Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hideo Kojima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hideo Kojima (小島 秀夫)
Hideo Kojima di GO3 2007 di Perth, Australia
Kelahiran (1963-08-24) 24 Ogos 1963 (umur 61)
PekerjaanPengarah filem, Penerbit filem, Pereka permainan video, Pengarah permainan video, Penerbit permainan video
Tahun aktif1986 - Sehingga kini
Laman web rasmiBlog Hideo Kojima (Jepun)

Hideo Kojima (小岛 秀 夫, Hideo Kojima) lahir pada 24 Ogos 1963 adalah pereka permainan video Jepun yang awalnya bekerja di Konami. Merupakan bekas wakil presiden Konami Computer Entertainment Japan yang saat ini merupakan pengarah Kojima Productions. Dia adalah pencipta dan pengarah sejumlah permainan video yang berjaya, termasuklah siri Metal Gear,Snatcher dan Policenauts dan juga penerbit kedua-dua permainan video Zon Enders dan siri Boktai. Kojima secara konsisten dinamakan oleh peminat dan ahli industri sebagai salah satu pengarah dan penulis permainan video paling inovatif dan berpengaruh. Newsweek menamakan Hideo Kojima sebagai salah satu daripada sepuluh orang pada tahun 2002. Pada tahun 2008, majalah Next Generation Megazine menempatkannya pada kedudukan ketujuh dalam senarai Hot 100 Developer 2008.. Pada awal 2009, IGN menempatkannya pada kedudukan keenam dalam senarai mereka Top 100 Game Creators of All Time. Dia juga pertama kalinya dianugerahkan Lifetime Achievement Award diserahkan kepada seorang pereka permainan di MTV Game Awards pada tahun 2008 dan juga dianugerahkan dengan Lifetime Achievement Award di Game Developers Conference pada tahun 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]