Mendam Berahi
Sebuah gali Melayu abad ke-16. Ini bukan Mendam Berahi, tetapi ia memberi gambaran tentang rupa ghali Melayu pada zaman itu.
| |
Sejarah | |
---|---|
Kesultanan Melaka | |
Nama: | Mendam Berahi |
Bersempena dengan: | Mabuk asmara,[1] keinginan terpendam, hasrat yang terpendam[2] |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Ghali/gali |
Panjang: | 180 ka (54.9 m)[3] |
Lunas: | 36 ka (11.0 m)[3] |
Persenjataan: | 7 laras meriam |
Mendam Berahi (Jawi: مندم براهي ) ialah sebuah kapal legenda jenis gali kerajaan (bahasa Melayu Klasik: ghali kenaikan raja) yang dikatakan digunakan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka pada awal abad ke-16. Kapal ini difahamkan sejarawan sebagai cerekaan dalam sastera epik Hikayat Hang Tuah kerana jenis kapal ghalinya tidak wujud sehingga selepas tahun 1530-an.[4][5]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama Mendam Berahi[6] pada asalnya berasal daripada perkataan Kawi/Jawa Kuno mendam brahi (Hanacaraka: ꦩꦼꦤ꧀ꦢꦩ꧀ ꦧꦿꦲꦶ, bentuk bahasa Jawa moden dan Sunda: mendem birahi) bererti "mabuk asmara".[1][5]
Historiografi dan keaslian
[sunting | sunting sumber]Mendam Berahi hanya disebut dalam Hikayat Hang Tuah, dan tidak ada manuskrip Melayu lain yang menyebut kewujudannya.[7][8] Catatan Portugis sezaman menunjukkan bahawa kapal gali muncul dalam armada tempatan pada akhir 1530-an, sebelum itu tunjang utama armada Melayu ialah lancaran. Sehingga tahun 1560-an ghali semakin meluas, kebanyakannya digunakan oleh orang Aceh, bukan orang Melayu. Perkataan "ghali" itu sendiri merupakan kata pinjaman daripada bahasa Portugis, maka kewujudan ghali pada zaman kegemilangan kesultanan Melaka adalah anakronisme.[9]:164[10]:77, 210-212[8] Penduduk semenanjung Tanah Melayu tidak menggunakan kapal besar. Dalam peperangan laut, orang Melayu menggunakan lancaran dan banting, digerakkan oleh dayung dada (dayung pendek) dan 2 tiang layar, dengan 2 kemudi (satu di kedua-dua sisi badan kapal). Orang Melayu tidak biasa melayari lautan terbuka, mereka hanya membuat pelayaran pesisir pantai di sepanjang pantai semenanjung Melayu.[11] Menurut Afonso de Albuquerque, semasa serangan Portugis ke atas Kesultanan Melaka pada 1511, orang Melayu Melaka menggunakan lancaran (lanchara) dengan bilangan yang tidak ditentukan dan dua puluh penjajap (pangajaoa) untuk menentang Portugis.[12][13]
Orang Melaka tidak bertemu Portugis dalam pertempuran terbuka kapal-ke-kapal di laut semasa pertemuan tahun 1509 mereka seperti yang diklaim Hikayat Hang Tuah, tetapi menangkap Portugis tidak bersedia dengan menggunakan penyamaran, khianat, dan serangan hendap untuk menangkap delegasi Portugis.[14]
Rekod kapal ini hanya terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, rekod Melayu lain seperti Sejarah Melayu tidak mencatatkannya.[9]:166 Malah rekod Portugis tidak mencatatkan Mendam Berahi, walaupun rujukan kepada satu kapal besar boleh didapati dalam Suma Oriental karya Tomé Pires, di mana beliau menyebut tentang "flagship" (kapal utama) Melaka yang membawa banyak bombard. Kapal ini, bagaimanapun, tidak semestinya Mendam Berahi, boleh jadi kapal lain.[15]:255-256[Catatan 1] Hikayat Hang Tuah mencatatkan bahawa kisah Hang Tuah berada dalam garis masa yang sama dengan Raden Inu dari Kerajaan Janggala (1045–1136) dan memberitahu bahawa Sultan Melaka ingin mengahwini Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini sebenarnya diadaptasi dari cerita Panji Jawa, dan cerita Hikayat Hang Tuah boleh disimpulkan sebagai mitos belaka.[16][17][18]
Oleh kerana kapal Mendam Berahi adalah sebuah kapal yang agak besar, ia sering dijadikan sebagai bukti kemahiran orang Melayu dalam pembinaan kapal oleh ahli politik dan sarjana Malaysia moden,[19] hinggakan ramai yang menyangka bahawa kapal itu benar-benar wujud.[5] Namun, semakan terhadap bukti yang ada menunjukkan bahawa andaian ini adalah salah: Kapal ini adalah kapal fiksyen, dan kapal-kapal besar Kepulauan Nusantara tidak dibina oleh orang Melayu mahupun oleh Kesultanan Melaka. Melaka hanya mengeluarkan kapal kecil, bukan kapal besar. Industri pembinaan kapal yang besar tidak wujud di Melaka — industri mereka tidak mampu menghasilkan kapal laut dalam; hanya perahu kecil, ringan, dan dapat belayar cepat. Orang Melaka membeli kapal besar (jong) dari bahagian lain di Asia Tenggara iaitu dari Jawa dan Pegu, mereka tidak membinanya.[20]:39[21][22]:124[8][23]:150-154
Hikayat Hang Tuah dikarang selepas abad ke-17, lebih daripada 100 tahun selepas kejatuhan Melaka.[24] Walaupun kisah Hikayat Hang Tuah berlatarkan zaman kesultanan Melaka (1400–1511), ia menggambarkan peristiwa yang berlaku dalam kesultanan Johor pada abad ke-17, lebih khusus pada zaman kegemilangan Johor pada tahun 1640-an hingga 1670-an. Watak utama cerita itu, Hang Tuah, sebenarnya merupakan watak fiksyen, tetapi cerita itu sebahagian berdasarkan kisah sebenar Laksamana Abd al-Jamil (Tun Abdul Jamil) dari Johor.[25] Pelayaran utusan Melaka ke negara Rum (Turki Uthmaniyah) untuk membeli meriam jelas tidak pernah terjadi, cerita itu didasarkan pada pengiriman utusan Aceh ke Empayar Uthmaniyah pada abad ke-16.[26]
Keterangan
[sunting | sunting sumber]Kapal Mendam Berahi panjangnya 60 gaz (180 kaki atau 54.9 m)[Catatan 2] dan lebar 6 depa (36 kaki atau 11 m).[27] Menurut kajian Rohaidah Kamaruddin, penukaran unit yang dibentangkan dalam manuskrip Melayu lama akan menghasilkan panjang 50.292 m dan lebar 10.9728 m.[28] Menurut Irawan Djoko Nugroho, panjangnya ialah 50 m dan lebar 12 meter,[23]:298 manakala Pierre-Yves Manguin menganggarkannya sebagai 67 m panjang dan 11 m lebar, dengan nisbah panjang dan lebar biasa yang biasa ditemui di kapal gali iaitu kira-kira 7:1.[9]:166 Kapal ini dipersenjatai dengan 7 laras meriam.[29][23]:299[30]:180
Kapal ini dibuat dengan bingkai yang kuat, dindingnya sangat cantik dengan bingkai kayu, dan ditutup dengan kain baldu kuning, merah, dan hijau.[31] Bumbungnya (mungkin merujuk kepada bumbung kabin belakang) diperbuat daripada kaca kuning dan merah, dengan beberapa corak menggambarkan awan dan kilat. Hiasan lain di atas kapal ialah kain kuning diraja dan kerusi pelamin.[32]
Mendam Berahi berada di bawah kendalian Hang Tuah semasa beliau mengembara ke 14 buah negara atau bandar. Kapal ini digunakan bagi menjalinkan hubungan dengan negeri asing, perdagangan peminangan dan pengangkutan awam seperti khasnya bagi membawa jemaah haji ke Makkah.[33] Pelayaran ke Mekah yang berbulan-bulan lamanya memerlukan bekalan makanan yang berterusan. Disebabkan Mendam Berahi tidak dapat mengangkut bekalan makanan, air dan keperluan lain dengan banyak, kapal tersebut akan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan bagi mendapatkan bekalan serta berlindung daripada cuaca yang tidak tenang.[34]
Kapal ini dibina khas untuk membawa perutusan kepada raja Majapahit tentang hasrat raja Melaka untuk mengahwini puteri raja Majapahit.[35][36][37] Walau bagaimanapun, cerita peminangan tersebut sebenarnya tokok tambah pengarang hikayat kerana Pateh Gajah Mada yang disebut dalam cerita itu sudahpun meninggal dunia ketika itu.[38][39]
Cerita mengikut Hikayat Hang Tuah
[sunting | sunting sumber]Dalam Hikayat Hang Tuah diceritakan bahawa kapal ini dibuat untuk tujuan raja Melaka[Catatan 3] meminang puteri Majapahit, bernama Raden Galuh Cendera Kirana[40] (atau Raden Mas Ayu di versi lain),[41] yang disifatkan berwajah cantik bagai bulan purnama yang bersinar dan bertubuh sesuci emas.[42] Pembinaan kapal ini mengambil masa 30−40 hari. Untuk mempercepatkan kerja, Bendahara Melaka membahagikannya kepada beberapa kumpulan: Hang Tuah mengerjakan haluan, tukang-tukang kapal dilantik untuk mengerjakan bahagian tengah, dan Bendahara mengerjakan bahagian buritan kapal.[31] Corak hiasan itu direka oleh Hang Tuah, dan untuk ruang antara tiang utama dan belakang rekaan Bendahara Paduka Raja, daripada haluan hingga ke tiang utama turut direka oleh Hang Tuah, manakala Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan semua penyanyi dan hamba diraja melakukan ukiran. Hang Tuahlah yang mencadangkan nama "Mendam Berahi" untuk kapal ini.[32]
Setelah pembinaan siap, Mendam Berahi belayar ke Majapahit untuk membawa surat dan hadiah kepada Betara (raja) Majapahit bagi menyampaikan hasrat raja Melaka. Pemergian Mendam Berahi bermula dengan tembakan bedil sebagai penghormatan. Apabila mereka tiba di Majapahit, armada utusan Melaka mengisyaratkan kedatangan mereka dengan menembak bedil, yang menakutkan nelayan. Patih Karma Wijaya dan Hang Tuah memaklumkan ada tujuh buah kapal Melaka yang datang bertujuan untuk meminang puteri raja Majapahit.[43][44] Beberapa cubaan dan ujian telah diberikan kepada golongan Melayu untuk menguji mutu mereka, dan akhirnya Hang Tuah telah diberi gelaran laksamana (bahasa Jawa: Penggawa agung) oleh Betara Majapahit.[45][45]
Setelah urusan di Majapahit selesai, Mendam Berahi belayar ke Tuban selama 7 hari, dan ke Jayakarta selama 3 hari 3 malam. Patih Karma Wijaya tinggal di Jayakarta selama 7 hari menunggu kapal lain. Setelah semua kapal dihimpunkan mereka pun belayar dan tiba di Palembang dalam beberapa hari. Patih Karma Wijaya dan Hang Tuah berhenti menunggu kapal-kapal yang lain. Setelah semua sampai, mereka belayar ke Melaka.[46][47]
Sebelum raja Melaka pergi ke Jawa untuk mengahwini puteri Majapahit, baginda memerintahkan pembinaan sebuah kapal lagi. Kapal ini direka bentuk dalam bentuk Kumbang Nuri kerana ia bertujuan untuk bakal ratu Melaka dan dang perwaranya, dan kerana reka bentuk itu boleh membawa beberapa meriam. Kapal itu diberi nama Kota Segara Kuning (atau ringkasnya Kota Segara) oleh raja.[48][49] Rombongan diraja Melaka belayar ke Majapahit, raja bersama Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu menaiki Kota Segara, manakala Patih Kerma Wijaya, Tun Bija Sura, serta segala utusan dan pembawa tanda diraja menaiki Mendam Berahi.[50][51] Selepas majlis perkahwinan selesai, Mendam Berahi pulang ke Melaka dengan laluan Tuban-Jayakarta-Palembang. Setibanya di Palembang, raja Melaka mendapat khabar bahawa Sang Jaya Nantaka[Catatan 4] telah menghantar 30 buah perahu dari Keling[Catatan 5] untuk menyampaikan berita itu ke Melaka, tetapi 20 daripadanya telah dimusnahkan oleh Portugis.[52][53]
Selepas beberapa masa, Mendam Berahi telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah untuk pergi ke Inderapura untuk mengesahkan sama ada Megat Terenggano yang berada di Inderapura merancang untuk menyerang Melaka.[54] Mendam Berahi juga digunakan oleh Hang Tuah, Hang Jebat, dan Hang Kesturi untuk menghadapi Majapahit, setelah dua utusan Majapahit bernama Rangga dan Barit Ketika datang untuk menyoal raja Melaka mengapa baginda tidak menghantar utusan ke Majapahit. Hang Tuah menjawab bahawa sebab Melaka tidak menghantar utusan ke Majapahit adalah kerana Melaka akan diserang oleh Megat Terenggano dan raja Inderapura.[55] Selepas urusan di Majapahit selesai, Hang Tuah menggunakan Mendam Berahi untuk pergi ke benua Keling untuk bertanya tentang adik raja Melaka (Sang Jaya Nantaka) bersama-sama Tun Kesturi yang tahu bahasa Keling, dan telah dianugerahkan nama Maharaja Setia.[56] Mendam Berahi juga digunakan untuk menyerang negeri Inderapura.[57]
Ketika Portugis mula-mula tiba di Melaka (1509), Laksamana Hang Tuah sedang sakit. Mendam Berahi berada di bawah pimpinan Maharaja Setia. Mendam Berahi berjaya merempuh dan menenggelamkan 2 jalilah (sejenis kapal) Portugis. Memandangkan jumlah mereka lebih banyak, armada Melaka berundur ke Melaka dan meminta Laksamana Hang Tuah ikut. Hang Tuah akhirnya bersetuju untuk menyertai pertempuran. Kedua-dua armada bertemu dan menyerang antara satu sama lain. Akhirnya, Hang Tuah ditembak dan jatuh ke dalam air, sebelum akhirnya dibantu oleh askar memanjat ke Mendam Berahi. Armada Melaka melarikan diri ke Melaka, tetapi melihat ketuanya juga cedera dan meminta untuk dibawa pulang ke Portugal, armada Portugis pun berundur.[58]
Dengan ancaman Portugis, raja Melaka mengarahkan Laksamana Hang Tuah dan Maharaja Setia pergi ke negeri Rum (Turki Uthmaniyah) untuk membeli bedil dan meriam-meriam besar. Hang Tuah menaiki Mendam Berahi dengan diiringi perahu yang banyak. Selepas 5 hari 5 malam dia tiba di Aceh, tinggal di sana selama kira-kira 12 hari. Selepas mendapat bekalan yang mencukupi, Hang Tuah pergi ke Pulau Dewa (Maldives), tiba di sana selepas kira-kira 10 hari. Setelah belayar selama 2 bulan, Mendam Berahi tiba di Jeddah. Hang Tuah, Maharaja Setia, dan rombongan berlabuh sebentar, berniat untuk ke makam Siti Hawa. Mereka sampai ke sana dengan berjalan kaki 2 hari 2 malam ke Mekah, dan menunaikan rukun haji. Mereka juga pergi ke Madinah untuk menziarahi kubur Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Selepas pulang dari ziarah, kumpulan itu belayar selama 20 hari ke Mesir, dan tinggal di sana selama kira-kira 3 bulan untuk membeli senjata api dan memuatkannya ke atas perahu. Hikayat Hang Tuah juga menceritakan bagaimana perahu dan kapal Melaka berlayar selama 17 hari dan tiba di Istanbul, tetapi pada hakikatnya laluan ini tidak dapat dilalui kerana Terusan Suez tidak wujud ketika itu.[59] Walau bagaimanapun, di Rum mereka berjaya membeli kira-kira 800 bedil besar dan kecil, ditambah dengan 120 yang dibeli sebelum ini di Mesir.[60] Rombongan itu tiba semula di Melaka selepas kira-kira 4 bulan belayar.[61]
Replika
[sunting | sunting sumber]Replika Mendam Berahi akan dibina semula di Klebang oleh sepasukan pengkaji sejarah serta bernilai RM10 juta. Projek tersebut dijangka mengambil masa selama 2 tahun penyiapannya.[62][63][64]
Institut Penyelidikan Matematik Universiti Putra Malaysia mengetuai projek penyelidikan dan pembinaan kapal ini berdasarkan kajian manuskrip-manuskrip lama yang diperolehi dari serata dunia menerangkan rupa kapal tersebut; maklumat dikumpulkan mengenai kapal ini kemudiannya ditukarkan kepada bahasa dan ukuran moden. Pelan tindakan projek tersebut dijangka siap pada tahun 2023.[28]
Ada juga peneliti Malaysia yang tidak bersetuju untuk membuat replika kapal Mendam Berahi. Prof. Dr. Ahmad Jelani Halimi menjalankan kajian dan membuat kesimpulan bahawa kapal jenis ghali (galley atay gali) tidak pernah digunakan oleh Kesultanan Melaka pada zaman kegemilangannya. Kapal jenis galley baharu itu diperkenalkan oleh Portugis ke Nusantara selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511, dan catatan Mendam Berahi hanya terdapat dalam 1 karya sastera tidak sezaman (Hikayat Hang Tuah), tanpa sumber perbandingan dan sokongan.[8]
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]- Argo, sebuah kapal dari mitologi Yunani
- Prydwen, kapal lagenda Raja Arthur
- Flying Dutchman, kapal hantu lagenda
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Menurut Hikayat Hang Tuah, kesultanan Melaka mempunyai sebuah lagi kapal bernama Kota Segara (bermaksud kubu lautan), yang dibina selepas Mendam Berahi pulang dari Majapahit dan digunakan untuk mengiringi rombongan diraja Melaka untuk berkahwin dengan puteri Majapahit. Kapal ini direka khas untuk dapat membawa beberapa meriam. Lihat Schap 2010a, halaman 126–127 dan Salleh 2013, halaman 264–265.
- ^ 1 gaz Melayu sama dengan 33–35 inci atau 3 kaki. Lihat "gaz". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. m/s. 383.
- ^ Nama raja Melaka yang meminta pembinaan kapal ini tidak tercatat. Sesetengah orang percaya dia adalah Mansur Shah (memerintah 1459−1477), tetapi kronologi dalam Hikayat Hang Tuah tidak jelas: Portugis dan bahasa mereka sudah diketahui pada masa ini (walaupun Portugis hanya tiba pada tahun 1509), selain itu dikatakan bahawa Hang Tuah hidup pada masa yang sama dengan Gajah Mada (meninggal tahun 1364). Namun, kewujudan Portugis menunjukkan kapal ini kononnya wujud antara tahun 1509−1511. Lihat Adam 2016, halaman 149−150
- ^ Sang Jaya Nantaka ialah adik kepada raja Melaka yang telah diusir dari kerajaan oleh abangnya kerana dikhabarkan akan menjatuhkan raja. Sang Jaya Nantaka akhirnya diiringi oleh seorang saudagar ke benua Keling (India) dan dilantik menjadi raja di sana. Sang Jaya Nantaka tetap menghantar berita kepada saudaranya di Melaka setelah menjadi raja. Lihat Schap 2010a, halaman 76–99 dan Salleh 2013, halaman 175–216.
- ^ Kalinga, kawasan sekitar Pantai Koromandel di India, dalam hikayat ini ialah Bijaya Nagaram, tanah Keling, Provinsi Madras, India.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Adam 2021, m/s. 1.
- ^ Salleh 2013, m/s. 227, 388.
- ^ a b Musa, Hashim (2019). Teknologi perkapalan Melayu tradisional: Jong dan Ghali meredah tujuh lautan. Dalam: Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2019, 15-17 Oktober 2019, Auditorium, Pepustakaan Negara Malaysia. m/s. 18.
- ^ Manguin 2012, m/s. 164.
- ^ a b c Adam 2018, m/s. 36.
- ^ "MENDAM BERAHI".
- ^ Institut Penyelidikan Matematik (2022). Akhirnya Kapal Hang Tuah - Mendam Berahi Akan di Bina Semula [Keluaran akhbar]. https://www.youtube.com/watch?v=FDyjjhhUoHI
- ^ a b c d Halimi, Ahmad Jelani (2023, June 20). Mendam Berahi: Antara Realiti dan Mitos [Seminar presentation]. Kapal Mendam Berahi: Realiti atau Mitos?, Melaka International Trade Centre (MITC), Malacca, Malaysia. https://www.youtube.com/watch?v=Uq3OsSc56Kk
- ^ a b c Manguin, Pierre-Yves (2012). Lancaran, Ghurab and Ghali. In G. Wade & L. Tana (Eds.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (pp. 146-182). Singapore: ISEAS Publishing.
- ^ Reid, Anthony, penyunting (1993). Southeast Asia in the Early Modern Era. Ithaca: Cornell University Press.
- ^ Mills 1930, m/s. 36.
- ^ Albuquerque 1774, m/s. 80–81.
- ^ Birch 1875, m/s. 68.
- ^ Koek 1886, m/s. 121-122.
- ^ Cortesão, Armando (1944). The Suma oriental of Tomé Pires : an account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515 ; and, the book of Francisco Rodrigues, rutter of a voyage in the Red Sea, nautical rules, almanack and maps, written and drawn in the East before 1515 volume II. London: The Hakluyt Society. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ Schap 2010, m/s. 44, 64.
- ^ Salleh 2013, m/s. 121.
- ^ Adam 2016, m/s. 88, 150, 179.
- ^ Yaapar 2019, m/s. 61.
- ^ Meilink-Roelofsz, Marie Antoinette Petronella (1962). Asian trade and European influence in the Indonesian Archipelago between 1500 and about 1630. The Hague: Martinus Nijhoff.
- ^ Halimi 1999, m/s. 224.
- ^ Arifin, Azmi; Ismail, Abdul Rahman Haji; Ahmad, Abu Talib, penyunting (2021). Kesultanan Melayu Melaka: Warisan, Tradisi dan Persejarahan. Penerbit USM. ISBN 9789674616069.
- ^ a b c Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
- ^ Salleh 2013, m/s. 17, 39.
- ^ Braginsky, V.I. (1990). "Hikayat Hang Tuah; Malay epic and muslim mirror; Some considerations on its date, meaning and structure". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 146 (4): 399–412. doi:10.1163/22134379-90003207. ISSN 0006-2294.
- ^ Braginsky, Vladimir (2012-12-08). "Co-opting the Rival Ca(n)non the Turkish Episode of Hikayat Hang Tuah". Malay Literature. 25 (2): 229–260. doi:10.37052/ml.25(2)no5. ISSN 0128-1186.
- ^ Musa, Hashim (2019). Teknologi perkapalan Melayu tradisional: Jong dan Ghali meredah tujuh lautan. Dalam: Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2019, 15-17 Oktober 2019, Auditorium, Pepustakaan Negara Malaysia. m/s. 18.
- ^ a b Raja Nur Faznie Aida (24 Mac 2022). "Inspem ketuai penyelidikan, pembinaan kapal Mendam Berahi". Sinar Harian.
- ^ Hikayat Hang Tuah, VIII: 165. Transkripsi: Maka Mendam Berahi pun di-suroh dayong ka-laut. Maka Laksamana memasang meriam tujoh kali. Maka kenaikan pun belayar lalu menarek layar.
- ^ Robson-McKillop, Rosemary (2010). The Epic of Hang Tuah. ITBM. ISBN 9789830687100.
- ^ a b Salleh 2013, m/s. 226.
- ^ a b Salleh 2013, m/s. 227.
- ^ Rahimah A. Hamid & A.S Hardy Shafii 2017, m/s. 151-153.
- ^ Yahaya Awang 2008, m/s. 13.
- ^ Schap 2010a, m/s. 109.
- ^ Salleh 2013, m/s. 226, 233, 234.
- ^ Marr & Milner 1986, m/s. 194.
- ^ Salleh 2013, m/s. 375.
- ^ Adam 2016, m/s. 149.
- ^ Salleh 2013, m/s. 24.
- ^ Schap 2010, m/s. 109, 140.
- ^ Salleh 2013, m/s. 225.
- ^ Schap 2010a, m/s. 107-109.
- ^ Salleh 2013, m/s. 231-234.
- ^ a b Salleh 2013, m/s. 235-241.
- ^ Schap 2010a, m/s. 123-124.
- ^ Salleh 2013, m/s. 259-260.
- ^ Schap 2010a, m/s. 126-127.
- ^ Salleh 2013, m/s. 264-265.
- ^ Schap 2010a, m/s. 129-130.
- ^ Salleh 2013, m/s. 269-270.
- ^ Schap 2010a, m/s. 181-182.
- ^ Salleh 2013, m/s. 358-359.
- ^ Schap 2010a, m/s. 236-238.
- ^ Schap 2010a, m/s. 261-264.
- ^ Schap 2010b, m/s. 100-103.
- ^ Schap 2010b, m/s. 187-191.
- ^ Schap 2010b, m/s. 196-203.
- ^ Schap 2010b, m/s. 205-221.
- ^ Schap 2010b, m/s. 244-245.
- ^ Schap 2010b, m/s. 247-248.
- ^ Fairuz Zaidan (30 Jun 2017). "'Mendam Berahi' produk pelancongan baharu Melaka". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020.
- ^ Muhammad Saufi Hassan (12 Mac 2018). "Bina semula Mendam Berahi". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020.
- ^ "Di Taman Tema Samudera : Kapal Mendam Berahi bakal dibina". Melaka Kini. 8 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020.
Buku
[sunting | sunting sumber]- Adam, Ahmat (2016). Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.CS1 maint: ref=harv (link)
- Adam, Ahmat (2018). Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua). Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.CS1 maint: ref=harv (link)
- Adam, Ahmat (2021). Tawarikh Melayu dan Melaka: Esei-Esei Pilihan. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.CS1 maint: ref=harv (link)
- Albuquerque, Afonso de (1774). Commentários do Grande Afonso Dalbuquerque parte III. Lisboa: Na Regia Officina Typografica.CS1 maint: ref=harv (link)
- Birch, Walter de Gray (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774 Vol. III. London: The Hakluyt Society.CS1 maint: ref=harv (link)
- Halimi, Ahmad Jelani bin (1999). Perdagangan dan perkapalan Melayu di Selat Melaka: Abad ke-15 hingga ke-18 (Tesis). Universiti Malaya.CS1 maint: ref=harv (link)
- Koek, E. (1886). "Portuguese History of Malacca". Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society. 17: 117–149.CS1 maint: ref=harv (link) Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- Marr, David G.; Milner, A.C., penyunting (1986). Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries (dalam bahasa Inggeris). Institute of Southeast Asian Studies / Research School of Pacific Studies. ISBN 978-997-198-839-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Mills, J. V. (April 1930), "Eredia's Description of Malaca, Meridional India, and Cathay", Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 8: 1–288CS1 maint: ref=harv (link) Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- Rahimah A. Hamid; A.S Hardy Shafii, penyunting (2017). Akal Budi Melayu dalam Bahasa dan Sastera Moden. Pulau Pinang: Penerbit USM. ISBN 978-967-461-190-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Salleh, Muhammad Haji, penyunting (2013). Hikayat Hang Tuah Jilid 1. Jakarta: Phoenix Publishing. ISBN 978-602-7689-50-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Schap, Bot Genoot, penyunting (2010a). Hikayat Hang Tuah I. Jakarta: Pusat Bahasa. ISBN 978-979-069-058-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Schap, Bot Genoot, penyunting (2010b). Hikayat Hang Tuah II. Jakarta: Pusat Bahasa. ISBN 978-979-069-058-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Yahaya Awang (2008). Kapal haji dalam kenangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 978-967-612-160-8.CS1 maint: ref=harv (link)