Li Peng
Li Peng 李鹏 | |
---|---|
Premier Republik Rakyat China ke-4 | |
Dalam jawatan April 1988 – Mac 1998 | |
Presiden | Yang Shangkun Jiang Zemin |
Timbalan | Yao Yilin Zhu Rongji |
Didahului oleh | Zhao Ziyang |
Digantikan oleh | Zhu Rongji |
Pengerusi JK Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-7 | |
Dalam jawatan 15 Mac 1998 – 15 Mac 2003 | |
Didahului oleh | Qiao Shi |
Digantikan oleh | Wu Bangguo |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Chengdu, Szechwan, Republik China | 20 Oktober 1928
Mati | 22 July 2019 (aged 90) |
Kewarganegaraan | China |
Parti politik | Parti Komunis China |
Pasangan | Zhu Lin |
Anak | Li Xiaopeng Li Xiaolin Li Xiaoyong |
Tempat belajar | Institut Kejuruteraan Kuasa Moscow |
Bidang pengkhususan | Ahli politik jurutera awam |
Li Peng (20 Oktober 1928 – 22 Julai 2019) atau lebih dikenali sebagai ‘Penyembelih Beijing’ susulan peranannya dalam insiden kekejaman di Dataran Tiananmen, adalah Premier Republik Rakyat China (1987-1998), dan Ketua Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (1998-2003). Pada 1990-an Li menduduki tingkat kedua dalam Parti Komunis China.
Li dianggap sebagai arkitek utama tindakan kejam terhadap demonstrasi pro demokrasi besar-besaran di Beijing pada 4 Jun 1989, yang mendapat perhatian dan kritikan masyarakat dunia. Kontroversi muncul selepas projek Empangan Tiga Gaung.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadi naib menteri industri (1979) dan kemudian menteri 1981. Antara 1979 -1983, dia menjadi Menteri Perindustrian. Li Peng dilantik sebagai Premier China pada tahun 1987, satu jawatan yang dipegangnya sehingga tahun 1998.
Mendiang mengumumkan undang-undang tentera pada 20 Mei 1989, selepas ribuan pelajar, pekerja dan penduduk China berkhemah selama beberapa minggu di Dataran Tiananmen bagi mendesak perubahan politik. Dua minggu kemudian, pada 3 Jun hingga 4 Jun 1989, pihak tentera menamatkan demonstrasi dalam satu peristiwa berdarah, termasuk membunuh ratusan orang awam. Malah, ada yang menganggarkan lebih 1,000 penunjuk perasaan maut dalam kejadian itu.