Ignaz Semmelweis
Ignaz Semmelweis | |
---|---|
Kelahiran | Semmelweis Ignác Fülöp 1 Julai 1818 |
Meninggal dunia | 13 Ogos 1865 | (umur 47)
Kerakyatan | Kerajaan Hungary |
Pusat pendidikan | Universiti Vienna Universiti Budapest |
Terkenal kerana | Memperkenalkan piawai penyahjangkitan tangan, di klinik Obstetrik, dari tahun 1847 |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Obstetrik, pembedahan |
Pasangan | Mária Weidenhofer (1837–1910) (kahwin pada 1857)[1] |
Anak-anak | Antónia Mária Ignác Margit Béla |
Ibu bapa | József Semmelweis Teréz Müller |
Ignaz Philipp Semmelweis[A] (bahasa Jerman: [ɪˈɡnaːts ˈzɛml̩vaɪs]; Hungary: Semmelweis Ignác Fülöp ; 1 Julai 1818 – 13 Ogos 1865) merupakan seorang pakar perubatan dan saintis Hungary, kini dikenali sebagai perintis terawal tatacara antiseptik.
Beliau menemui bahawa insidens demam puerpera (juga dikenali sebagai "demam katil anak") boleh dipotong secara drastik dengan menggunakan penyahjangkitan tangan di klinik obstetrik sehingga banyak menyelamatkan nyawa kaum ibu mengandung.[2] Demam puerpera merupakan penyakit biasa di hospital pertengahan abad ke-19 dan selalunya membawa maut. Semmelweis mengusulkan amalan membasuh tangan dengan solusi kapur berklorin pada tahun 1847 sambil bekerja di Klinik Obstetrik Pertama Hospital Besar Vienna, di mana wad doktor mempunyai tiga kali ganda mortaliti wad bidan.[3] Beliau menerbitkan segala penemuan ini dalam buku bertajuk Etiology, Concept and Prophylaxis of Childbed Fever.
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Ignaz Semmelweis lahir di 1 Julai 1818 di Tabán, suatu kejiranan Buda kini terangkum dalam Budapest, Kerajaan Hungary. Beliau anak kelima daripafa 10 adik-beradik hasil perkahwinan József Semmelweis dan Teréz Müller, sepasang suami isteri pekedai runcit[B] dan pemborong[C] Zum weißen Elefanten[4][5] dan Teréz Müller, anak pembina kereta Fülöp Müller.[6]
Beliau pada mulanya menceburi bidang perundangan di Universiti Vienna pada musim luruh tahun 1837, namun beliau beralih bidang ke bidang perubatan pada tahun berikutnya; beliau mendapat ijazah kedoktoran bidang ini pada tahun 1844. Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya dalam bidang obstetrik[7] - Carl von Rokitansky, Joseph Škoda dan Ferdinand von Hebra antara guru-guru utamanya pada ketika ini
Kerjaya kedoktoran
[sunting | sunting sumber]Permulaan di Vienna
[sunting | sunting sumber]Penemuan berkaitan penyahjangkitan
[sunting | sunting sumber]Perselisihan politik
[sunting | sunting sumber]Pada 13 Mac 1848, saat benua Eropah bergolak dilanda revolusi politik di banyak negara, siswa-siswa perubatan dan pekerja fakulti Vienna menunjuk perasaan mendesak hak awam lebih terbuka termasuk perbicaraan yang adil berjuri dan kebebasan bersuara. Perkara ini mencetus suatu revolusi besar menentang kuasa Habsburg Empayar Austria beberapa hari kemudian[8] - seberapa adik abang Semmelwise turut terlibat dalam pemberontakan ini, malah Semmelwise dikatakan turut sependirian dengan mereka; hubung kait ini tidak disenangi profesor atasannya, Johann Klein, seorang bangsa Austria sehingga menjadi tidak percaya kepada Semmelweis.[9] Oleh itu, Klein sendiri tidak membaharui lesen kebenaran obstretik Ignaz lebih kurang waktu sama;[10] Semmelweis meletakkan jawatan pada 20 haribulan sebelum berangkat pulang ke Pest secara segera dan tiba-tiba[11] kerana rasa rungsingnya dengan kerenah badan perubatan Vienna.[12]
Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1861, Semmelwise menerbitkan suatu buku 500 halaman muka surat berjudul Die Ätiologie, der Begriff und die Prophylaxis des Kindbettfiebers ("Etiologi, Konsep dan Profilaksis Demam Kanak-Kanak") yang mengemukakan seberapa maklumat epidemiologi serta ulasan pedas berdasarkan pengalaman dalam bidangnya sendiri[13] yang menempelak banyak orang sezamannya yang mengabaikan cadangan bernas diusulkan beliau. Malah beliau juga mengeluarkan surat terbuka[D] dari tahun-tahun 1861-1862[14][E] kepada para ilmuwan sezaman yang dituduhnya sebagai "pembunuh tidak bertanggjawab" dan "jahil".
Sakit gila
[sunting | sunting sumber]Beliau semakin lama semakin berperangai yang dianggap memalukan kepada rakan sekerja: beliau ketagihan arak, sering menyendiri dari keluarga malah adakalanya berkelakuan tidak senonoh di hadapan orang ramai dan keluarga.[16] Doktor peribadi Ignaz, János Balassa menyimpulkan bahawa Semmelweis sudah mengalami gangguan mental lalu perlu dibawa ke hospital sakit jiwa.
Semmelwise diumpan masuk pada 30 Julai ke suatu pusat perawatan sebegini di Lazarettgasse dek ditipu Ferdinand Ritter von Hebra yang disangka membawanya ke satu institut ilmu.[17] Semmelweis cuba meloloskan diri, namun beliau ditahan dan dipukul sebelum dikurung berbaju pasung di suatu kurungan gelap. Beliau sangat terseksa daripada pelbagai rawatan dialaminya; beliau akhirnya menghidap gangrena berikutan suatu luka jangkitan di tangan kanannya yang akhirnya meragut nyawa beliau - beliau meninggal dunia dua minggu kemudian akibat piemia tanggal 13 Ogos 1865 pada usia 47 tahun.[18] Beliau dikebumikan di Vienna pada lusa hari oleh sedikit orang sahaja[19] dan seberapa makalah perubatan di Vienna dan Budapest turut memberitakan hal ini, namun penghebahan ini sebaliknya tidak berlaku dari Persatuan Doktor dan Saintis Alam Hungary.[20]
Mayatnya dipindahkan ke Budapest sekali pada tahun 1891, dan kemudiannya ke rumah kelahirannya pada 11 Oktober 1964; rumah tersebut kini diabadikan sebaga suatu musium dan perpustakaan meraikan sumbangan beliau[5][21]
Bibiliografi
[sunting | sunting sumber]- Fall von sackartiger Ausbuchtung des schwangeren Gebärmutterhalses, Wiener medizinische Wochenschrift, 1857.
- A gyermekágyi láz kóroktana (L'Étiologie de la fièvre puerpérale), Orvosi hetilap, 1858 ;no. 1 : m/s. 1-5 ; no. 2 : m/s. 17-21 ; no. 5 : m/s. 65-69 ; no. 6 : m/s. 81-84 ; no. 21 : m/s. 321-326 ; no. 22 : m/s. 337-342 ; no. 23 : m/s. 353-359. (Première publication de ses idées).
- Die Aetiologie, der Begriff und die Prophylaxis des Kindbettfiebers. Pest-Wien-Leipzig, 1861. Réimprimé avec une nouvelle introduction par A. F. Guttmacher. New York-Londres, 1966.
- Zwei offene Briefe an Dr. Ed. Casp. Jac. von Siebold und an Dr. F. W. Scanzoni, Professoren der Geburtshilfe, Vienna, 1861.
- Zwei offene Briefe an Dr. Joseph Späth, Professor der Geburtshilfe an der k. k. Josephs-Akademie in Wien und an Hofrath Dr. F. W. Scanzoni, Professor der Geburtshilfe zu Würzburg, Vienna, 1861.
- On the Origin and Prevention of Puerperal Fever. Medical Times and Gazette, Londres, 1862 ; no. 1 : Templat:P..
- Gesammelte Werke Iena, Gustav Fischer, 1905. Édité et partiellement traduit du hongrois par Tibor Győry.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Ketabahan kepercayaan
- Carl Mayrhofer
- Muzium Penjagaan Kesihatan
- Semmelweis Frauen-Klinik
- Kesan Semmelweis
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ Nama "Semmelweis" tidak dieja dengan ss seperti dalam weiss , tetapi menggunakan akhiran lebih pendek suffix -weis (meninggalkan s kedua). Semmelweis bermaksud "roti kecil" atau "putih roti".
- ^ Translated from: [er] erhielt 1806 das Bürgerrecht in Buda[Penjelasan diperlukan]
- ^ Translated from: Spezereien- und Kolonialwarengroßhandlung[Penjelasan diperlukan]
- ^ The 1862 open letter is available at the Austrian national library website.
- ^ The monograph to which Semmelweis refers was a work by Heinrich Silberschmidt, "Historisch-kritische Darstellung der Pathologie des Kindbettfiebers von den ältesten Zeiten bis auf die unserige", published 1859 in Erlangen, which mentions Semmelweis only incidentally and without dealing at all with the transfer of toxic materials by the hands of physicians and midwives. The book was awarded a prize by the medical faculty of Würzburg at the instigation of Friedrich Wilhelm Scanzoni von Lichtenfels[15]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Ataman, Vatanoğlu-Lutz & Yıldırım 2013, m/s. 35–39.
- ^ Semmelweis Society International.
- ^ Hanninen, Farago & Monos 1983.
- ^ Hermann Baum, Ignaz Semmelweis: Seine Vorfahren väterlicherseits und mütterlicherseits, BoD – Books on Demand, 2018, ISBN 9783748184256, p. 11, accessed 5 May 2020
- ^ a b Semmelweis Orvostörténeti Múzeum.
- ^ Antall & Szebellédy 1973.
- ^ Semmelweis 1983, m/s. 16.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 57.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 59.
- ^ Frederick Sweet, Professor, Washington University School of Medicine, Saint-Louis (Missouri).
- ^ Semmelweis 1983, m/s. 52.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 67.
- ^ Stewardson, A.; Pittet, D. (2011). "Ignác Semmelweis—celebrating a flawed pioneer of patient safety". Lancet. 378: 22-23.
- ^ Semmelweis 1983, m/s. 169.
- ^ Hauzman 2006; Semmelweis 1983, m/s. 212.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 74.
- ^ Benedek 1983, m/s. 293.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 76–78.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 78.
- ^ Carter & Carter 2005, m/s. 79.
- ^ Semmelweis 1983, m/s. 58.
Karya dikutip
[sunting | sunting sumber]- Antall, József; Szebellédy, Géza (1973), Aus den Jahrhunderten der Heilkunde, Budapest: Corvina Verlag, m/s. 7–8CS1 maint: ref=harv (link)
- Ataman, A. D.; Vatanoğlu-Lutz, E. E.; Yıldırım, G (2013). "Medicine in stamps-Ignaz Semmelweis and Puerperal Fever". Journal of the Turkish German Gynecological Association. US National Library of Medicine. 14 (1): 35–39. doi:10.5152/jtgga.2013.08. PMC 3881728. PMID 24592068.CS1 maint: ref=harv (link)
- Benedek, István (1983), Ignaz Phillip Semmelweis 1818–1865, Druckerei Kner, Gyomaendrőd, Hungary: Corvina Kiadó (Translated from Hungarian to German by Brigitte Engel), ISBN 963-13-1459-6CS1 maint: ref=harv (link)
- Braun, Carl (1857), Lehrbuch der Geburtshülfe : mit Einschluss der operativen Therapeutik, der übrigen Fortpflanzungs-Functionen der Frauen und der Puerperalprocesse (dalam bahasa Jerman), Vienna, Austria: Braumüller, OCLC 991553285CS1 maint: ref=harv (link)
- Breisky, August (1861), "Semmelweis", Vierteljahrschrift für die praktische Heilkunde, Literarischer Anzeiger, 18: 1–13CS1 maint: ref=harv (link)
- Carter, K. Codell; Carter, Barbara R. (February 1, 2005), Childbed fever. A scientific biography of Ignaz Semmelweis, Transaction Publishers, ISBN 978-1-4128-0467-7CS1 maint: ref=harv (link)
- Hauzman, Erik E. (August 26–30, 2006), Semmelweis and his German contemporaries, Budapest, Hungary, diarkibkan daripada yang asal (DOC) pada March 24, 2009, dicapai pada March 24, 2009 Unknown parameter
|booktitle=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Fleischer, J. (1856), "Statistischer Bericht der Gebärklinik an der kk. Universität zu Pest im Schuljahre 1855–56", Wiener medizinische Wochenschrift (dalam bahasa German), 6: 534–536, dicapai pada May 11, 2008,
Wir glaubten diese Chlorwaschungs-Theorie habe sich längst überlebt; die Erfahrungen und statistischen Ausweisse der meisten geburtshilflichen Anstalten protestieren gegen ubige Anschanung; es wäre an der Zeit sich von dieser Theorie nicht weiter irreführen zu lassen.
CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link) - Hanninen, O.; Farago, M.; Monos, E. (September–October 1983), "Ignaz Philipp Semmelweis, the prophet of bacteriology", Infection Control, 4 (5): 367–370, doi:10.1017/S0195941700059762, PMID 6354955, diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2008, dicapai pada October 26, 2009,
Only the clinical facts proved him right during his lifetime; the triumph of bacteriology which began after his death made him not only the "savior of mothers" but also a genial ancestor of bacteriology.
CS1 maint: ref=harv (link) - Hebra, Ferdinand (1847), "Höchst wichtige Erfahrungen über die Aetiologie der an Gebäranstalten epidemischen Puerperalfieber", Zeitschrift der K.k. Gesellschaft der Ärzte zu Wien, 4 (1): 242–244CS1 maint: ref=harv (link)
- Hebra, Ferdinand (1848), "Fortsetzung der Erfahrungen über die Aetiologie der in Gebäranstalten epidemischen Puerperalfieber", Zeitschrift der K.k. Gesellschaft der Ärzte zu Wien, 5: 64fCS1 maint: ref=harv (link)
- Levy, Karl Edouard Marius (1848), "De nyeste Forsög i Födselsstiftelsen i Wien til Oplysning om Barselfeberens Aetiologie", Hospitals-Meddelelser, 1: 199–211CS1 maint: ref=harv (link)
- Muenze Oesterreich AG (2017), "50 Euro – Ignaz Philipp Semmelweis (2008)", Austrian Mint website, Vienna, diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2010, dicapai pada October 27, 2009,
The new gold coin with a face value of 50 Euro has a portrait of the celebrated doctor himself together with the staff of Aesculapius, which is the logo for the entire series. The reverse has a bird’s-eye view of the old General Hospital in Vienna, where Semmelweis was stationed in the childbirth clinic. An insert to the right shows a doctor and a student in the act of disinfecting their hands before examining a patient.
CS1 maint: ref=harv (link) - Nissani, M. (1995). "The Plight of the Obscure Innovator in Science". Social Studies of Science. 25: 165–183. doi:10.1177/030631295025001008.CS1 maint: ref=harv (link)
- Nuland, Sherwin B. (2003), The Doctors' Plague: Germs, Childbed Fever and the Strange Story of Ignac Semmelweis, W. W. Norton, ISBN 0-393-05299-0CS1 maint: ref=harv (link)
- Obenchain, Theodore G. (2016). Genius Belabored: Childbed Fever and the Tragic Life of Ignaz Semmelweis. University of Alabama Press. ISBN 978-0-81731-929-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Piper, John (2007). Motherkillers. Brighton: Book Guild. ISBN 978-1-84624-087-4. Dicapai pada 27 February 2015.CS1 maint: ref=harv (link)
- Reid, Robert William (1975), Microbes and Men, New York, NY, U.S.A.: Saturday Review Press, ISBN 978-0-8415-0348-9, OCLC 1227698CS1 maint: ref=harv (link)
- Schmidt, Joseph Hermann (1850), "Die geburtshülfliche-klinischen Institute der königlichen Charité", Annalen des Charité-Krankenhauses zu Berlin, 1: 485–523CS1 maint: ref=harv (link)
- Semmelweis Society International. "Dr Semmelweis' Biography". Dicapai pada 2 September 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
- Semmelweis, Ignaz (September 15, 1983) [1983], Etiology, Concept and Prophylaxis of Childbed Fever, diterjemahkan oleh Carter, K. Codell, University of Wisconsin Press, ISBN 0-299-09364-6CS1 maint: ref=harv (link) (references to Carter's foreword and notes indicated )
- "Semmelweis Orvostörténeti Múzeum". Semmelweis.museum.hu. Dicapai pada 2012-05-19.
- Tyler Smith, W. (1856), "Puerperal Fever", The Lancet, 2 (1732): 503–505, doi:10.1016/s0140-6736(02)60262-4CS1 maint: ref=harv (link)
- Wieger, Friedrich (1849), "Des moyens prophylactiques mis en U.S.A.ge au grand hôpital de Vienne contre l'apparition de la fièvre puerpérale", Gazette Médicale de Strasbourg (dalam bahasa French), 9: 99–105CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ignaz Semmelweis |
Wikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 Ignaz Semmelweis. |
- Karya-karya oleh Ignaz Semmelweis di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Ignaz Philipp Semmelweis di Internet Archive
- Sloan Science and Film / Short Films / Semmelweis by Jim Berry 17 minutes
- Extracts from Semmelweis's 1861 book, The Etiology, Concept, and Prophylaxis of Childbed Fever were published in the January 2008 edition of Social Medicine
- BMJ: Ignaz Semmelweis
- Catholic Encyclopedia entry
- John H. Lienhard (1991). The Engines of Our Ingenuity. Episod 622. NPR. KUHF-FM Houston. Ignaz Philipp Semmelweis. Cite uses deprecated parameter
|transcripturl=
(bantuan); Unknown parameter|serieslink=
ignored (bantuan) - Who Named it? Ignaz Philipp Semmelweis
- Tan S Y and Brown J Ignaz Philipp Semmelweis
- Caroline M De Costa, The contagiousness of childbed fever : a short history of puerperal sepsis and its treatment, eMJA The Medical Journal of Australia, MJA 2002 177 (11/12): 668–671
- review, The Fool of Pest, The New York Review of Books, 51:3 (February 26, 2004)
- The Semmelweis Society, an organization dedicated to protecting physicians from "sham peer review"
- Semmelweis's first post-stamp, Hungary, 1932
- Pulse-Project Audio Lecture: Benedek Varga on “The Myth and Cult of Ignaz Semmelweis: Constructing History of Science during the 20th Century”
- Rencana Wikipedia yang memerlukan penjelasan dari October 2008
- Rencana dengan bahagian kosong dari Mei 2020
- Semua rencana dengan bahagian kosong
- Articles with Project Gutenberg links
- CS1 errors: deprecated parameters
- Kelahiran 1818
- Kematian 1865
- Pakar perubatan Hungary abad ke-19
- Perkuburan di Perkuburan Kerepesi
- Orang Hungary berketurunan Jerman
- Roman Katolik Hungary
- Saintis Hungary
- Ahli kesejahteraan
- Ignaz Semmelweis
- Kebersihan perubatan
- Orang dari Buda