Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Mentor (musim 5)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mentor 5 ialah musim kelima bagi siri asal Mentor dimana ianya sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3 dimana program ini memperlihatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air yang bergelar Mentor akan memilih dan membimbing peserta yang dipanggil Protege untuk menjadi seorang artis dan pelapis dimasa akan datang. Musim kelima mulai disiarkan pada 13 Februari 2011 iaitu pada hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.

Mentor
Musim 5
Dihoskan olehAlly Iskandar
JuriDato' Ramli MS
Bil. peserta6
JuaraSalma Asis
Naib juaraShiha Zikir
Lagu kemenangan"Aku Permata"
Negara asalMalaysia
Bil. episod10
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran13 Februari –
24 Mei 2011
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 4
Selanjutnya →
Musim 6

Mentor 5 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam, mulai rakaman ujibakat pada 13 Februari 2011 hingga peringkat akhir pada 24 Mei. Seperti biasa, turut diwujudkan segmen Jurnal Mentor setiap Ahad, 7 malam bermula 27 Februari 2011, dan Jurnal Protégé, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam bermula 28 Februari 2011 hingga akhir pertandingan.

Mentor 5 dijuarai oleh Salma Asis (Salmah Binti A. Asis), anak didik Erra Fazira.

Mentor 5 telah menamatkan penyiarannya pada 24 Mei 2011.

Seperti musim lalu, ujibakat permulaan diadakan khusus buat penduduk Malaysia Timur yang mana para peserta di situ menguji bakat di hadapan pihak penerbitan selebum layak untuk menguji diri di hadapan mentor pilihan mereka di ibu kota.

  • 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

Sesi ujibakat di Malaysia Timur disusuli oleh sesi ujibakat bersama mentor di Sri Pentas, Bandar Utama.

Menariknya, bagi mereka yang berada jauh dan atas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghadiri sesi ujibakat di lokasi yang ditetapkan, pihak produksi juga menawarkan satu lagi alternatif lain di mana peserta boleh menghantar demo nyanyian maing-masing ke tapak web rasmi Mentor 5 sebelum 10 Januari 2011, supaya pihak penerbitan boleh menghubungi peserta untuk datang ke ujibakat pada waktu dan tarikh yang ditetapkan hasil daripada demo yang terpilih.[1]

Protege & Mentor

[sunting | sunting sumber]

(Umur protege dicatat sewaktu pertandingan.)

Kumpulan A

Protege Umur Asal Mentor
Muhammad Farish bin Mohamed Razali (Ayish) 21 Shah Alam, Selangor Noh Salleh
Ratnah binti Awal (Ratnah) 26 Ampang, Selangor Afdlin Shauki
Nurshiha binti Mohammad Zikir (Shiha) 24 Kuala Lumpur Dato' Sharifah Aini

Kumpulan B

Protege Umur Asal Mentor
Aiman Hakim bin Ridza Abdoh (Aiman) 22 Shah Alam, Selangor Rahim Maarof
Nursyafiqah Nasratullah binti Mohammad Nor (Iqa) 25 Ampang, Selangor Edry Abdul Halim
Salmah binti Andi Asis (Salma) 21 Tawau, Sabah Erra Fazira

Konsert Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Pengenalan Show

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 6 Mac 2011
Juri professional: Ajai

Protege Lagu (penyanyi asal)
Ratnah "Tak Ada Logika" (Agnes Monica)
Ayish "Hapus Aku" (Nidji)
Shiha "Hanya Kau Yang Mampu" (Aizat Amdan) + "Mawar Putih Untuk Mama" (Dato' Sharifah Aini)
Aiman "Kau Aku" (Aizat Amdan)
Iqa "Aku Cinta Padamu" (Dato' Siti Nurhaliza)
Salma "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor)

Konsert Battle

[sunting | sunting sumber]

Battle 1 Show (Group A)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 13 Mac 2011
Juri professional: Ziana Zain

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Shiha "Menghitung Hari" (Krisdayanti) 64
"Rindu" (Dato' Sharifah Aini)
Ayish "Hanyut" (Faizal Tahir) 43
"Hijau" (Zainal Abidin)
Ratnah "Seribu Tahun Takkan Mungkin" (Bumiputra Rockers) 40
"Sedang Ingin Bercinta" (Dewa 19)


Battle 1 Show (Group B)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 20 Mac 2011
Juri professional: Zainal Abidin

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Iqa "Kenangan Lalu" (Flybaits) 55
"Istana Cinta" (Saloma)
Aiman "Kesedaran" (Gaya Zakry) 48
"Lizawati" (Rahim Maarof)
Salma "Yang Terindah Hanya Sementara" (Erra Fazira) 80
"Cemburu" + "Jendela Hati" + "Pertemuan" (Erra Fazira)


Battle 2 Show (Group A)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 27 Mac 2011
Juri professional: Rossa

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Ayish "Itu Kamu" (Estranged) 60
"Cinta Sempurna" (Yuna) + "Sempurna" (Andra and the Backbone)
  • duet Salma
Shiha "Candak" (Syura Badron) 63
"Ku Ada Kamu" (Adira)
  • duet Iqa
Ratnah "Fantasia Bulan Madu" (Search) 38
"Malam Ku Bermimpi" (Saloma) + "Mercy" (Duffy)
  • duet Aiman


Battle 2 Show (Group B)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 10 April 2011
Juri professional: Mas Idayu

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Salma "Bukan Milikmu Lagi" (Agnes Monica) 77
"Rama Rama" (Ella)
  • duet Ratnah
Iqa "Sejati" + "Bujang Senang" (Wings) 56
"Sofea Jane" (Black)
  • duet Ayish
Aiman "Ekstravaganza" (Bunkface) + "Larut" (Dewa 19) + "ACKKC" (Rahim Maarof) + "Holy Diver" (Killswitch Engage) 43
"Aku Dan Dirimu" (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
  • duet Shiha


Battle 3 Show (Group A)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 17 April 2011
Juri professional: Cat Farish

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Ratnah "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela) + "Kesal" (Ella) 76
"Raja Gelek" (One Nation Emcees) + "Cik Mek Molek" (Dato' M. Daud Kilau)
Shiha "Power Of Love" (Jennifer Rush) + "Crazy in Love" (Beyoncé) 63
"Dari Kerana Mata" (R. Azmi)
Ayish "Lagu Kita" (Aizat Amdan) 45
"Katakanlah" + "Menunggu Nasi Minyak" (Uji Rashid & Hail Amir)


Battle 3 Show (Group B)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 24 April 2011
Juri professional: Noraniza Idris

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Aiman "Noktah Cinta" (Hafiz Suip) 49
"Kau Ratnaku" (Roy) - duet Roy
Salma "Kopi Dangdut" (Fahmi Shahab) + "Khabie Khushi Khabi Gham" (Lata Mangeshkar) 80
"Jeritan Batinku" (P. Ramlee) - duet Azlan & The Typewriter
Iqa "Ganas" (KRU) + "Bad Romance" (Lady Gaga) 63
"Merisik Khabar" (Dato' Sudirman) - duet Dato' Sudirman

Duet Iqa dilakukan dengan menggabungkan visul rakaman persembahan arwah Dato' Sudirman pada visual secara langsung dengan kaedah rotoskop.

Battle 4 Show (Group A)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 1 Mei 2011
Juri professional: Joe Flizzow

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Shiha "Ayat Ayat Cinta" + "Hey Ladies" (Rossa) 62
Ratnah "Jangan Ada Benci" + "Seribu Impian" (Casey) 61
Ayish "Laskar Pelangi" (Nidji) + "Nakal" (Gigi) 60

Markah keseluruhan:

  • Shiha - 252
  • Ratnah - 215
  • Ayish - 208 (Tersingkir)


Battle 4 Show (Group B)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 8 Mei 2011
Juri professional: Mus May

Protege Lagu (penyanyi asal) Markah
Salma "Unbreak My Heart" (Toni Braxton) + "Sangkar Cinta" (Ziana Zain) 70
Iqa "Ketika Cinta Bertasbih" (Melly Goeslaw)+ "Kepadamu Kekasih" (Jamal Abdillah, Hattan & Dato' M. Nasir) + "Intifada" (Rabbani) 63
Aiman "I'll Be" (Edwin McCain) + "Sesuatu Janji" (Taufik Batisah) 50

Markah keseluruhan:

  • Salma - 307
  • Iqa - 237
  • Aiman - 190 (Tersingkir)

Konsert Semifinals

[sunting | sunting sumber]

Semifinal 1 Show

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 15 Mei 2011
Juri professional: Marcell

Protege Lagu (penyanyi asal)
Shiha "Memori Tercipta" (Shila Amzah)
"Sabarlah Menanti" + "Hapuslah Air Matamu" (Dato' Sharifah Aini)
Salma "Sedalam Mana Cintamu" (Safura Ya'cob)
"Penipu"
Iqa "Khatimah Cinta" (6ixth Sense)
"Kitalah Bintang" (Ella)
Ratnah "Bukannya Aku Takut" (Mulan Jameela) + "Seksis" (Anita Sarawak)
"Sudah Kahwinkah Belum" (Puan Sri Saloma & Dato' Ahmad Daud) + "Inikah Cinta" (Datuk Sheila Majid)


Semifinal 2 Show

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 22 Mei 2011
Juri professional: Mas Idayu

Protege Lagu (penyanyi asal)
Salma "Nirmala" (Dato' Siti Nurhaliza) + "Mimpi Laila" (Yasin)
"Fenomena" (Search) + "Opera Hidup" (Wings)
Ratnah "Hollaback Girl" (Gwen Stefani) + "Debu Liar" (Zainal Abidin)
"Hanya Memuji" (Shanty & Marcell) + "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak)
Shiha "Dondang Dendang" + "Layar Batuta" (Noraniza Idris)
"Sedetik Lebih" (Anuar Zain)
Iqa "Awan Yang Terpilu" (Ning Baizura)
"Sampai Syurga" (Faizal Tahir)

Markah keseluruhan:

  • Iqa - 69 (126)
  • Shiha - 61 (119)
  • Salma - 64 (113)
  • Ratnah - 46 (88) - Tersingkir

Konsert Grand Finale

[sunting | sunting sumber]

Grand Finale Show

[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 24 Mei 2011
Juri professional: Azmeer & Ziana Zain

Segmen 1 (Solo)
Protege Lagu (penyanyi asal)
Salma "Listen" (Beyoncé)
Shiha "Kisah Hati" (Alyah)
Iqa "Ku Mohon" (Datuk Sheila Majid)
Segmen 2 (Duet)
Protege & Artis Duet Lagu (penyanyi asal)
Salma & Jaclyn Victor "Cinta" (Melly Goeslaw & Krisdayanti) + "Rindu" (Hetty Koes Endang)
Shiha & Black "Ghazal Untuk Rabiah" (Jamal Abdillah & Dato' M. Nasir)
Iqa & Faizal Tahir "Karma" (Faizal Tahir)
Segmen 3 (Lagu Baru)
Protege Lagu (penyanyi asal)
Salma "Aku Permata" (Salma)
(Lagu: Taja / Lirik: Tun Teja)
Shiha "Bila Bertemu Mu" (Shiha)
(Lagu & Lirik: Ajai)
Iqa "Di Penghujungnya" (Iqa)
(Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim)

Tempat Ketiga: Iqa (56)
Naib Juara: Shiha (63)
Juara: Salma (85)

Carta permarkahan

[sunting | sunting sumber]

Juara:

  • Wang tunai berjumlah RM100,000.00
  • Sebuah Kereta Chevrolet Cruze
  • Trofi

Naib Juara:

  • Wang tunai berjumlah RM30,000.00
  • Sebuah Vespa LX150
  • Trofi

Tempat Ketiga:

  • Wang tunai berjumlah RM10,000.00
  • Trofi
  1. ^ Lokasi dan Tarikh Ujibakat Mentor 5 (18 Dis 2010 - 30 Jan 2011)[pautan mati kekal], Program Realiti, Disember 2010. Diambil 13 Februari 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]