai sebuah syarikat guaman di Seremban, Negeri Sembilan.[1]

Di peringkat akar umbi parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara bagi sesi 2019-2022.[2]

Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Allahyarham Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor.[3]

Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[4] menggantikan Irmohizam Ibrahim pada tahun 2018 dan digantikan oleh Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada tahun 2020.[5]

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang:

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Permatang Pasir Muhammad Faiz Fadzil PH (AMANAH) 10,418 Amir Hamzah PN (PAS) 13,526 3,108
2018 Muhammad Faiz Fadzil PH (AMANAH) 9,708 Muhammad Fauzi Yusoff PAS 6,727 2,981
Anuar Faisal Yahaya BN (UMNO) 4,979