Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ola Bola

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ola Bola
Poster keluaran tayangan
PengarahChiu Keng Guan
Lakon layarChan Yoke Yeng
Tan Pik Yee
Dihasilkan olehNajwa Abu Bakar
Tung Yow Kong
Datuk Steven Lim
Dibintangi
SinematografiChin Ting Chang
Disunting olehGwyneth Lee
Muzik olehOnn San[1]
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
28 Januari 2016
Masa tayangan
113 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Mandarin
Inggeris
Tamil
Kantonis
Hokkien
Hakka
BajetRM 5 juta[2]
Pecah panggungRM 15.85 juta

Ola Bola merupakan sebuah filem drama sukan Malaysia 2016 arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Bront Palarae, Mark Williams, Lim Jian Wen, Eric Teng, Taufiq Hanafi dan Katrina Ho. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.[3][4] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016 dan telah memenangi empat dari lima belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula berasa bosan dengan kerjanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Bront Palarae sebagai Rahman.
  • JC Chee sebagai Chow Kwok Keong aka Tauke
  • Luqman Hafidz sebagai Ali
  • Saran Kumar Manokaran sebagai Muthu
  • Bront Palarae sebagai Rahman
  • Marianne Tan sebagai Marianne
  • Mark Williams sebagai Harry Mountain
  • Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Cai
  • Eric Teng sebagai Eric Wong
  • Taufiq Hanafi sebagai Mohamad Abu
  • Haris Zainuddin sebagai Sanjeet Singh
  • Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee
  • Daphne Low sebagai Chow Mei Ling
  • Rahim Razali sebagai Bos Rahman
  • Soh Chin Ann sebagai Chow Kwok Keong (tua)
  • Lee Chwee Siang sebagai Tan Siew Lee (tua)
  • Frankie Lee sebagai pengawal keselamatan stadium[5]
  • Said Sulaiman sebagai penjaga gol simpanan

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Piala Khairy Jamaluddin 2014 ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfienya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan di dalam resumenya.[6] Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pergambaraan di Stadium Merdeka. Filem ini menggunakan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.[7] Sebuah set fun fair telah dibina untuk filem ini.[8]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kutipan mencecah RM8 juta setakat 13 hari mula ditayangkan[9] Setelah 18 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Ola Bola berjaya mendapat kutipan sebanyak RM12 juta.[10]Kutipan ini meningkat kepada RM 14.5 Juta dalam 29 hari.[11]Selepas 39 hari, filem berjaya mencapai kutipan RM 15.85 Juta.[12]

Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 9 Disember 2015.[13] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Hampir keseluruhan aspek filem ini mendapat pujian. Fadzlishah Johanabas dari Fadzjohanabas.com[14] dan portal perfileman, Wayangkini.com[15] mengangkat filem ini sebagai filem terbaik Malaysia.Jack Chan Wah dari Wljack.com mengulas filem ini sebagai filem masterpiece Chiu Keng Guan.[16] Portal sukan, Sarawakcrocs.com memuji filem ini sebagai "...antara filem tempatan yang terbaik".[17] Portal perfileman, Kakimuvee.com memberi filem ini "5 bintang".[18]

Angelin Yeoh dari The Star mengulas filem ini sebagai "perlahan pada mulanya sebelum berakhir dengan pengakhiran yang cemerlang".[19] Rozaman Ismail dari Utusan Malaysia memuji jalan cerita dan tema filem ini.[20] Danielle Sendou dari The Borneo Post.com memuji lakonan Bront Palarae dan sinematografi filem.[21] Tony Teh dari Colourlessopinions.com memuji pengarahan Chiu dan usaha dari barisan pelakon muda.[22] Girish Kumar Nambiar dari portal perfileman, Cinemaniacs.com.my mengulas "..filem ini berjaya untuk menghiburkan dan mendidik penonton".[23]bKauser Hieu dari portal kehidupan,Jontheboy.com memberi pujian terhadap soundtrack dan bunyi filem ini.[24] Anna Lee dari portal kehidupan, Vulcanpost.com mengulas "...filem ini memberi harapan terhadap industri perfileman negara."[25]Ashraf Wahab dari portal kehidupan,Metros.events memberi filem ini rating 8 per 10.[26] Portal perfileman India, Astro Ulagam memberi filem ini rating 4.5 per 5.[27]Hafizan Mohd dari portal kehidupan, Stail.my mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem kerana mengarahkan filem ini.[28] Deric Ect dari portal hiburan, Dailyseni.com mengangkat filem ini sebagai "...bukti Chiu Keng Guan sebagai pengarah terbaik Malaysia abad ini."[29]

Aidil Rusli dari The Malay Mail pula memberi ulasan yang bercampur, iaitu memuji keseluruhan aspek perfileman tetapi gagal dalam mencerap realiti kehidupan sebenar.[30] The Sun pula menyelar skrip dan dialog filem ini.[31] Portal kehidupan, Larxy.com mengkritik filem ini sebagai terlalu berusaha untuk memadatkan filem.[32]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi asal filem ini, "Arena Cahaya" ditulis dan dipersembahkan oleh Zee Avi.[33] Lagu ini diterbitkan bersama oleh Zee dan Rendra Zawawi.[33] Lagu ini ailah pemenang lagu "Lagu Tema Asal Terbaik" di Festival Filem dan Anugerah Golden Horse pada 2016[34] Lagu ini juga memenangi anugerah "Lagu Tema Asal Terbaik" di Festival Filem Malaysia ke-28 yang diadakan pada 3 September 2016.[35]

Adaptasi teater

[sunting | sunting sumber]

Kejayaan Ola Bola telah membawa kepada adaptasi sebagai pementasan teater, yang diberi tajuk Ola Bola The Musical arahan Tiara Jacquelina yang dipentaskan di Istana Budaya pada 8 Februari sehingga 11 Mac 2018. Teater ini dibintangi oleh kesemua barisan pelakon asal Ola Bola dan merupakan percubaan sulung Tiara sebagai pengarah. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Brian Chan dan Abimanyu Masilamani.[36][37][38] Kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola diadakan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 dengan penambahan pelakon baru termasuk Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff, Douglas Lim dan Nabila Huda.[39][40]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pertikaian plot

[sunting | sunting sumber]

Beberapa orang awam, termasuk dua pemain utama dalam pasukan Malaysia yang layak untuk Sukan Olimpik itu, menyuarakan kebimbangan mengenai potensi kekeliruan yang mungkin timbul daripada penyelewengan fakta tertentu yang digambarkan dalam filem itu. Ini termasuk skor sebenar dan pemain yang menjaringkan gol kemenangan dalam kelayakan menentang Korea Selatan.[41]

Pasukan penerbitan sejak itu telah mengesahkan plot itu "diilhamkan oleh satu kisah benar"[42] seperti yang dinyatakan dalam adegan pembukaan filem itu, dan tidak dimaksudkan untuk menjadi akaun sejarah.

Ketidaklayakan di Festival Filem Malaysia ke-28

[sunting | sunting sumber]

Ola Bola menjadi subjek kecaman awam apabila ia menjadi salah satu filem berprofil tinggi yang dibatalkan dalam senarai pendek Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 dan disusun dalam kategori kontroversi Bukan Bahasa Melayu oleh penganjur anugerah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), kerana ia mengandungi kurang daripada 70% dialog Bahasa Melayu.[43][44][45]

Tindakan itu dianggap sebagai "perkauman", seperti yang didakwa oleh presiden Persatuan Penulis Skrip Selangor dan Kuala Lumpur (PENULIS), Alfie Palermo.[46] Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki mengumumkan di laman Facebook untuk memboikot ketidaklayakan filem tersebut,[47] yang disokong oleh pengerusi CIMB, Nazir Razak dan CEO Air Asia, Tony Fernandes.[48] Seorang ahli sinematografi yang mengambil bahagian, Mohd Noor Kassim, turut mengikuti; dengan menarik semula pencalonannya pada majlis itu[49] dan memulangkan dua trofi FFM yang dimenangi dalam edisi sebelumnya kepada pengarah FINAS Kamil Othman semasa forum yang diadakan oleh agensi itu di Kuala Lumpur. Terdapat juga panggilan dari dalam dan luar industri filem untuk memboikot upacara anugerah.[50][51][52] Setiausaha penolong umum Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Hafiz Ibrahim meletak jawatan sebagai protes terhadap pengasingan yang tidak adil.

FINAS telah mengubah sistem kategori mengikut arahan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pada 10 Ogos. Semua kategori bukan bahasa Malaysia telah dihapuskan dan penama layak untuk bersaing untuk Filem, Pengarah dan Skrip Terbak dalam kategori asal, di mana kategori baru - Filem Terbaik dalam Bahasa Kebangsaan - diwujudkan, di mana penama yang memenuhi 70% keperluan Bahasa Malaysia boleh bersaing dalam kategori tertentu ini.[45]

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Najwa Abu Bakar, Tung Yow Kong & Datuk Steven Lim Tercalon
Anugerah Khas Juri Menang
Busana Terbaik Elaine Ng & Weng Shum Menang
Skor Muzik Asal Terbaik San Weng Onn & San Wai Lik Menang
Lagu Tema Asal Terbaik Zee Avi & Rendra Zawawi Menang
Pengarah Terbaik Chiu Keng Guan Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sri Balasubramaniam Tercalon
Cerita Asal Terbaik Chiu Keng Guan, Chan Yoke Yen & Tan Pik Yee Tercalon
Lakon Layar Terbaik Chan Yoke Yeng & Tan Pik Yee Tercalon
Suntingan Terbaik Gwyneth Lee Tercalon
Penataan Seni Terbaik Soon Yong Chow Tercalon
Pelakon Baru Lelaki Terbaik Saran Kumar Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Marianne Tan Tercalon
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Shivatharan Nambiar Tercalon
Kesan Visual Khas Terbaik Bak Chee Hong Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Filem Terbaik Najwa Abu Bakar, Tung Yow Kong & Datuk Steven Lim Tercalon
Pengarah Terbaik Chiu Keng Guan Tercalon
Sinematografi Terbaik Chin Ting Chang Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bront Palarae Tercalon
  1. ^ Rezeki makin murah lepas jadi bapa
  2. ^ "You will believe again, says 'Ola Bola' — Lee Yew Meng". The Malay Mail. 27 Januari 2016. Dicapai pada 29 Februari 2016.
  3. ^ Filem 'Ola Bola' angkat kegemilangan bola sepak kebangsaan
  4. ^ "Journey to football". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-11.
  5. ^ Dzulkifly, Siti Athirah (10 Mei 2015). "Selepas The Journey Chiu Keng Guan pertaruh Ola Bola". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 18 Januari 2016.
  6. ^ Gara-Gara Foto Selfie Bersama KJ, Luqman Jadi Pelakon
  7. ^ "Pengarah Filem The Journey Hasilkan Filem Baharu, Ola Bola". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 2015-05-11.
  8. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (24 Oktober 2015). "5 things to know about football movie Ola Bola". The Star. Dicapai pada 18 Januari 2016.
  9. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (10 Februari 2016). "Ola Bola hits RM8 million at the box office". New Straits Times. Dicapai pada 13 Februari 2016.
  10. ^ Sekaran, Kohilah (15 Februari 2016). "Filem Ola Bola raih lebih RM12 juta dalam tempoh 18 hari!". Astro Awani. Dicapai pada 15 Februari 2016.
  11. ^ "Terus hangat di pawagam, Ola Bola kutip RM14.5 juta dalam 29 hari". Astro Awani. 26 Februari 2016. Dicapai pada 27 Februari 2016.
  12. ^ Mohamad, Zaidi (7 Mac 2016). "Ola Bola pungut RM16 juta". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2016.
  13. ^ Bakeri, Nizam (10 Disember 2015). "Treler filem Ola Bola didedahkan, temui penonton Januari 2016". Astro Awani. Dicapai pada 16 Januari 2016.
  14. ^ (Inggeris)Johanabas, Fadzilah (7 Februari 2016). "Movie review: Ola Bola (aka the most depressing movie about Malaysia)". Dicapai pada 2016-03-22.
  15. ^ "Ola Bola [Review]". Wayangkini.com. 29 Januari 2016. Dicapai pada 2016-03-22.
  16. ^ (Inggeris)Wah, Jack Chan. "[Movie Review] Ola Bola". Dicapai pada 2016-03-22.
  17. ^ (Inggeris)"A review of Ola Bola, the Malaysian Olympic story". Sarawakcrocs.com. 28 Januari 2016. Dicapai pada 2016-03-22.
  18. ^ "OLA BOLA REVIEW". Kakimuvee.com. 1 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-07. Dicapai pada 2016-03-22.
  19. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (23 Januari 2016). "Review: Ola Bola". The Star. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  20. ^ Ismail, Rozaman (30 Januari 2016). "Ola Bola...cerita beginilah yang kita mahu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  21. ^ {{en}Sendou, Danielle (30 Januari 2016). "MOVIE REVIEW: Ola Bola (2016)". The Borneo Post. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  22. ^ (Inggeris)Teh, Tony (1 Februari 2016). "Movie Review: Ola Bola (2016) JC Chee, Luqman Hafidz". Dicapai pada 2016-03-22.
  23. ^ (Inggeris)Kumar Nambiar, Girish. "OLA BOLA REVIEW". Cinemaniacs.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-03. Dicapai pada 2016-03-22.
  24. ^ (Inggeris)Hieu, Kauser (2 Februari 2016). "Kausern Reviews Ola Bola". Jontheboy.com. Dicapai pada 2016-03-22.[pautan mati kekal]
  25. ^ (Inggeris)Lee, Anna. "7 Reasons Ola Bola Gives The Malaysian Movie Scene A Glimmer Of Hope". Vulcanpost.com. Dicapai pada 2016-03-22.
  26. ^ Wahab, Ashraf. "Metros Movies: Believe The Hype! "Ola Bola" Is A Local Movie We Can Be Proud Of". Metros.events. Dicapai pada 2016-03-22.
  27. ^ (Inggeris)"5 reasons you MUST watch Ola Bola". Astroulagam.com.my. Dicapai pada 2016-03-22.
  28. ^ Mohd, Hafizan (4 Februari 2016). "Review: Ola Bola". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-07. Dicapai pada 2016-03-22.
  29. ^ (Inggeris)Ect, Deric (8 Februari 2016). "IT'S TRICKY REVIEWING A FILM STARRING YOUR OWN BOSS, ESPECIALLY IF IT'S A GOOD ONE". Dailyseni.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-22. Dicapai pada 2016-03-22.
  30. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (30 Januari 2016). "An honest review of 'Ola Bola'". The Malay Mail. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  31. ^ (Inggeris)"Movie Review - OlaBola". The Sun. 3 Februari 2016.
  32. ^ (Inggeris)"Review: Ola Bola". Larxy.com. 31 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-09. Dicapai pada 2016-03-22.
  33. ^ a b "Zee Avi performs theme song to footie movie OlaBola [VIDEO]". Dicapai pada 19 February 2016.
  34. ^ "(Showbiz) Zee Avi's Ola Bola anthem wins Best Theme Song at Golden Horse Awards". NST Online. Dicapai pada 2016-11-27.
  35. ^ "Festival Filem Malaysia 28". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. 3 September 2016. Dicapai pada 2017-06-20.
  36. ^ Madiha Abdullah (16 Mei 2017). Ola Bola The Musical bawa stadium ke pentas teater Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  37. ^ "Elemen dramatik 'ikat' penonton". Harian Metro. 16 Ogos 2016.
  38. ^ "5 sebab anda perlu menyaksikan persembahan 'Ola Bola the Musical' di Istana Budaya". Football Tribe. 5 Mac 2018.
  39. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns with new cast members". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  40. ^ Dennis Chua (22 Februari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns to the stage (Review)". New Straits Times. Dicapai pada 22 Februari 2019.
  41. ^ "Ola Bola should have stuck to facts, say James Wong and Hassan Sani". Bernama. The Star. 19 February 2016. Dicapai pada 11 May 2016.
  42. ^ Golingai, Philip (20 February 2016). "'OlaBola's' controversial winning goal - One Man's Meat". The Star. Dicapai pada 5 November 2016.
  43. ^ ""Ola Bola", "Polis Evo" lead FFM 28 nominations". Dicapai pada 5 November 2016.
  44. ^ "Screenwriters rage 'Jagat', 'Ola Bola' disqualified as best film contenders". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 4 August 2016. Dicapai pada 5 November 2016.
  45. ^ a b "FFM awards: Jagat wins Best Malaysian Film, Best Film in National Language goes to Munafik". The Star. Dicapai pada 5 November 2016.
  46. ^ "'Divisive' film awards panned". The Star. Star Media Group Berhad. 5 August 2016. Dicapai pada 10 August 2016.
  47. ^ Afdlin Shauki (4 August 2016). "Mintak Maaf, Tahun Ini Saya Boikot FFM". www.facebook.com (dalam bahasa Malay).CS1 maint: unrecognized language (link)
  48. ^ Hemananthani Sivanandam (6 August 2016). "Big guns back Afdlin's stand". The Star. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 11 August 2016.
  49. ^ "'Best Cinematography' nominee withdraws from 'racist' FFM". 6 August 2016. Dicapai pada 5 November 2016.
  50. ^ Syed Jaymal Zahid (5 August 2016). "Boycott racially-divisive FMM, Afdlin Shauki tells peers after 'Ola Bola', 'Jagat' snub". The Malay Mail. Dicapai pada 5 November 2016.
  51. ^ Amar Shah Mohsen (7 August 2016). "Abdul Rahman critical of Finas and PFM for omitting 'Jagat' and 'Ola Bola'". The Sun.
  52. ^ "Film Directors' Association official quits over language segregation issue". The Star. 9 August 2016. Dicapai pada 5 November 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]