Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Istana Mukden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Maharaja Dinasti Ming dan Qing di Beijing dan Shenyang
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asli瀋陽故宮
Sebahagian dari
Imperial Palaces of the Ming and Qing Dynasties in Beijing and Shenyang Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1987 (sesi ke-11)
Lanjutan2004
Laman sesawang
http://www.sypm.org.cn Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiShenyang, Republik Rakyat China Sunting ini di Wikidata
Koordinat41°47′45″N 123°27′00″E / 41.7958°N 123.45°E / 41.7958; 123.45
Istana Mukden yang terletak di China
Istana Mukden
Lokasi Istana Mukden
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Mukden (Cina ringkas: 盛京宫殿Cina tradisional: 盛京宮殿pinyin: Shèngjīng Gōngdiàn) atau Shenyang Gugong (Cina ringkas: 沈阳故宫Cina tradisional: 瀋陽故宮pinyin: Shěnyáng Gùgōng), juga dikenali sebagai Istana Maharaja Shenyang, adalah bekas istana maharaja pada awal Dinasti Qing di China.

Ia telah dibina pada tahun 1625 dan tiga maharaja pertama dinasti Qing tinggal di sini antara tahun 1625 sehingga 1644. Ia terletak di pusat kota Mukden, Manchuria (Shenyang, China).

Tatarajah Istana Mukden

Pembinaan awal bermula pada tahun 1625 oleh Nurhaci. Pada 1631, struktur-struktur tambahan dibina di bawah Maharaja Huang Taiji.

Istana Mukden Palace telah dibina bagi menyerupai Kota Larangan di Beijing. Walau bagaimanapun, istana ini juga memiliki gaya-gaya Manchu dan Tibet.

Selepas dinasti Qing digantikan dengan dinasti Ming pada tahun 1644 di Beijing, istana Mukden kehilangan statusnya sebagai sebuah kediaman rasmi maharaja. Sebaliknya, Istana Mukden menjadi sebuah istana wilayah.

Pada tahun 1780, Maharaja Qianlong membesarkan istana. Penganti maharaja dari dinasti Qing biasanya tinggal di Istana Mukden untuk beberapa ketika pada setiap tahun.

Dewan Dazheng, bangunan terawal di dalam istana.

Pada tahun 1955, Istana Mukden telah diubah menjadi Muzium Istana Shenyang. Pada tahun 2004, ia telah dimasukkan di dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai satu peluasan bagi tapak Istana Maharaja Dinasti Ming dan Qing di Beijing.


Koordinat: 41°47′46″N 123°26′58″E / 41.79611°N 123.44944°E / 41.79611; 123.44944