Hantu Kak Limah (siri filem)
Hantu Kak Limah | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Penulis | Mamat Khalid |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 297 minit (1–3) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 4.09 juta |
Pecah panggung | RM 50.79 juta |
Hantu Kak Limah ialah siri filem komedi seram Malaysia yang terdiri daripada kesemua tiga filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit. Tayangan Unggul menerbitkan dua siri filem, manakala Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem ketiga.[1] Delimawati, Awie dan Rab Khalid telah membintangi kesemua tiga filem.[2]
Filem pertama merupakan kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM7.90 juta.[3] Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2013, menjadi kejayaan dari segi kewangan.[4] Manakala pada 2018, filem ketiga meraih kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah industri perfileman Malaysia.[5]
Filem
[sunting | sunting sumber]Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)
[sunting | sunting sumber]Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.[6]
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)
[sunting | sunting sumber]Beberapa tahun selepas kejadian filem pertama, Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.[7]
Hantu Kak Limah 3 (2018)
[sunting | sunting sumber]Husin pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.[8]
Untitled Hantu Kak Limah keempat
[sunting | sunting sumber]Berikutan sambutan positif terhadap Hantu Kak Limah 3, Mamat mengumumkan akan mengarahkan kesinambungan keempat filem ini. Ditanya mengenai kesinambungan Hantu Kak Limah, Mamat berkata, "Kami menerima maklum balas memberangsangkan daripada mereka yang menonton Hantu Kak Limah dengan rata-rata meminta ia disambung lagi. Ramai yang mahu watak Kak Limah muncul semula andai susulannya direalisasikan, namun sama ada ia dilakukan dalam babak imbas semula atau filem prekuel, kita tunggu saja nanti,".[9][10][11]
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak | Filem | ||
---|---|---|---|
Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) |
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) |
Hantu Kak Limah (2018) | |
Kak Limah | Delimawati | ||
Husin | Awie | ||
Yeh Sekupang | Rab Khalid | ||
Usop | Usop Wilcha | ||
Pak Jabit | Man Kadir | ||
Pak Abu | Zami Ismail | ||
Wan Kaswi | Azwan Annuar | ||
Abi Hurairah | Johan Raja Lawak | ||
Cik Nin | Ummi Nazeera | ||
Wak Joko | Soffi Jikan | ||
Musalman | Pekin Ibrahim | Pekin Ibrahim | |
Mon | Ezlynn | ||
Dr. Samsudin | Rashidi Ishak | ||
Solihin | Zul Ariffin | ||
Eton/Puteri Bunian | Uqasha Senrose |
- Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.
Kru
[sunting | sunting sumber]Kru | Filem | ||
---|---|---|---|
Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) |
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) |
Hantu Kak Limah 3 (2018) | |
Pengarah | Mamat Khalid | ||
Penerbit | Gayatri Su-Lin Pillai | ||
Penulis | Mamat Khalid | ||
Sinematografi | Helmi Yusof | Raja Mukhriz | Jack Rahmad |
Penyunting | Zappa Khalid | Amen Khalid | |
Syarikat penerbitan | Tayangan Unggul | Astro Shaw Infinitus Productions | |
Tarikh keluaran | 9 Disember 2010 | 7 Februari 2013 | 9 Ogos 2018 |
Tempoh masa | 96 minit | 90 minit | 111 minit |
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Kutipan pecah panggung
[sunting | sunting sumber]Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Bajet | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Hantu Kak Limah Balik Rumah | 9 Disember 2010 | RM 7.90 juta | RM 1.42 juta | [12] |
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | 7 Februari 2013 | RM 5.89 juta | RM 1.65 juta | [13] |
Hantu Kak Limah | 9 Ogos 2018 | RM 37 juta | RM 1.02 juta | [14] |
Jumlah | – | RM50.79 juta | RM4.09 juta | [15] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "'Hantu Kak Limah' makes history at box office". The Star Online. 23 Ogos 2018. Dicapai pada 30 Ogos 2018.
- ^ Raja Yusoff Ariffin (26 Ogos 2018). "Mamat menyindir Melayu dengan hantu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
- ^ Syazwan Zakariah (16 Disember 2010). Mari balik ke panggung Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2011.
- ^ Hantu Kak Limah 2 janjikan kelainan Sinar Harian (31 Januari 2013). Dicapai pada 24 Ogos 2013.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (19 November 2017). Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
- ^ Budiey (23 November 2010). Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Jun 2018.
- ^ Mohd Al Qayum Al-Azizi (7 Februari 2013). Keharmonian Masyarakat Dalam 'Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit' Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2017.
- ^ Nan Hidayat Nan Azmie (19 November 2017). Hantu Kak Limah: sutradara sama, ceritera berbeza Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 26 Jun 2018.
- ^ Hanisah Selamat (17 Ogos 2018). Hantu Kak Limah ada sambungan Berita Harian. Dicapai pada 19 Ogos 2018.
- ^ "Sambungan Hantu Kak Limah tahun depan?". Utusan Malaysia. 28 Ogos 2018. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
- ^ Chris Mohan (22 Ogos 2018). "'Hantu Kak Limah' director blown away by movie's success". The Malay Mail. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
- ^ Tayangan Filem Cereka Tahun 2010, Finas. Diperoleh pada 10 Januari 2011.
- ^ Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit berjaya kutip RM4 juta selepas seminggu ditayangkan Rotikaya (14 Februari 2013). Diperoleh pada 22 Ogos 2013.
- ^ Hantu Kak Limah kutip RM20.5 juta, cipta sejarah Sinar Harian (20 Ogos 2018). Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ Zainuri Misfar (29 Ogos 2018). "Hantu Kak Limah cipta rekod kutipan sukar ditandingi". Berita Harian. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pautan IMDb untuk siri filem Hantu Kak Limah