Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kabupaten Agam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabupaten Agam
Transkripsi bahasa daerah
 • Jawi Minangكابوڤاتين اڬم
Mohor rasmi Kabupaten Agam
Cogan kata: Tali tigo sapilin
Penghulu, alim ulama, dan cerdik pandai menjadi kunci kemajuan daerah
Peta
Peta
Kabupaten Agam yang terletak di Sumatra
Kabupaten Agam
Kabupaten Agam
Kabupaten Agam yang terletak di Indonesia
Kabupaten Agam
Kabupaten Agam
Koordinat: 0°16′S 100°00′E / 0.27°S 100°E / -0.27; 100
Negara Indonesia
ProvinsiSumatera Barat
Tanggal berdiri19 Mac 1956[1]
Dasar hukumUU Nombor 12 Tahun 1956[1]
Ibu kotaLubuk Basung
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 16
  • Nagari: 82
Pentadbiran
 • BupatiAndri Warman
 • Timbalan BupatiIrwan Fikri
 • Setiausaha DaerahEdi Busti
Keluasan
 • Jumlah2,226,27 km2 (85,957 batu persegi)
Penduduk
 (30 Jun 2024)[2]
 • Jumlah532,178
 • Kepadatan2.4/km2 (6.2/batu persegi)
Demografi
 • Agama
  • 99,19% Islam
  • 0,01% Lainnya[2]
 • BahasaIndonesia, Minangkabau
 • IPM 73,29 (2022)
tinggi[3]
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode telepon0752
Pelat kendaraanBA xxxx T**/X*
DAURp 490.438.106.000,-
Laman sesawangwww.agamkab.go.id


Kabupaten Agam ialah sebuah kabupaten yang terletak di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Penamaan kabupaten ini dengan nama kabupaten Agam, berpandukan tambo, di mana pada waktu dahulu, beberapa nagari yang berada dalam kawasan kabupaten ini sekarang dikenali dengan nama Luhak Agam.[4] Pada pertengahan 2024, jumlah penduduk Agam sebanyak 532,178 orang.[2]

Kawasan kabupaten ini bermula dari kumpulan beberapa nagari yang pernah ada dalam kawasan Luhak Agam. Pada masa pemerintahan Hindia Belanda, kawasan ini dijadikan sebagai Onderafdeeling Oud Agam dengan bandar Bukittinggi sebagai pusat bandarnya ketika itu.[5] Pada 7 Januari 1998, pusat bandar bagi kabupaten Agam secara rasmi dipindahkan ke Lubuk Basung.[6]

Kabupaten Agam mempunyai keluasan 2,232.30 km², atau bersamaan 5.29% dari keluasan provinsi Sumatera Barat. Kabupaten ini direntangi oleh kawasan pergunungan yang terbentuk dari 2 jalur lembangan, iaitu Sungai Agam di bahagian utara dan Sungai Antokan di bagian selatan. Pulau Tangah dan Pulau Ujung ialah dua buah pulau yang terdapat di kabupaten Agam dengan masing-masing berkeluasan 1km².[7]

Kabupaten Agam memiliki pesisir pantai sepanjang 43 km dan sungai kecil yang bermuara di Lautan Hindi, seperti Sungai Agam, dan Sungai Antokan. Di kabupaten ini terdapat dua buah gunung, iaitu gunung Marapi di kecamatan Banuhampu dan gunung Singgalang di kecamatan IV Koto yang masing-masing memiliki ketinggian 2,891 meter dan 2,877 meter. Selain itu, terdapat juga sebuah tasik di kecamatan Tanjung Raya, iaitu tasik Maninjau yang memiliki luas 9.95km².

Lebih daripada 38.1% keluasan kabupaten ini, atau sekitar 85 km² ialah kawasan yang masih dilitupi hutan lebat. Hutan-hutan tersebut, selain menjadi kawasan tadahan air, ialah tempat bagi pelbagai binatang yang dilindungi, di antaranya harimau Sumatera, rusa, kijang, siamang, dan pelbagai jenis burung seperti burung kuang, burung merbok, burung pungguk, dan burung balam.[8]

Sempadan kawasan

[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Agam memiliki sempadan kawasan pentadbiran dengan Kabupaten Pasaman dan Kabupaten Pasaman Barat di utara, Kabupaten Tanah Datar dan Kabupaten Padang Pariaman di selatan, Kabupaten Padang Pariaman dan Lautan Hindi di barat, dan Kabupaten Lima Puluh Kota di timur. Bandar Bukittinggi ialah enklaf dari kabupaten ini.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Sejak pewartaan Peraturan Pemerintah Nombor 84 Tahun 1999 mengenai perubahan sempadan kawasan bandar Bukittinggi dan kabupaten Agam, timbul konflik dan bantahan daripada masyarakat yang kawasannya dimasukkan ke dalam kawasan pentadbiran bandar Bukittinggi. Masyarakat Agam merasa selesa dengan pendekatan pemerintahan nagari berbanding dalam sistem kelurahan.[9]

Setiap kabupaten diketuai oleh seorang bupati. Sebelum 2005, bupati dipilih oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah, tetapi selepas penggubalan undang-undang baharu pada 2004, bupati dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya ketua daerah, atau Pilkada. Pilihan raya kepala daerah pertama kali diadakan pada Jun 2005.

Dewan Perwakilan

[sunting | sunting sumber]

Kecamatan

[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Agam terdiri daripada 16 kecamatan, 92 nagari, dan 467 jorong dengan pusat bandar terletak di Lubuk Basung.[10]

Senarai kecamatan dan kelurahan di Kabupaten Agam, adalah sebagai berikut:

No. Kecamatan Status Jumlah Senarai kelurahan
1 Malalak Nagari 4
  • Malalak Barat
  • Malalak Selatan
  • Malalak Timur
  • Malalak Utara
2 Kamang Magek Nagari 5
  • Kamang Hilia
  • Kamang Mudiak
  • Kamang Tangah Anam Suku
  • Magek
  • Pauh Kamang Mudiak
3 Candung Nagari 3
  • Bukik Batabuah
  • Candung Koto Laweh
  • Lasi
4 Ampek Nagari Nagari 4
  • Batu Kambing
  • Bawan
  • Sitalang
  • Sitanang
5 Sungai Pua Nagari 5
  • Batagak
  • Batu Palano
  • Padang Laweh
  • Sariak
  • Sungai Pua
6 Palembayan Nagari 9
  • Ampek Koto Palembayan
  • Baringin
  • Salareh Aia
  • Salareh Aia Barat
  • Salareh Aia Timur
  • Salareh Aia Utara
  • Sipinang
  • Sungai Pua
  • Tigo Koto Silungkang
7 Palupuh Nagari 5
  • Koto Rantang
  • Nan Limo
  • Nan Tujuah
  • Pagadih
  • Pasia Laweh
8 Tilatang Kamang Nagari 3
  • Gadut
  • Kapau
  • Koto Tangah
9 Baso Nagari 8
  • Koto Baru
  • Koto Gadang
  • Koto Tinggi
  • Padang Tarok
  • Salo
  • Simarasok
  • Sungai Cubadak
  • Tabek Panjang
10 Ampek Angkek Nagari 7
  • Ampang Gadang
  • Balai Gurah
  • Batu Taba
  • Biaro Gadang
  • Lambah
  • Panampuang
  • Pasia
11 Banuhampu Nagari 7
  • Cingkariang
  • Kubang Putiah
  • Ladang Laweh
  • Padang Lua
  • Padang Sinayan
  • Sungai Tanang
  • Taluak IV Suku
12 IV Koto Nagari 7
  • Balingka
  • Guguak Tabek Sarojo
  • Koto Gadang
  • Koto Panjang
  • Koto Tuo
  • Sianok Anam Suku
  • Sungai Landia
13 Matur Nagari 6
  • Lawang
  • Matua Hilia
  • Matua Mudiak
  • Panta Pauh
  • Parik Panjang
  • Tigo Balai
14 Tanjung Raya Nagari 10
  • Bayua
  • Dalko
  • Duo Koto
  • Koto Gadang
  • Koto Kaciak
  • Koto Malintang
  • Maninjau
  • Paninjauan
  • Sungai Batang
  • Tanjung Sani
15 Lubuk Basung Nagari 5
  • Geragahan
  • Kampung Pinang
  • Kampung Tangah
  • Lubuk Basung
  • Manggopoh
16 Tanjung Mutiara Nagari 4
  • Durian Kapeh Darussalam
  • Tiku Selatan
  • Tiku Utara
  • Tiku V Jorong
  1. ^ a b "Pembentukan Daerah-Daerah Otonom di Indonesia s/d Tahun 2014" (PDF). www.otda.kemendagri.go.id. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Juli 2019. Dicapai pada 6 Desember 2021. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |archive-date= (bantuan)
  2. ^ a b c "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2024" (Visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Dicapai pada 6 Oktober 2024.
  3. ^ "Indeks Pembangunan Manusia 2022-2023". www.bps.go.id. Dicapai pada 30 November 2023.
  4. ^ Batuah, A. Dt. & Madjoindo, A. Dt., (1959), Tambo Minangkabau dan Adatnya, Jakarta: Balai Pustaka.
  5. ^ http://www.docstoc.com Diarkibkan 2021-03-05 di Wayback Machine Pembangunan-infrastruktur kota Bukittinggi masa kolonial Belanda Diarkibkan 2011-02-18 di Wayback Machine (diakses pada 11 Juli 2010)
  6. ^ Peraturan Pemerintah Nomor 8 Tahun 1998. Rujukan: "Salinan arsip" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2021-01-26. Dicapai pada 2019-05-23. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ "Profil Kabupaten Agam" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-09-17. Dicapai pada 2020-09-16. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Ayo Mengenal Indonesia: Sumatra 1. Jakarta: CV. Pamularsih. 2007. ISBN 978-979-7494-31-1 Check |isbn= value: checksum (bantuan). |first= missing |last= (bantuan)
  9. ^ Haris, Syamsuddin (2004). Desentralisasi dan Otonomi Daerah: Naskah Akademik dan RUU Usulan LIPI. Yayasan Obor Indonesia. ISBN 978-979-98014-1-8.
  10. ^ http://www.legalitas.org Diarkibkan 2010-06-12 di Wayback Machine Daftar Peraturan Pemerintah Tahun 1998 Diarkibkan 2011-10-19 di Wayback Machine.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]