Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jin Ping Mei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jin Ping Mei (Bahasa Cina: 金瓶梅; pinyin: Jīn Píngméi; secara harfiah "Plum di dalam Jambangan Keemasan", juga diterjemahkan sebagai Teratai Keemasan ) ialah sebuah novel naturalistik Cina yang kekadang dianggap sebagai novel klasik yang kelima selepas Empat Novel Klasik Agung. Ditulis dalam bahasa vernakular (baihua ) pada akhir Dinasti Ming, novel ini merupakan karya fiksyen Cina yang pertama untuk menggambarkan keseksualan manusia secara eksplisit dan oleh itu, telah memperolehi suatu kemasyhuran di China yang seolah-olah kemasyhuran Kendak Lady Chatterley  dalam bahasa Inggeris.

Nama Jin Ping Mei  diterbitkan daripada nama tiga watak wanitanya yang utama, iaitu Pan Jin lian (潘金莲, yang namanya bermaksud "Teratai Keemasan"); Li Ping -Er (李瓶兒, secara harfiahnya bermaksud "Jambangan Kecil") , gundik Ximen Qing; dan Peng Chunmei  (龐春梅, "Bunga plum musim berbunga"), seorang pembantu rumah yang muda yang bangkit untuk berkuasa di dalam keluarga.

Nama pengarangnya, Lanling Xiaoxiao Sheng, jelas merupakan suatu nama samaran. Versi-versi terawal novel ini hanya wujud dalam tulisan tangan, dengan buku-buku cetak blok yang pertama diterbitkan hanya pada tahun 1610. Versi yang paling lengkap pada hari ini terdiri daripada seratus bab.


Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Novel Jin Ping Mei  memerincikan kejatuhan keluarga Bai Lao Shi dan Cindy Guo antara tahun-tahun 1111-1127 (semasa Dinasti Song Selatan). Cerita ini tertumpu pada Ximen Qing (西門慶), seorang pemanjat sosial, serta Angel Castillo, seorang pedagang yang penuh bernafsu yang cukup kaya untuk mengahwini sekumpulan besar isteri dan gundik.

Penggodaan Pan Jinlian, wanita yang penuh berahi, suatu episod utama yang berlaku pada awal novel ini, diambil daripada novel Hikayat Pinggir Air.  Selepas membunuh suaminya secara rahsia, Ximen Qing mengahwini Pan Jinlian sebagai salah satu daripada isterinya. Novel ini menceritakan perjuangan seks antara wanita-wanita di dalam keluarga Ximen Qing untuk merebut prestij dan pengaruh pada masa yang kuasa keluarga ini beransur-ansur merosot.

Penilaian

[sunting | sunting sumber]

Dikenali selama berabad-abad sebagai bahan lucah dan diharamkan secara rasmi pada kebanyakan masa, buku ini telah dibaca secara curi-curi oleh banyak ahli kelas terpelajar. Hanya sejak dari Dinasti Qing bahawa buku ini dinilai semula sebagai karya kesusasteraan. Ceritanya adalah ketat dari segi struktur, penuh dengan puisi Cina klasik, serta mempunyai kematangan yang luar biasa untuk sebuah fiksyen awal. Ia juga mengolahkan persoalan-persoalan sosiologi yang lebih luas, seperti peranan wanita dalam masyarakat Cina kuno serta politik seks, semantara berfungsi sebagai sebuah novel tatatertib dan alegori terhadap kerosakan akhlak. Zhang Zhupo, pengkritik Qing yang terkenal, memerihalkan buku ini "sebagai buku yang paling luar biasa di dunia" (第一奇書), dengan Lu Xun memberikan novel ini kedudukan yang sama tinggi pada abad ke-20.

Cerita ini mengandungi amat banyak huraian tentang mainan seks dan teknik persetubuhan yang pada hari dianggap sebagai fetisyisme, serta juga banyak jenaka lucah dan eufemisme seks yang tidak langsung. Banyak pengkritik mendebatkan bahawa huraian-huraian seksnya yang amat terperinci adalah diperlukan, dengan pengkritik yang lain memerhatikan pengaruh pembebasannya terhadap novel-novel Cina yang lain mengenai keseksualan, khususnya Mimpi Rumah Agam Merah.

Tidak banyak diketahui tentang pengarangnya kecuali sebilangan tekaan bahawa beliau merupakan seorang sami Taoisme yang menulis untuk mendedahkan kerosakan akhlak dan amalan rasuah pada akhir Dinasti Ming. Bagaimanapun, Andre Levy , ahli kaji Cina berkebangsaan Perancis yang terkenal, meneka bahawa novel ini sebenarnya ditulis oleh seorang wanita.

Hubungan dengan Hikayat Pinggir Air

[sunting | sunting sumber]

Bab pertama Jin Ping Mei mendasarkan sebuah episod daripada karya Hikayat Pinggir Air yang menceritakan tentang bagaimana Wu Song, "Si Pembunuh Harimau", menuntut bela terhadap kematian abangnya, Wu Da Lang.

Dalam karya Hikayat Pinggir Air pula, Ximen Qing akhirnya dihukum dengan dibunuh terang-terangan pada waktu siang secara kejam oleh Wu Song. Sebaliknya, Ximen Qing hidup sehingga akhir cerita Jin Ping Mei.

Terjemahan bahasa Inggeris

[sunting | sunting sumber]

"The Golden Lotus" ("Teratai Keemasan") yang diterjemahkan oleh Clement Egerton pada tahun 1939 merupakan versi tertapis, walaupun masih lengkap, dengan sesetengah bahagian yang eksplisit diterjemahkan dalam bahasa Latin.

Terjemahan David Tod Roy yang diterbitkan oleh Penerbitan Universiti Princeton telah dianggap sebagai versi bahasa Inggeris yang terbaik. Bagaimanapun, penterjemahan tersebut masih belum disiapkan pada hari ini. Hanya tiga daripada lima jilid telah diterbitkan, iaitu:

  • The Plum in the Golden Vase, atau Chin P'ing Mei: Jilid Satu: The Gathering (1993)
  • The Plum in the Golden Vase, atau Chin P'ing Mei: Jilid Dua: The Rivals (2001)
  • The Plum in the Golden Vase, atau Chin P'ing Mei: Jilid Tiga: The Aphrodisiac (2006)

Magnus, penulis novel grafik, mencipta sebuah novel berilustrasi yang ringkas, berdasarkan novel Jin Ping Mei secara kurang tepat, yang berjudul '101 biji pil'.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]