Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Islam di Amerika Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada tahun 2000, terdapat 6 juta penganut Islam di Amerika Syarikat. Satu juta bermastautin di California. Warga Islam di Amerika lebih ramai daripada penganut agama Yahudi.

Pada tahun 1993, terdapat 800 buah masjid di Amerika dan bilangannya kemudian meningkat hingga 2,000. Paul Findley dalam bukunya Silent No More: Confronting America’s False Images of Islam menyatakan orang Islam yang pertama sekali tiba di Amerika ialah hamba abdi kulit hitam yang dijual menjadi hamba abdi mulai tahun 1530 di Afrika Barat. Mereka dijual kepada pedagang-pedagang kulit putih dan selanjutnya dibawa ke Brazil, kepulauan Carribean dan Amerika.

Peninju Muhammad Ali memeluk agama Islam pada tahun 1964.Nama besar ini menyebabkan sukan tinju popular di beberapa negara Islam termasuk Malaysia.Muhammad Ali menggugurkan nama aslinya Cassius Clay kerana “Itu nama hamba abdi".

Ramai warga African-American yang Kristian kembali memeluk agama Islam. Mereka berasal dari keturunan hamba abdi dari Afrika Barat. Nama mereka diberi nama lain oleh majikan kulit putih yang memiliki mereka.

Peristiwa pengeboman Oklahoma City pada 20 April 1995 menyebabkan imej Islam terjejas.Hakikat sebenarnya ia dilakukan oleh Timothy Mc Veigh- seorang kulit putih. Peristiwa 911 turut menjejaskan imej umat Islam sehingga kini.

Profesor John L. Esposito, pengarah Pusat Persefahaman Kristian – Islam di Universiti Georgetown, Washington berjaya memberi pendedahan tentang Islam kepada masyarakat Kristian. Bukunya Islam, The Straight Path dan The Islamic Threat: Myth or Reality? menyedarkan pihak Kristian dan disenangi masyarakat Islam kerana lebih wibawa dan adil.

Malcolm X, seorang pejuang kulit hitam yang memeluk agama Islam dan menunaikan fardu haji memberi gambaran seorang Islam yang baik. Beliau tertarik kepada ajaran al Quran. Kesemua bersaudara. Kesemuanya menyembah Tuhan yang esa. Baginya Amerika perlu memahami agama Islam kerana ia satu-satunya agama yang mengenepikan masalah suku kaum. Saya tidak pernah melihat sebelum ini amalan persaudaraan oleh manusia pelbagai warna kulit.

Majlis Perhubungan Islam Amerika (Council on American Islamic Relations - CAIR) sedikit sebanyak dapat menjernihkan hubungan masyarakat Islam - Kristian di Amerika Syarikat. Malahan Jay Leno, tokoh lawak televisyen Amerika memohon maaf kepada CAIR.

Pada tahun 2000 lebih 700 orang Islam bertanding bagi parti-parti Republikan dan Demokrat untuk dewan-dewan undangan negeri dan Kongres. Seramai 152 calon Islam menang kemudiannya.

Paul Findley mencadangkan orang Islam hendaklah secara terbuka memperkenalkan identiti mereka sebagai warga Islam dan berikhtiar menyampaikan kebenaran Islam kepada bukan Islam. Kedua, orang Islam mestilah mempertahankan agama mereka secara tegas terhadap apa juga anggapan yang tidak benar atau mengelirukan. Setiap orang Islam berkewajipan mempertahankan agamanya dari apa juga salah faham yang berbangkit walau di mana juga ia berlaku atau puncanya, termasuk di negara-negara lain seperti Filipina, Indonesia dan Afghanistan.[1]