Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi: جابتن اڬام اسلام ولايه ڤرسكوتوان ; singkatan: JAWI) adalah sebuah jabatan kerajaan yang berperanan sebagai agensi pelaksana kepada dasar-dasar yang ditetapkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di peringkat persekutuan serta melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di peringkat negeri. JAWI kini diterajui oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail selaku Pengarah JAWI.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]JAWI ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urus Setia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan MAIWP. Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.[1] Urus Setia Majlis pada ketika itu hanya terdiri daripada beberapa orang pegawai sahaja iaitu:[1]
- Mufti Wilayah Persekutuan
- Kadi Besar Wilayah Persekutuan
- Ketua Penolong Setiausaha
- Dua orang Kadi
- Pegawai Tadbir Masjid
- Dua orang Pegawai Zakat dan Baitulmal
- Pegawai Pendakwa dan Penguatkuasa
Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1978, JAWI telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walau bagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, JAWI telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada Tahun 2018, JAWI telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, JAWI hanya terdiri daripada beberapa Unit kecil sahaja iaitu:[1]
- Unit Pentadbiran
- Unit Pengurusan Masjid
- Unit Penguatkuasa dan Pendakwaan
- Unit Pentadbiran Nikah, Cerai dan Ruju`
- Unit Zakat dan Baitulmal
- Unit Fatwa
Sejak awal penubuhan, JAWI terus berkembang sehingga kini dengan kewujudan dua Cawangan iaitu JAWI Cawangan Labuan yang diwujudkan pada 16 April 1984 dan JAWI Cawangan Putrajaya yang diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini, peranan JAWI telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya:[1]
- Pendidikan - Memantau dan memastikan pengurusan pendidikan Islam berjalan lancar dan memenuhi kehendak pelanggan
- Penguatkuasaan - Menguatkuasakan undang-undang yang sedang berkuatkuasa serta menjalankan pencegahan bagi menegakkan amar makruf nahi mungkar.
- Khidmat Pengurusan - Menyediakan khidmat sokongan kepada jabatan melalui sumber manusia, pentadbiran, pembangunan infrastruktur, teknologi maklumat dan hal ehwal perhubungan awam.
- Pengurusan Masjid - Menyelaras aktiviti berkaitan dengan hal ehwal masjid, surau Jumaat, surau dan tanah perkuburan Islam.
- Pengurusan Kekeluargaan Islam - Pengukuhan institusi kekeluargaan.
- Masjid Wilayah Persekutuan - Diiktiraf sebagai masjid negeri dan menjalankan fungsi pengimarahan masjid.
- Pengurusan Dakwah - Menjalankan operasi dakwah secara holistik bersama stakeholders.
- Penyelidikan - Menjalankan kajian isu akidah, menapis dan memantau terbitan berunsur Islam, melaksanakan aktiviti pengurusan halal, menyaring permohonan surat sokongan Visa.
Visi
[sunting | sunting sumber]Menjadi sebuah organisasi peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam.
Misi
[sunting | sunting sumber]- Memantapkan akidah, syariah dan akhlak secara kolektif dan komprehensif
- Mengurus hal ehwal kekeluargaan Islam
- Melaksanakan dakwah secara menyeluruh dan profesional
- Memantapkan pendidikan ummah berteraskan al-Quran dan Sunnah
- Mengimarahkan masjid dan surau
Piagam Pelanggan
[sunting | sunting sumber]Bahagian | Piagam Pelanggan | ||
Pengurusan Dakwah |
| ||
Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga | Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra dalam proses nikah, cerai dan ruju’ serta perkhidmatan rundingcara keluarga dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
| ||
Penguatkuasaan |
| ||
Khidmat Pengurusan | Kami akan memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perhubungan awam, teknologi maklumat dan perolehan yang lebih dinamik dan kompeten bagi memastikan operasi JAWI berjalan dengan lancar:
|
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Jabatan dan agensi kerajaan Malaysia (Hal Ehwal Agama)
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Jabatan Perdana Menteri
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Sejarah Penubuhan Diarkibkan 2012-12-05 di Wayback Machine Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan