Kapal perang tentera laut
Kapal tentera laut adalah sebuah kapal (kadang kala dipanggil bot, bergantung kepada pengelasan) digunakan untuk tujuan pertempuran, biasanya oleh tentera laut. Kapal-kapal tentera laut dibezakan dibezakan daripda kapal-kapal awam dengan ciri-ciri pembinaan dan tujuan. Secara umumnya, kapal-kapal tentera laut boleh bertahan daripada rosak dan dipersenjatai dengan pelbagai sistem persenjataan.
Istilah "kapal perang" biasanya digunakan bagi mengenal pasti sub-kelas kapal-kapal tentera laut dan direka dengan tujuan utamanya sebagai penempur, berlainan dengan menyokong atau operasi-operasi limbungan.
Saiz
[sunting | sunting sumber]Secara umumnya mengikut berat (terbesar ke terkecil), kapal-kapal permukaan tentera laut moden biasanya dibahagikan kepada beberapa kelas seperti berikut. Kapal terbesar dalam senarai juga boleh dikelaskan sebagai kapal utama:
- Kapal pengangkut pesawat super
- Kapal pengangkut pesawat
- Kapal pengangkut helikopter
- Kapal tempur
- Kruiser tempur (asal Dreadnought)
- Kruiser berat (kategori Penjajap)
- Kruiser ringan (kategori Penjajap)
- Pembinasa
- Frigat
- Korvet
- Bot peronda
- Kapal serang laju
Beberapa kelas di atas mungkin boleh diandaikan telah usang kerana tiada lagi kapal-kapal ini digunakan di dalam perkhidmatan pada hari ini. Terdapat juga kekaburan dan kekeliruan di antara kelas -kelas, bergantung kepada tujuan penggunaannya, sejarah dan tafsiran kelas-kelas oleh tentera laut yang berbeza.