Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Huruf saksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Huruf saksi (Jawi: حروف سقسي) ialah huruf-huruf konsonan yang digunakan sebagai bunyi vokal dalam penulisan bahasa-bahasa Semitik, seperti bahasa Arab, Ibrani dan Suryani, serta digunakan dalam penulisan Jawi. Huruf-huruf ini ialah alif ا, wau و, dan ya ي dalam Arab dan Jawi, manakala dalam bahasa Ibrani pula alef א, he ה, vav ו dan yod י. Untuk bahasa Ibrani, huruf saksi sering dipanggil matres lectionis (daripada Latin "ibu bacaan", daripada Ibrani: אֵם קְרִיאָה, 'em kri'a).

Huruf saksi juga termasuk diftong atau dua huruf vokal yang dibunyikan serangkap, seperti ai, au, oi dan sebagainya. Dalam linguistik, vokal serangkap ini dipanggil bunyi geluncuran atau semivokal.[1]

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Banyak bahasa Semitik tidak menulis huruf-huruf vokal, merumitkan pembacaan teks terutamanya bagi orang yang tidak mahir tulisan itu. Untuk menunjukkan vokal, terutamanya bunyi vokal yang panjang, huruf konsonan digunakan. Contohnya, dalam perkataan bahasa Arab بيت‎ (bait, 'rumah'), konsonan ya ي digunakan sebagai huruf vokal panjang. Akan tetapi, apabila dalam bentuk jamak بيوت‎ (buyut, 'rumah-rumah') huruf ya digunakan sebagai konsonan.

Cara ini banyak digunakan untuk sistem tulisan Ibrani, Aramia, Suyani dan Arab tetapi juga boleh dilihat dalam abjad-abjad kuno seperti Ugarit, Moab, Arab Selatan dan Fenisia.

  1. ^ Encyclopedia of Arabic Language and Linguistics, Brill, 2006, 2.238, 308-9.