Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hadiah Sakharov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir
Upacara penganugerahan 1990 kepada Aung San Suu Kyi dalam Parlimen Strasbourg pada tahun 2013.
Nama asliSakharov Prize for Freedom of Thought (en) Sunting nilai ini di Wikidata
JenisHuman rights award (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraKesatuan Eropah dan Perancis Sunting nilai ini di Wikidata
Disampaikan olehParlimen Eropah
Ganjaran€50,000[1]
Kali pertama1988
Kini dipegang olehOleg Sentsov
Tapak web
Official website
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir, atau lebih dikenali sebagai Hadiah Sakharov, menghargai individu dan kumpulan orang yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan berfikir.[2] Dinamakan semperna nama seorang saintis dan pembangkang Rusia, Andrei Sakharov, hadiah ini diperkenalkan pada Disember 1988 oleh Parlimen Eropah.[2] Satu senarai pendek pencalonan dikeluarkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Jawatankuasa Pembangunan, dengan pemenang diumumkan pada bulan Oktober.[1] Hadiah turut disertakan dengan wang tunai sebanyak €50,000.[1] Hadiah pertama diberikan kepada Nelson Mandela (Afrika Selatan) dan dari Rusia Anatoly Marchenko. Pada tahun 1990 pula, hadiah diberikan kepada Aung San Suu Kyi, namun beliau hanya dapat menerima hadiah tersebut pada tahun 2013 akibat pemeranjaan beliau di Burma.[3] Selain individu, hadiah turut pernah diberikan kepada organisasi dan Mothers of the Plaza de Mayo dari Argentina telah memenangi pada tahun 1992. Tiga orang penerima Sakharov turut menerima Hadiah Keamanan Nobel iaitu Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, dan Malala Yousafzai.[4] Razan Zaitouneh yang menerima hadiah ini pada tahun 2011 telah diculik pada tahun 2013 dan masih belum ditemui.[5]

Pada tahun 2017, Hadiah Sakharov diberikan kepada Pembangkang Demokratik di Venezuela. Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani menyatakan hadiah ini mengesahkan sokongan Kesatuan Eropah yang "tidak berbelah bahagi kepada perhimpunan kebangsaan Venezuela yang dipilih secara demokratik" akan menyeru "peralihan damai kepada demokrasi yang rakyat Venezuela mahukan."[6] Hadiah itu dilihat sebagai memberi ganjaran kepada "keberanian aktivis pelajar dan penunjuk perasaan dalam menghadapi penindasan oleh kerajaan Nicolas Maduro".[7]

Nelson Mandela merupakan penerima pertama Hadiah Sakharov selain Anatoly Marchenko.
Upacara penganugerahan kepada Aung San Suu Kyi bagi tahun 1990 tetapi hanya dapat dilakukan pada tahun 2013.
Tahun Penerima Kerakyatan Nota Rujukan
1988 Nelson Mandela  Afrika Selatan Aktivis anti-apartheid dan kemudian Presiden Afrika Selatan [8]
Anatoly Marchenko (posthumously)  Kesatuan Soviet Aktivis pembangkang dan aktivis hak asasi manusia Soviet [8]
1989 Alexander Dubček  Czechoslovakia Ahli politik Slovak [8]
1990 Aung San Suu Kyi  Myanmar Ahli politik pembangkang dan bekas Setiausaha Agung Liga Kebangsaan untuk Demokrasi [9]
1991 Adem Demaçi  Yugoslavia Ahli politik Kosovo Albania dan tahanan politik [8]
1992 Mothers of the Plaza de Mayo  Argentina Persatuan ibu-ibu Argentina yang anaknya hilang semasa Perang Kotor [9]
1993 Oslobođenje  Bosnia dan Herzegovina Surat khabar pipular yang mempertahankan Bosnia dan Herzegovina sebagai negara multi-etnik [9]
1994 Taslima Nasrin  Bangladesh Bekas doktor, penulis feminis [9]
1995 Leyla Zana  Turki Ahli politik dari keturunan Kurdish dari Turki Tenggara, yang dipenjarakan selama 10 tahun [8]
1996 Wei Jingsheng  Republik Rakyat China Aktivis dalam gerakan demokrasi China [9]
1997 Salima Ghezali  Algeria Wartawan dan penulis, aktivis hak asasi wanita, hak asasi manusia dan demorasi di Algeria [9]
1998 Ibrahim Rugova  FR Yugoslavia Ahli politik Albania, Presiden pertama Kosovo [8]
1999 Xanana Gusmão  Timor Leste Bekas militan yang menjadi Presiden pertama Timor Leste [10]
2000 ¡Basta Ya!  Sepanyol Organisasi yang menyatukan individu dari pelbagai kedudukan politik yang menentang keganasan [11]
2001 Nurit Peled-Elhanan  Israel Aktivis keamanan [8]
Izzat Ghazzawi  Palestin Penulis , profesor
Dom Zacarias Kamwenho  Angola Uskup Agung dan aktivis keamanan
2002 Oswaldo Payá  Cuba Aktivis politik dan pembangkang [12]
2003 Kofi Annan  Ghana Penerima Hadiah Keamanan Novel dan Setiausaha Agung PBB yang ke-7 [8]
PBB N/A (International)
2004 Persatuan Wartawan Belarusia  Belarus Organisasi bukan kerajaan "yang bertujuan untuk memastikan kebebasan bersuara dan hak menerima dan mengedarkan maklumat dan mempromosikan piawaian kewartawanan profesional" [13]
2005 Ladies in White  Cuba Gerakan pembangkang, ahli keluarga/saudara pembangkang yang dipenjarakan [14]
Reporters Without Borders N/A (Antarabangsa) Pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Perancis yang menganjurkan kebebasan akhbar [14]
Hauwa Ibrahim  Nigeria Peguam hak asasi manusia [14]
2006 Alaksandar Milinkievič  Belarus Ahli politik yang dipilih oleh Angkatan Demokratik Bersatu Belarus sebagai calon bersama pembangkang dalam pilihan raya presiden 2006 [15]
2007 Salih Mahmoud Osman  Sudan Peguam hak asasi manusia [9]
2008 Hu Jia  Republik Rakyat China Aktivis dan pembangkang [16]
2009 Memorial  Rusia Pertubuhan hak asasi manusia dan sejarah antarabangsa [17]
2010 Guillermo Fariñas  Cuba Doktor, wartawan dan ahli politik pembangkang [18]
2011 Asmaa Mahfouz  Mesir Lima wakil rakyat Arab, sebagai pengiktirafan dan sokongan pemanduan mereka untuk kebebasan dan hak asasi manusia. [19]
Ahmed al-Senussi  Libya
Razan Zaitouneh  Syria
Ali Farzat
Mohamed Bouazizi (posthumously)  Tunisia
2012 Jafar Panahi  Iran Aktivis Iran, Sotoudeh merupakan seorang peguam dan Panahi ialah pengarah filem. [20][21]
Nasrin Sotoudeh
2013 Malala Yousafzai  Pakistan Kempen untuk hak dan pendidikan wanita [22]
2014 Denis Mukwege  Republik Demokratik Congo Ahli ginekologi yang merawat mangsa pemerkosaan berkumpulan [23]
2015 Raif Badawi  Arab Saudi Penulis dan aktivis Arab Saudi serta pencipta laman web Free Saudi Liberals [24]
2016 Nadia Murad Basee  Iraq Aktivis hak asasi manusia Yazidi [25]
Lamiya Aji Bashar
2017 Pembangkang Demokrasi di Venezuela  Venezuela Julio Borges bersama-sama banduan dan aktivis politik dari Venezuala yang terdiri daripada Leopoldo López, Antonio Ledezma, Daniel Ceballos, Yon Goicoechea, Lorent Saleh, Alfredo Ramos dan Andrea González [6]
2018 Oleg Sentsov  Ukraine Pengarah filem, merupakan simbol kepada perjuangan untuk membebaskan tahanan politik yang ditahan di Rusia dan di seluruh dunia
2019 Ilham Tohti  Republik Rakyat China Ahli ekonomi Uyghur, cendekiawan, dan aktivis hak asasi manusia
2020 Pembangkang demokratik di Belarus  Belarus Pembangkang demokratik Belarus yang diwakili oleh Majlis Penyelarasan, inisiatif Sviatlana Tsikhanouskaya, Svetlana Alexievich, Maria Kalesnikava, Volha Kavalkova dan Veranika Tsapkala, dan tokoh politik dan masyarakat sivil - Siarhei Tsikhanouski, Ales Bialiatski, Sergei Dylevsky, Stsiapan Putkevichkola dan Mi
2021 Alexei Navalny  Rusia Ahli politik pembangkang dan aktivis anti-rasuah
2022 Rakyat Ukraine  Ukraine Dianugerahkan kepada rakyat Ukraine yang "melindungi demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang" berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.
2023 Mahsa Amini, Wanita, Kehidupan, pergerakan Kebebasan  Iran Kematian Mahsa Amini dalam keadaan yang mencurigakan membawa kepada protes yang meluas, selalunya di bawah slogan Woman, Life, Freedom
[26]
  1. ^ a b c "Sakharov Prize". European Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017. Dicapai pada 29 October 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "1986: Sakharov comes in from the cold". BBC News. 23 December 1986. Dicapai pada 21 October 2010.
  3. ^ Cook, Annabel (22 October 2013). "Aung San Suu Kyi collects Sakharov prize 23 years on". Financial Times. Dicapai pada 27 October 2017.
  4. ^ Boshnaq, Mona; Chan, Sewell; Dremeaux, Lillie; Karasz, Palko; Kruhly, Madeleine. "Nobel Peace Prize Winners Throughout History". The New York Times.
  5. ^ "Razan Zaitouneh". European Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-28. Dicapai pada 27 October 2017.
  6. ^ a b "Parliament awards Sakharov Prize 2017 to Democratic Opposition in Venezuela". European Parliament. 26 October 2017. Dicapai pada 27 October 2017.
  7. ^ "Venezuela's opposition awarded Sakharov Prize for championing human rights". The Independent. 26 October 2017. Dicapai pada 28 October 2017.
  8. ^ a b c d e f g h "20 years of the Sakharov Prize: Human rights and reconciliation". European Parliament. 28 October 2008. Dicapai pada 22 October 2010.
  9. ^ a b c d e f g "Sakharov Network calls for immediate release of Aung San Suu Kyi, Sakharov Prize laureate 1990". Reporters Without Borders. 15 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2012. Dicapai pada 23 October 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Gusmão receives EU Sakharov prize". BBC News. 15 December 1999. Dicapai pada 21 October 2010.
  11. ^ "Basque group wins peace prize". BBC News. 26 October 2000. Dicapai pada 21 October 2010.
  12. ^ "Cuban dissident collects EU prize". BBC News. 17 December 2002. Dicapai pada 21 October 2010.
  13. ^ "The Belarusian Association of Journalists - 2004, Belarus". European Parliament. 9 November 2004. Dicapai pada 18 February 2015.[pautan mati kekal]
  14. ^ a b c Gibbs, Stephen (14 December 2005). "Cuba 'bars women from prize trip'". BBC News. Dicapai pada 21 October 2010.
  15. ^ "Belarussian takes EU rights award". BBC News. 26 October 2006. Dicapai pada 21 October 2010.[pautan mati kekal]
  16. ^ "China dissident wins rights prize". BBC News. 17 December 2008. Dicapai pada 21 October 2010.
  17. ^ "Russia rights group wins EU prize". BBC News. 22 October 2009. Dicapai pada 21 October 2010.[pautan mati kekal]
  18. ^ "Cuba dissident Farinas awarded Sakharov Prize by EU". BBC News. 21 October 2010. Dicapai pada 21 October 2010.
  19. ^ "Sakharov Prize for Freedom of Thought 2011". European Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2011. Dicapai pada 27 Oktober 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ Dehghan, Saeed Kamali (26 October 2012). "Nasrin Sotoudeh and director Jafar Panahi share top human rights prize". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2012. Dicapai pada 26 October 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ "Nasrin Sotoudeh and Jafar Panahi – winners of the 2012 Sakharov Prize" (PDF). European Parliament. Dicapai pada 27 October 2012.
  22. ^ Jordan, Carol (10 October 2013). "Malala wins Sakharov Prize for freedom of thought". CNN. Dicapai pada 10 October 2013.
  23. ^ "DR Congo doctor Denis Mukwege wins Sakharov prize". BBC News. 21 October 2014. Dicapai pada 22 October 2014.
  24. ^ "Raif Badawi wins Sakharov human rights prize". The Guardian. Brussels. Associated Press in. Dicapai pada 29 October 2015.
  25. ^ "Sakharov prize: Yazidi women win EU freedom prize". BBC News. 27 October 2016. Dicapai pada 27 October 2016.
  26. ^ "Sakharov Prize ceremony: "Oleg Sentsov is a fighter by nature"". European Parliament. 12 December 2018. Dicapai pada 12 October 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]