Laluan jalan kaki
Penampilan
Laluan jalan kaki, laluan pejalan kaki, atau juga dikenali sebagai kaki lima ialah laluan di sepanjang tepi jalan. Biasanya dibina daripada konkrit, penurap, bata, batu atau asfalt, binaan ini direka untuk pejalan kaki.[1] Laluan jalan kaki biasanya lebih tinggi daripada jalan raya, dan dipisahkan daripadanya oleh susur jalan. Terdapat juga jalur yang ditanam di antara laluan jalan kaki dengan jalan raya, dan di antara jalan raya dengan tanah bersebelahan.
Di sesetengah tempat, istilah yang sama juga boleh digunakan untuk laluan berturap atau denai yang tidak berada bersebelahan dengan jalan, seperti laluan melalui taman.