Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Junaidah Haris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Allahyarhamah Junaidah binti Daeng Harris atau lebih dikenali sebagai Junaidah Haris (1932 – 1 April 1998) merupakan seorang pelakon filem Melayu hitam putih dan juga isteri pertama P. Ramlee. Mereka berkahwin pada 1947 tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama empat tahun. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak:

Junaidah Haris
Junaidah Haris
Kelahiran
Junaidah binti Daeng Harris

1932 (1932)
Meninggal dunia1 April 1998(1998-04-01) (umur 65–66)
PasanganP. Ramlee (k. 1947; c. 1953)
Anak-anak2 (termasuk Nasir P. Ramlee)

Junaidah juga mempunyai seorang lagi anak bernama Abdul Rahman daripada perkahwinan sebelumnya.

Selain dikenali sebagai isteri P. Ramlee, Junaidah Daeng Harris juga seorang pelakon seperti bapanya. Lakonannya dapat dilihat dalam Angin Berpesan, Aladdin, Dian, Permata Di Perlimbahan, Rayuan Sukma dan beberapa filem lagi.

Di samping itu, nama Junaidah juga sempat tercatat sebagai penyanyi piring hitam pada tahun 50-an. Salah sebuah lagunya ialah "Remaja". Junaidah diiringi Pathe Orchestra pimpinan Osman Ahmad.[1]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]