Henrikh Mkhitaryan
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Henrikh Mkhitaryan[1] | ||
Tarikh lahir | 21 Januari 1989 | ||
Tempat lahir | Yerevan, RSS Armenia, Soviet Union | ||
Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in)[2] | ||
Posisi permainan |
Pemain tengah serangan Pemain sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Inter Milan | ||
Nombor | 22 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–2006 | Pyunik | ||
2003 | → São Paulo (pinjam) | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2009 | Pyunik | 70 | (30) |
2009–2010 | Metalurh Donetsk | 37 | (12) |
2010–2013 | Shakhtar Donetsk | 72 | (38) |
2013–2016 | Borussia Dortmund | 90 | (23) |
2016–2018 | Manchester United | 39 | (5) |
2018–2019 | Arsenal | 39 | (8) |
2019–2020 | → Roma (pinjam) | 22 | (9) |
2020–2022 | Roma | 65 | (18) |
2022– | Inter Milan | 36 | (5) |
Pasukan kebangsaan | |||
2006–2007 | Armenia B17 | 5 | (1) |
2007–2008 | Armenia B19 | 6 | (1) |
2008–2010 | Armenia B21 | 13 | (9) |
2007–2021 | Armenia | 95 | (32) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC) |
Henrikh Mkhitaryan (Bahasa Armenia: Հենրիխ Մխիթարյան , Templat:IPA-hy; lahir 21 Januari 1989) ialah seorang pemain bola sepak profesional Armenia yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan.
Mkhitaryan merupakan penjaring terbanyak Armenia sepanjang zaman dengan 25 gol dalam 70 perlawanan antarabangsa sejak penampilan sulungnya pada bulan Januari 2007. Bekas kelabnya termasuk Pyunik Yerevan, Metalurh Donetsk, Shakhtar Donetsk, Borussia Dortmund dan Manchester United.
Mkhitaryan telah dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan Armenia sebanyak tujuh kali. Pada tahun 2012 dia diundi sebagai Pemain Terbaik Shakhtar untuk musim 2011–12 oleh penyokong, dan Pemain Paling Bernilai Liga Perdana Ukraine. Pada tahun 2012, Mkhitaryan dinamakan dalam 100 Pemain Terbaik UEFA oleh Buku Tahunan Bola Sepak Eropah UEFA 2012–13.[3] Mkhitaryan diundi sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan CIS pada tahun 2012, menjadikannya pemain bola sepak Armenia pertama yang dinamakan pemain terbaik sejak dari negara-negara pra-Soviet.[4] Dia menerima anugerah itu sekali lagi pada tahun 2013. Pada musim 2015–16 bersama Borussia Dortmund, Mkhitaryan telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Bundesliga serta tersenarai dalam kesebelasan terbaik Bundesliga 2015–16.[5] Mkhitaryan menerima jolokan Heno dari penyokong Armenia dan diberi panggilan Micki oleh penyokong Borussia Dortmund.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Mkhitaryan dilahirkan pada 22 Januari 1989 di ibu negara Armenia, Yerevan kepada Marina Taschyan dan Hamlet Mkhitaryan, seorang penyerang FC Ararat Yerevan semasa era 1980–an, yang mati akibat tumor otak ketika berumur 33 tahun semasa Mkhitaryan berumur tujuh tahun.[6] Ibunya adalah ketua jabatan pasukan kebangsaan dalam Persekutuan Bola Sepak Armenia dan kakaknya, Monica, bekerja di ibu pejabat UEFA.[7]
Ketika permulaan era 1990–an, keluarga Mkhitaryan berpindah ke Perancis, dimana Hamlet Mkhitaryan bermain untuk bekas kelab ASOA Valence dan membantu mereka layak ke divisyen kedua Ligue 2. Mkhitaryan menghabiskan masa kecilnya di Valence. Dia sentiasa mahu menjadi pemain bola sepak dan mulai mengikuti jejak langkah ayahnya. Sebagai seorang anak, dia akan menonton ayahnya bermain dan selalu ingin mengikutinya ke latihan. Keluarga Mkhitaryan kembali ke Yerevan pada tahun 1995. Mkhitaryan menamatkan pengajian di Institut Kebudayaan Fizikal di Armenia. Pada masa ini beliau mempelajari ilmu ekonomi di Institut St. Petersburg cawangan Yerevan. Selepas tamat pengajian, dia merancang untuk belajar di sana sebagai peguam.[8][9] Ketika membesar, Mkhitaryan menganggap Zinedine Zidane sebagai idola.[10]
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Pyunik
[sunting | sunting sumber]Mkhitaryan menyertai sistem belia FC Pyunik pada tahun 1995 dan menerima gaji pertamanya ketika berumur 15 tahun.[11] Dia kemudiannya dinaikkan ke pasukan utama FC Pyunik dan membuat penampilan profesional pertamanya pada tahun 2006 ketika berusia 17 tahun. Dia kali terakhir bermain bersama kelab itu pada musim 2009. Ketika musim itu, dia menjaringkan 11 gol liga dalam 10 perlawanan. Dalam empat musim pertamanya dengan pasukan utama Pyunik, mereka memenangi Liga Perdana Armenia empat kali (2006, 2007, 2008 dan 2009). Mereka juga memenangi Piala Super Armenia dua kali (2007 dan 2009) dan Piala Armenia sekali (2009). Secara keseluruhan, dia membuat 70 penampilan liga untuk kelab itu dengan 30 gol dan 89 penampilan keseluruhan dengan 35 gol.[12] Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Armenia dan Pyunik, Vardan Minasyan mengakui bahawa dia mahu melihat pemain bintangnya beraksi dalam liga yang lebih baik. Oleh kerana kejayaannya di dalam Liga Perdana Armenia 2009 bersama Pyunik Yerevan, dia menyertai kelab Liga Perdana Ukraine, Metalurh Donetsk.
Metalurh Donetsk
[sunting | sunting sumber]Mkhitaryan menyertai Metalurh Donetsk pada tahun 2009.[13] Dia menjaringkan satu gol ketika perlawanan sulungnya di mana mereka menang 3–0 ke atas kelab Liga Perdana Belarus, FC Partizan Minsk di dalam Liga Europa pada 16 Julai 2009.[14] Pada 19 Julai, dia membuat penampilan sulung liga ketika seri 0–0 dengan Dnipro Dnipropetrovsk.[15] Gol pertamanya di dalam ligan datang ketika seri 2–2 dengan Karpaty Lviv pada 26 Julai.[16] Pada 6 Ogos, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 dalam perlawanan kedua Liga Europa ke atas kelab Slovenia, Interblock Ljubljana di mana pasukannya menang 5–0 secara agregat.[17]
Pada musim berikutnya dia dinamakan sebagai kapten kelab pada 14 Julai ketika berumur 21 tahun, menjadikannya kapten termuda dalam sejarah Metalurh Donetsk.[18] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim ini pada minit ke 89 menerusi penalti, ketika kemenangan 3–0 ke atas Obolon Kyiv pada 16 Julai.[19] Dia bermain perlawanan terakhirnya bersama kelab ini ketika kemenangan 2–1 ke atas Dnipro pada 30 Ogos.[20] Dalam musim keduanya, dia bermain lapan perlawanan dan menjaringkan tiga gol, kesemuanya di dalam liga. Dia membuat 37 penampilan liga ketika tempohnya di Metalurh dan menjaringkan 12 gol.[21] Secara keseluruhan dia bermain 46 perlawanan untuk kelab itu dan menjaringkan 17 gol.
Shakhtar Donetsk
[sunting | sunting sumber]Musim 2010–11
[sunting | sunting sumber]Pada 30 Ogos 2010, dia melengkapkan perpindahan bernilai $7.5 juta ke Shakhtar Donetsk.[22] Dia membuat penampilan sulung pada 10 September ketika kekalahan 1–0 kepada Obolon Kyiv dan digantikan oleh Eduardo selepas 62 minit.[23] Penampilan sulungnya di tempat sendiri lebih baik dengan Shakhtar menang 4–1 ke atas Tavriya Simferopol pada 19 September.[24] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab dalam perlawanan ini. Tiga hari kemudian dia membuat penampilan pertama dalam Piala Ukraine dan menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 6–0 ke atas Kryvbas.[25] Pada 25 September, dia menjaringkan gol kemenangan ketika menang 2–1 ke atas Metalist Kharkiv.[26] Dia membuat penampilan sulung Eropah untuk kelab dalam Liga Juara-Juara Eropah pada 28 September menentang Sporting Braga dan mereka menang 3–0.[27] Dia membuat penampilan ketika menang 2–0 dalam perlawanan akhir Piala Ukraine menentang Dynamo Kyiv di mana dia masuk pada minit ke–81 menggantikan Jádson.[28] Musim pertamanya di kelab ini dianggap sangat berjaya untuk Shakhtar selepas mereka memenangi kejuaraan treble (Liga Perdana Ukraine, Piala Ukraine dan Piala Super Ukraine).[29]
Musim 2011–12
[sunting | sunting sumber]Dalam musim 2011-12, Shakhtar memenangi Liga Perdana Ukraine dan Piala Ukraine.[30] Mkhitaryan menjaringkan gol ketiga ketika kemenangan 4–0 ke atas Obolon Kyiv dalam perlawanan liga pertamanya pada musim itu.[31] Pada 4 Mac, dia menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1–1 dengan Dnipro Dnipropetrovsk.[32] Dia menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan ke atas Metalurh Zaporizhya pada 11 April.[33] Pada 6 Mei, dia beraksi ketika Shakhtar menang 2–1 ke atas bekas kelabnya Metalurh Donetsk dalam perlawanan akhir Piala Ukraine.[34] Dalam tinjauan dalam talian laman web rasmi Shakhtar Donetsk, Mkhitaryan diundi sebagai pemain terbaik Shakhtar untuk musim 2011–12 dengan undian sebanyak 38%.[35] Dia menjaringkan 11 gol dalam 36 perlawanan, termasuk 10 gol dalam 28 perlawanan liga. Shakhtar mengekalkan kejuaraan liga dan Piala Ukraine dalam musim 2011–12.[30]
Musim 2012–13
[sunting | sunting sumber]Mkhitaryan bermain ketika kemenangan 2–0 di dalam Piala Super 2012 menentang Metalurh Donetsk.[36] Dalam perlawanan pertamanya pada musim 2012–2013, dia menjaringkan dua gol dan membuat dua bantuan gol ketika kemenangan 6–0 ke atas Arsenal Kyiv.[37] Dia menjaringkan gol hatrik ketika menentang Chornomorets Odesa untuk membantu pasukannya menang 5–1. Dia berjaya menjaringkan 10 gol pada musim itu hanya selepas enam perlawanan. Pada 19 September dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Shakhtar musim itu, Mkhitaryan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Nordsjælland.[38] Ini merupakan kali pertama dia menjaringkan gol di dalam Liga Juara-Juara dan dia dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan.[39] Dia juga dinamakan dalam Pasukan Terbaik Mingguan perlawanan pertama Liga Juara-Juara. Pada 16 Mac 2013, Mkhitaryan bermain perlawanan ke–100nya di dalam Liga Perdana Ukraine ketika menentang Chornomorets Odesa.[40][41]
Pada 11 Mei 2013, Mkhitaryan menjaringkan gol ke–23 dan ke–24nya di dalam liga ketika kemenangan 5–0 ke atas Tavria. Gol-gol ini berjaya mencatatkan rekod Liga Perdana Ukraine untuk gol terbanyak dalam semusim.[42][43] Mkhitaryan mengakhiri musim dengan 25 gol liga dan pemain tengah itu dipuji kerana teknik dan dedikasinya.[44]
Borussia Dortmund
[sunting | sunting sumber]Musim 2013–14
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Jun, Borussia Dortmund membuat tawaran €25 juta ($30 juta) tetapi dalam mengesahkan tawaran CEO Shakhtar Donetsk Sergei Palkin menegaskan bahawa ia kurang daripada penilaian kelab itu, yang merupakan satu bayaran €30 juta (£25 juta). Dalam sidang akhbar yang sama, Palkin mengesahkan pengambilalihan pemain Brazil Fred dari Sport Club Internacional dengan bayaran €15 juta (£12.5 juta). Pada 5 Julai, ianya telah dilaporkan bahawa Borussia Dortmund telah berjaya mengadakan perbincangan dengan Shakhtar dan Mkhitaryan sedang dalam perjalanan ke Jerman untuk menjalani ujian perubatan. Pada 8 Julai, Borussia Dortmund mengumumkan bahawa ia telah bersedia untuk menandatangani perjanjian empat tahun dengan Mkhitaryan dengan nilai €25 juta (£21.5 juta). Shakhtar dan Borussia rasmi "menyelesaikan segala formaliti yang diperlukan" dan bersetuju dengan harga €27.5 juta (£23.6 juta) menjadikan dia pembelian yang paling mahal dalam sejarah kelab itu.[45]
Dalam penampilan sulungnya ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang FC Basel pada 10 Julai 2013, Mkhitaryan membuat bantuan gol kepada Marco Reus pada minit ke 11 dan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu 16 minit kemudian untuk membantu mereka menang 3–1 di St. Jakob-Park.[46] Mkhitaryan tidak dapat mengambil bahagian dan tidak disenaraikan dalam skuad untuk Piala Super DFL 2013 akibat kecederaan semasa perlawanan persahabatan sebelum itu dimana kelabnya menang. Mkhitaryan membuat penampilan sulung untuk BVB selepas kembali daripada kecederaan ketika perlawanan Bundesliga 2013–14 pada 18 Ogos 2013 dan BVB menang ke atas Eintracht Braunschweig di Signal Iduna Park.[47] Dua gol pertama Bundesliga Mkhitaryan datang ketika kemenangan 2–1 ke atas Eintracht Frankfurt untuk mengekalkan Dortmund di tempat pertama Bundesliga.[48] Gol pertamanya di dalam Liga Juara-Juara untuk Dortmund datang ketika kemenangan 1–2 ke atas Arsenal.
Mkhitaryan menamatkan musim dengan sembilan gol dan membuat sepuluh bantuan gol di dalam Bundesliga. Dia juga dinamakan dalam Pasukan Terbaik Musim Bundesliga WhoScored.[49][50] Pasukannya muncul naib juara Bundesliga 2013–14 dan naib juara DFB-Pokal 2013–14.
Musim 2014–15
[sunting | sunting sumber]Trofi pertama Mkhitaryan bersama kelab ini merupakan Piala Super DFL 2014 di mana dia menjaringkan gol pertama ketika menang 2–0 ke atas Bayern Munich. Pada bulan September 2014, dia mengalami kecederaan yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi selama sebulan. Padada 13 Disember 2014, Mkhitaryan sekali lagi mengalami kecederaan. Pada 28 Februari 2015, dia menjaringkan gol kedua ketika menewaskan Schalke 04 3–0.
Musim 2015–16
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Ogos 2015, Mkhitaryan bermain dalam perlawanan menentang Wolfsberger AC dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Europa. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat Thomas Tuchel sebagai jurulatih. Mkhitaryan meledak hatrik di mana pasukannya mencatat kemenangan 5–0 dan 6–0 secara agregat. Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 2–0 ke atas kelab divisyen 3, Chemnitzer FC dalam pusingan pertama DFB Pokal. Pada 15 Ogos 2015, Mkhitaryan meledak 2 gol ketika kemenangan 4-0 ke atas Borussia Monchengladbach pada hari pertama Bundesliga bermula. Lima hari kemudian, beliau menanduk bola masuk ke gawang gol dalam perlawanan Dortmund bangkit daripada ketinggalan 3–0 untuk menang 4–3 keatas Odds BK di dalam perlawanan play-off Liga Europa. Pada 28 Oktober 2015, Mkhitaryan menjaringkan satu gol ketika kemenangan SC Paderborn 7–1 untuk melepasi pusingan kedua piala domestik. Lapan hari kemudian, dia sekali lagi meledak satu gol ketika kemenangan ke atas Gabala FK 4–0, sekaligus mengesahkan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Europa. Pada akhir musim 2015–16, Mkhitaryan telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Bundesliga serta tersenarai dalam kesebelasan terbaik liga tersebut. Mkhitaryan mengakhiri Bundesliga sebagai dengan 15 bantuan gol.
Manchester United
[sunting | sunting sumber]Musim 2016–17
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Julai 2016, Pengarah Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menjelaskan mengenai spekulasi perpindahan Mkhitaryan ke kelab gergasi England, Manchester United. Dia menjelaskan Mkhitaryan mempunyai kontrak setahun lagi bersama Dortmund dan boleh meninggalkan kelab tersebut secara percuma pada tahun 2017. Empat hari kemudian, Mkhitaryan disahkan menyertai Manchester United dengan harga perpindahan bernilai antara £27 juta hingga £30 juta dengan pilihan melanjutkan kontrak ke tahun yang lain. Beliau menjadi pemain Armenia pertama bermain di Liga Perdana Inggeris.
Pada 15 Julai 2016, Mkhitaryan mencipta debutnya dalam kemenangan 2–0 keatas Wigan Athletic dalam perlawanan pra-musim. Beliau mencipta debut kompetitifnya pada 7 Ogos 2016, menjadi pemain gantian di masa kecederaan ketika menewaskan Leicester City 2–1 dalam Piala Perisai Komuniti untuk meraih kejuaraan pertamanya bersama United. Pada 14 Ogos 2016, Mkhitaryan menjadi pemain Armenia pertama bermain di Liga Perdana Inggeris apabila beliau menjadi pemain gantian minit ke-74 menggantikan Juan Mata dalam kemenangan 3–1 keatas AFC Bournemouth. Pada 10 September 2016, Mkhitaryan mencipta penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Manchester Derby, tetapi digantikan di rehat separuh masa.
Pada 8 Disember 2016, Mkhitaryan menjaringkan gol pertamanya bersama United, kemenangan 2–0 keatas Zorya Luhansk di tempat lawan, sekaligus United mara ke pusingan kalah mati Liga Europa. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris, menang 1–0 keatas Tottenham Hotspur. Namun, beliau meninggalkan padang di separuh masa kedua akibat kecederaan paha, dikasari oleh Danny Rose. Selepas beliau terlepas dua perlawanan, Mkhitaryan telah kembali beraksi dalam perlawanan menentang Sunderland di Old Trafford apabila menjadi pemain gantian, menggantikan Jesse Lingard pada minit ke-62. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86, melakukan 'tendangan kala jengking'. Mkhitaryan memberitahu bahawa gol tersebut ialah yang tercantik pernah dia jaringkan. Pada 24 Mei 2017, Beliau berjaya menjaringkan gol di perlawanan akhir Liga Europa apabila menewaskan Ajax, 2-0 sekaligus bergelar juara dan memberikan United slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah.
Musim 2017-18
[sunting | sunting sumber]Pada musim baharu Liga Perdana Inggeris 2017-18, Mkhitaryan bermula cemerlang apabila beliau merekodkan 5 assist dalam 3 perlawanan pertama liga yang berakhir dengan kemenangan mudah. Beliau juga berjaya menjaringkan gol menentang Everton dan menentang CSKA Moscow di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada September 2017. Namun, beliau berdepan kesukaran untuk memecah masuk kesebelasan utama pada bulan November dan kurang beraksi sehingga akhir bulan Disember.
Arsenal
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Januari 2018, Mkhitaryan telah meninggalkan Manchester United untuk menyertai Arsenal. Perpindahan beliau juga dijadikan pertukaran dengan Alexis Sanchez yang juga berpindah ke United. Beliau mencipta debutnya dalam perlawanan menentang Everton pada 3 Februari 2018 yang menyaksikan beliau memcatat 3 assist dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan besar 5-1. Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal ketika menentang Watford pada 11 Mac 2018. Namun, ia merupakan gol keduanya di Liga Perdana Inggeris selepas beliau mencipta satu gol ketika bersama Manchester United pada bulan September 2017.
Pada 29 April 2018, beliau kembali ke Old Trafford untuk menghadapi perlawanan berdepan bekas kelabnya, Manchester United. Mkhitaryan menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 2-1. Bagaimanapun, beliau tidak meraikan jaringannya bagi menghormati bekas kelabnya itu.
Karier antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Mkhitaryan merupakan ahli penting pasukan kebangsaan Armenia. Dia membuat penampilan sulung ketika perlawanan persahabatan menentang Panama pada 14 Januari 2007.[51]
Dia menjaringkan enam gol untuk Armenia ketika kelayakan UEFA Euro 2012 kumpulan B, menjadikannya penjaring terbanyak dalam kumpulan itu.[52] Walaupun Armenia gagal melepasi pusingan kelayakan UEFA Euro 2012, persembahan Mkhitaryan membolehkannya dimasukkan dalam Pasukan Impian Kelayakan UEFA Euro 2012 dengan enam gol.
Pada 15 Oktober 2013. Mkhitaryan menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan bola sepak kebangsaan Armenia, selepas menjaringkan gol ke 12 nya untuk pasukan kebangsaan.[53]
Pada 24 Mei 2014, Mkhitaryan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4–3 keatas Emiriah Arab Bersatu di Stade de la Fontenette di Carouge, Switzerland. Two tahun dan satu hari kemudian, beliau mencipta hatrik pertamanya di pentas antarabangsa apabila membelasah Guatemala 7–1 di Los Angeles.
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 26 Ogos 2018.
Kelab | Musim | Liga | Piala Kebangsaan | Piala Liga | Benua | Lain-lain | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Pyunik | 2006 | Liga Perdana Armenia | 12 | 1 | 0 | 0 | — | — | — | 12 | 1 | |||
2007 | Liga Perdana Armenia | 24 | 12 | 0 | 0 | — | 4 | 0 | — | 28 | 12 | |||
2008 | Liga Perdana Armenia | 24 | 6 | 5 | 3 | — | 2 | 0 | — | 31 | 9 | |||
2009 | Liga Perdana Armenia | 10 | 11 | 6 | 2 | — | — | — | 16 | 13 | ||||
Jumlah | 70 | 30 | 11 | 5 | — | 6 | 0 | — | 87 | 35 | ||||
Metalurh Donetsk | 2009–10 | Liga Perdana Ukraine | 29 | 9 | 2 | 0 | — | 6 | 4 | — | 37 | 13 | ||
2010–11 | Liga Perdana Ukraine | 8 | 3 | 0 | 0 | — | — | — | 8 | 3 | ||||
Jumlah | 37 | 12 | 2 | 0 | — | 6 | 4 | — | 45 | 16 | ||||
Shakhtar Donetsk | 2010–11 | Liga Perdana Ukraine | 17 | 3 | 3 | 1 | — | 7 | 0 | — | 27 | 4 | ||
2011–12 | Liga Perdana Ukraine | 26 | 10 | 4 | 1 | — | 6 | 0 | 1 | 0 | 37 | 11 | ||
2012–13 | Liga Perdana Ukraine | 29 | 25 | 4 | 2 | — | 8 | 2 | 1 | 0 | 42 | 29 | ||
Jumlah | 72 | 38 | 11 | 4 | — | 21 | 2 | 2 | 0 | 106 | 44 | |||
Borussia Dortmund | 2013–14 | Bundesliga | 31 | 9 | 5 | 2 | — | 10 | 2 | 0 | 0 | 46 | 13 | |
2014–15 | Bundesliga | 28 | 3 | 6 | 1 | — | 7 | 0 | 1 | 1 | 42 | 5 | ||
2015–16 | Bundesliga | 31 | 11 | 6 | 5 | — | 15 | 7 | — | 52 | 23 | |||
Jumlah | 90 | 23 | 17 | 8 | — | 32 | 9 | 1 | 1 | 140 | 41 | |||
Manchester United | 2016–17 | Liga Perdana Inggeris | 24 | 4 | 3 | 1 | 2 | 0 | 11 | 6 | 1 | 0 | 41 | 11 |
2017–18 | Liga Perdana Inggeris | 15 | 1 | 1 | 0 | 1 | 0 | 4 | 1 | 1 | 0 | 22 | 2 | |
Jumlah | 39 | 5 | 4 | 1 | 3 | 0 | 15 | 7 | 2 | 0 | 63 | 13 | ||
Arsenal | 2017–18 | Liga Perdana Inggeris | 11 | 2 | — | — | 6 | 1 | — | 17 | 3 | |||
2018–19 | Liga Perdana Inggeris | 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 3 | 1 | ||
Jumlah | 14 | 3 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | 1 | 0 | 0 | 20 | 4 | ||
Jumlah keseluruhan | 322 | 111 | 45 | 18 | 3 | 0 | 86 | 23 | 5 | 1 | 461 | 153 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 28 Mac 2009 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Estonia | 1–0 | 2–2 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 |
2. | 25 Mei 2010 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Uzbekistan | 1–0 | 3–1 | Persahabatan |
3. | 8 Oktober 2010 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Slovakia | 3–1 | 3–1 | Kelayakan UEFA Euro 2012 |
4. | 12 Oktober 2011 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Andorra | 2–0 | 4–0 | Kelayakan UEFA Euro 2012 |
5. | 2 September 2011 | Estadi Comunal d'Aixovall, Andorra la Vella, Andorra | Andorra | 3–0 | 3–0 | Kelayakan UEFA Euro 2012 |
6. | 6 September 2011 | Štadión pod Dubňom, Žilina, Slovakia | Slovakia | 2–0 | 4–0 | Kelayakan UEFA Euro 2012 |
7. | 7 Oktober 2011 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Macedonia Utara | 2–0 | 4–1 | Kelayakan UEFA Euro 2012 |
8. | 11 Oktober 2011 | Stadium Aviva, Dublin, Republik Ireland | Ireland | 1–2 | 1–2 | Kelayakan UEFA Euro 2012 |
9. | 12 Oktober 2012 | Stadium Hrazdan, Yerevan, Armenia | Itali | 1–1 | 1–3 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 |
10. | 14 November 2012 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Lithuania | 3–0 | 4–2 | Persahabatan |
11. | 11 Jun 2013 | Stadium Parken, Copenhagen, Denmark | Denmark | 4–0 | 4–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 |
12. | 15 Oktober 2013 | Stadio San Paolo, Naples, Itali | Itali | 2–1 | 2–2 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 |
13. | 27 Mei 2014 | Stade de la Fontenette, Carouge, Switzerland | Emiriah Arab Bersatu | 2–1 | 4–3 | Persahabatan |
14. | 3–2 | |||||
15. | 6 Jun 2014 | Coface Arena, Mainz, Jerman | Jerman | 1–1 | 1–6 | Persahabatan |
16. | 7 September 2014 | Stadium Parken, Copenhagen, Denmark | Denmark | 1–0 | 1–2 | Kelayakan UEFA Euro 2016 |
17. | 28 Mei 2016 | StubHub Center, Los Angeles, Amerika Syarikat | Guatemala | 4–1 | 7–1 | Persahabatan |
18. | 4–1 | |||||
19. | 5–1 | |||||
20. | 26 Mac 2017 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Kazakhstan | 1–0 | 2–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
21. | 4 Jun 2017 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Saint Kitts dan Nevis | 2–0 | 5–0 | Persahabatan |
22. | 3–0 | |||||
23. | 8 Oktober 2017 | Astana Arena, Astana, Kazakhstan | Kazakhstan | 1–0 | 1–1 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 |
24. | 9 November 2017 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Belarus | 2–0 | 4–1 | Persahabatan |
25. | 13 November 2017 | Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia | Cyprus | 3–1 | 3–2 | Persahabatan |
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Pyunik Yerevan
- Liga Perdana Armenia: 2006, 2007, 2008, 2009
- Piala Armenia: 2009
- Piala Super Armenia: 2007, 2009
- Shakhtar Donetsk
- Liga Perdana Ukraine: 2010–11, 2011–12, 2012–13
- Piala Ukraine: 2010–11, 2011–12, 2012–13
- Piala Super Ukraine: 2012
- Borussia Dortmund
- DFL-Supercup: 2014
- Manchester United
- Piala EFL: 2016–17
- Perisai Komuniti FA: 2016
- Liga Europa UEFA: 2016–17
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Squads for 2016/17 Premier League confirmed". Premier League. 1 September 2016. Dicapai pada 11 September 2016.
- ^ "Henrikh Mkhitaryan". ffa.am. Football Federation of Armenia. Dicapai pada 29 Mei 2016.
- ^ "Mkhitaryan among UEFA Top 100". shakhtar.com. 13 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-29. Dicapai pada 19 Julai 2013.
- ^ "Henrikh Mkhitaryan – CIS player of the year". FFA.am. 10 Januari 2013. Dicapai pada 3 Mac 2013.
- ^ "Мхитарян стал лучшим футболистом 2013 года в странах СНГ и Балтии" (dalam bahasa Russian). sports.ru. 5 Mac 2014. Dicapai pada 5 Mac 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Հենրիխ Մխիթարյան. Գնահատում եմ նույնիսկ իմ թշնամիներին, որոնք ինձ ավելի ուժեղ են դարձնում [Henrikh Mkhitaryan: I even value my enemies, because they make me stronger]". Tert.am (dalam bahasa Armenian). 14 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-23. Dicapai pada 14 Jun 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sabre Dance by Henrikh Mkhitaryan". Ukrainian Football 1894. 16 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-11. Dicapai pada 22 Ogos 2012.
- ^ Yokhin, Michael (2 Oktober 2012). "Juve been warned: Henrikh Mkhitaryan is Europe's most in-form player". goal.com. Dicapai pada 1 Mac 2013.
- ^ "Henrikh Mkhitaryan: I never take the praise, if I know that I played badly". panorama.am. 27 Februari 2013. Dicapai pada 3 Mac 2013.
- ^ "Armenia's got talent". shakhtar.com. 9 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-17. Dicapai pada 1 Mac 2013.
- ^ "Հենրիխ Մխիթարյան. Հատկապես ուրախ եմ եղել 15 տարեկանում "Փյունիկում" ստացած առաջին աշխատավարձիս" (dalam bahasa Armenian). sport.news.am. 11 Januari 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sky Sports Scout - Henrikh Mkhitaryan". www.skysports.com. 18 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-23. Dicapai pada 22 Ogos 2012.
- ^ "Mkhitaryan earning a place among the elite". FIFA. 29 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-22. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
- ^ "Metalurh vs Partizan Minsk". Soccerway. 16 Julai 2009. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "Metalurh vs Dnipro 0–0". Soccerway. 19 Julai 2009. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "Karpaty vs Metalurh 2–2". Soccerway. 26 Julai 2009. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "Interblock vs Metalurh 0–3". Soccerway. 6 Ogos 2009. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ Dereyan, Antranig (29 Januari 2011). "Henrikh Mkhitaryan: 'The Maestro' of Armenian Soccer". www.armenianweekly.com. Dicapai pada 22 Ogos 2012.
- ^ "Metalurh vs Obolon 3–0". Soccerway. 16 Julai 2010. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "Dnipro vs Metalurh 1–2". Soccerway. 30 Ogos 2010. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "H. Mkhitaryan". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 21 Januari 2012.
- ^ "Henrikh Mkhitaryan seals FC Shakhtar switch". shakhtar.com. 30 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "Obolon vs Shakhtar 1–0". Soccerway. 10 September 2010. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Shakhtar vs Tavriya 4–1". Soccerway. 19 September 2010. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Shakhtar vs Kryvbas 6–0". Soccerway. 22 September 2010. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Metalist vs Shakhtar 1–2". Soccerway. 25 September 2010. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ "Henrik Mkhitaryan: Braga level is not our concern". Shakhtar.com. 3 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-17. Dicapai pada 14 Jun 2012.
- ^ "Dynamo vs Shakhtar 0–2". Soccerway. 25 Mei 2011. Dicapai pada 18 September 2012.
- ^ Fussball, Fedya (12 Disember 2011). "Ukraine 2010/11". RSSSF. Dicapai pada 21 Julai 2013.
- ^ a b Fussball, Fedya (20 September 2012). "Ukraine 2011/12". RSSSF. Dicapai pada 21 Julai 2013.
- ^ "Shakhtar Donetsk vs Obolon 4–0". Soccerway. 10 Julai 2011. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Shakhtar Donetsk vs Dnipro 1–1". Soccerway. 4 Mac 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Metalurh Zaporizhya vs Shakhtar Donetsk 0–1". Soccerway. 11 April 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Metalurh Donetsk vs Shakhtar Donetsk 1–2". Soccerway. 6 Mei 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Лучший игрок "Шахтера" в Премьер-лиге – 2011/12" (dalam bahasa Russian). Shakhtar.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-14. Dicapai pada 16 Mei 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Metalurh vs Shakhtar 0–2". Soccerway. 10 Julai 2012. Dicapai pada 13 September 2012.
- ^ "Shakhtar Donetsk vs Arsenal Kyiv 6–0". Soccerway. 15 Julai 2012. Dicapai pada 13 September 2012.
- ^ "Shakhtar vs Nordsjælland 2–0". Soccerway. 19 September 2012. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "Mkhitaryan named the Man of the Match". Shakhtar Donetsk. 20 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-05. Dicapai pada 21 Julai 2013.
- ^ "Հենրիխ Մխիթարյանը 100-րդ խաղն է անցկացնում Ուկրաինայի առաջնությունում" (dalam bahasa Armenian). sport.news.am. 16 Mac 2013. Dicapai pada 17 Mac 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Հենրիխ Մխիթարյանի հերթական գոլը" (dalam bahasa Armenian). sport.news.am. 16 Mac 2013. Dicapai pada 17 Mac 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Shakhtar vs Tavriya: Mkhitaryan set the record". FC Shakhtar Donetsk. 11 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-29. Dicapai pada 9 Jun 2013.
- ^ "Super Heno!: Armenian soccer player sets new goal-scoring record for Ukrainian championship". ArmeniaNow. 13 Mei 2013. Dicapai pada 21 Julai 2013.
- ^ "Символическая сборная УПЛ сезона-2012/2013. Тур за туром" (dalam bahasa Russian). ua-football.com. 27 Jun 2013. Dicapai pada 19 Julai 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Henrikh Mkhitaryan's transfer – most expensive in Borussia's history". Armenpress. 9 Julai 2013. Dicapai pada 10 July 2013.
- ^ "Basel 1–3 Borussia Dortmund: Mkhitaryan shines in impressive debut". Goal.com. 10 Julai 2013. Dicapai pada 13 Julai 2013.
- ^ "Mkhitaryan happy that Borussia won". sport.news.am. 19 Ogos 2013. Dicapai pada 19 Ogos 2013.
- ^ "2-1: Mkhitaryan seals fourth BVB win with two goals". Borussia Dortmund. 1 September 2013. Dicapai pada 8 September 2013.
- ^ "Мхитарян попал в символическую сборную чемпионата Германии по версии официального сайта Бундеслиги" (dalam bahasa Rusia). sports.ru. 20 Mei 2014. Dicapai pada 21 Meu 2014. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Brassell, Andy (12 Mei 2014). "League Focus: Bundesliga 2013/14 Season Review". whoscored.com. Dicapai pada 21 Mei 2014.
- ^ McNulty, Phil (18 June 2013). "Liverpool want Armenian midfielder". BBC Sport. Dicapai pada 12 October 2013.
- ^ "EC Qualification". Soccerway. Dicapai pada 3 March 2013.
- ^ "Генрих Мхитарян стал лучшим бомбардиром в истории сборной Армении" (dalam bahasa Rusia). rg.ru. 16 October 2013. Dicapai pada 8 September 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Henrikh Mkhitaryan |
- (Inggeris) Profil Henrikh Mkhitaryan di National-Football-Teams.com
- Biodata Henrikh Mkhitaryan di Soccerway
- Henrikh Mkhitaryan – Rekod persaingan FIFA
- Henrikh Mkhitaryan – Rekod persaingan UEFA
- Profil Bundesliga
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Armenia
- Kelahiran 1989
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Armenia
- Pemain tengah (bola sepak)
- Pemain FC Pyunik
- Pemain FC Metalurh Donetsk
- Pemain FC Shakhtar Donetsk
- Pemain Borussia Dortmund
- Pemain Liga Perdana Armenia
- Pemain Liga Perdana Ukraine
- Pemain Bundesliga
- Pemain Manchester United F.C.
- Pemain Arsenal F.C.
- Pemain A.S. Roma
- Pemain F.C. Internazionale Milano
- Pemain Liga Perdana Inggeris