Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Franklin Pierce

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Franklin Pierce
فريڠکلين ڤيئرس
Presiden Amerika Syarikat Ke-14
Dalam jawatan
4 Mac 1853 – 4 Mac 1857
Naib PresidenWilliam R. King, (1853)
Tidak Ada (1853-1857)
Didahului olehMillard Fillmore
Digantikan olehJames Buchanan
Maklumat peribadi
Lahir23 November 1804
Hillsborough, New Hampshire
Mati8 Oktober 1869
Concord, New Hampshire
KewarganegaraanJerman
Parti politikDemokrat
PasanganJane Appleton
Anak
  • Franklin Jr.
  • Frank Robert
  • Benjamin
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Benjamin Pierce (bapa)
  • Anna Kendrick (ibu)
TandatanganTandatangan

Franklin Pierce (Jawi: فريڠکلين ڤيئرس) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-14 dari 1853 hingga 1857. Pierce berasal dari Parti Demokrat dan didampingi oleh William R. King sebagai naib presiden. Pada masa Presiden Franklin Pierce, Amerika sedang di ambang bahaya perpecahan perang saudara. Sejarah mencatat bahawa Franklin Pierce terpilih menjadi presiden dengan perbezaan tipis dari pesaingnya dengan harapan bahawa Franklin Pierce dapat meredam perang saudara.

Perjalanan Kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Franklin Pierce dilahirkan pada 23 November 1804 di Hillsborough, New Hampshire. Ayahnya, Benjamin Pierce, aialah salah seorang pejuang dalam Revolusi Kemerdekaan Amerika dan dua kali menjawat Gabenor negeri New Hampshire.

Franklin Pierce belajar di Bowdoin College, Maine, dan beliau lulus tahap ke lima di kelasnya. Keperibadiannya yang menarik mengesankan Nataniel Hawthorne (novelis ternama Amerika) yang kemudian menjadi sahabatnya yang berpanjangan seumur hidup. Setelah lulus, Pierce mengembara ke beberapa pejabat undang-undang untuk mencari latihan. Pada ketika itu bapanya sedang berada di puncak kerjaya politiknya di New Hampshire. Frank Pierce lalu turut mengikut dalam kempen politik bapanya dan berhasil memetik hasil kerja kerasnya. Kedua-dua Pierce berganding bersama dan mengalami masa gemilang semasa Masa Jacksonian.

Pada 1827 bapanya terpilih menjadi Gabenor New Hamshire, dan dua tahun kemudian Pierce terpilih menjadi ahli politik.

Pada bulan Mac 1833, Pierce muda, pada usia 24 tahun, terpilih menjadi anggota kongres untuk negeri New Hampshire. Bagi orang kampung halamannya di Granite Hills, New Hampshire, prestasi Frank Pierce sangat mengagumkan. Tetapi di Washington "menjadi orang yang ramah" sahaja tidak cukup untuk mendapatkan peningkatan dalam kerjaya. Laluan kerjaya Pierce yang gemilang  sebenarnya adalah aneh bagi seseorang yang tidak berpelajaran tinggi dan tidak berminat membaca buku dan belajar. Walaupun orang itu secara sosial mampu bercakap dan minum di tempat pertemuan di Washington.

Frank Pierce menghabiskan sepuluh tahun di kongres; empat tahun pertama sebagai anggota Dewan dan enam tahun akan datang sebagai senator yang sangat muda. Franklin Pierce tidak pernah menyampaikan ucapan yang mengagumkan dalam masa yang tertentu, tidak menyokong undang-undang penting, dan terkenal kerana keupayaannya memegang botol minuman.

Pada awal 1840-an pierce menyedari bahawa pengembaraannya di Washington tidak akan menghasilkan apa-apa, dan dia selalu minum terlalu banyak pada setiap mesyuarat. Isterinya sebagai orang New England sejati mempunyai sikap bertentangan dengan Pierce, juga merasa sengsara dengan kehidupan di Washington.

Pada tahun 1842, gagal menjadi senator yang berjaya, Pierce dan isterinya kembali ke New Hampshire untuk mencari nasib yang lebih baik. Pierce kemudian menghadapi realiti lain; keupayaan untuk bersosialnya sebenarnya boleh membawa keuntungan besar. Dia menjadi seorang peguam yang berjaya dan kaya di New Hampshire. Kepintarannya terletak tidak dalam keupayaannya untuk belajar tentang undang-undang dan membuka buku untuk rujukan kepada kesnya, tetapi kerana dia menggunakan daya tarikannya; wajahnya yang tampan, dan pendekatannya kepada juri dengan teknik menginspirasi perasaan terdalam mereka. Tiada seorang peguam di New Hampshire boleh menandingi rayuannya, Pierce begitu disayangi oleh juri, dan juri tidak mampu menentang pendekatan memikatnya.

Tetapi ketika Perang Mexico-Amerika meletus pada 1846, Franklin Pierce secara sukarela memasuki tentera, beliau dilantik sebagai Brigadier Jeneral dan diserahkan tugasnya jauh dari kebolehan dan bakatnya. Sebagai Brigadier Jeneral, Pierce ditugaskan untuk mengetuai serangan ke Mexico Cit, tetapi dia terlambat untuk memimpin puncak pertempuran. Kuda yang ditungganginya di luar kawalan, Pierce pengsan dan jatuh. Dalam keadaan kecederaan, beliau dibawa ke atas pelana untuk keluar dari pertempuran, terlambat untuk memimpin peperangan Perang Chapultepec. Insiden yang memalukan ini jauh dari mengagumkan.

Selepas perang Mexico-Amerika berakhir, Pierce dengan senang hati kembali ke rumahnya.

Masa kepresidenan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1852, Franklin Pierce diminta menjadi calon presiden oleh parti demokratik. Beliau menang pilihan raya umum dengan sedikit perbezaan undi. Dua bulan sebelum dia menjadi presiden, anak lelaki mereka berusia 11 tahun terbunuh dalam kemalangan kereta api. Franklin Pierce memasuki jawatannya sebagai presiden dengan kesedihan dan kekecewaan. Pada masa itu, Amerika menghadapi pembahagian masyarakat yang semakin ketara kerana perhambaan.

Presiden Franklin Pierce memilih anggota kabinet yang akan mewakili seluruh partinya. Beliau juga bertekad untuk menjadikan perhatian negara jauh dari masalah perhambaan, yang kemudiannya membahagikan negara, dengan program dasar asing yang berani dan program pembangunan di wilayah barat Amerika.

Tetapi kerana diluluskan rang undang-undang ke dalam undang-undang oleh Presiden, kontroversi mengenai perhambaan meletus sekali lagi. Undang-undang, antara lain, menetapkan bahawa penduduk kawasan baru di bahagian barat Amerika boleh memutuskan hal-hal perhambaan mereka sendiri. Akibatnya, di Kansas, sebuah kawasan baru di Amerika Barat pada masa itu, terdapat pertempuran yang sengit antara pro-perhambaan dan anti-perhambaan. Kejadian menembak berlaku, dan "Kansas berdarah" menjadi pusingan awal Perang Saudara Amerika.

Setelah masa kepresidenan

[sunting | sunting sumber]

Menjelang akhir pemerintahannya, Presiden Franklin Pierce dapat mengatakan bahawa Kansas telah tenang, tetapi, di luar harapan, Demokrat tidak bersedia untuk mengundinya kembali menjadi calon presiden. Beliau pulang ke New Hampshire untuk membuka semula pejabat undang-undangnya.

Pada tahun 1861, Perang Saudara meletus, Pierce berdiri di belakang pentadbiran Presiden Lincoln, tetapi dari masa ke masa beliau semakin kuat mengkritik Presiden.

Akhirnya sikapnya yang menantang terhadap kerajaan era perang saudara membuatnya kurang diingini, sehingga di negeri asalnya di New Hampshire.

Pada 1869, Franklin Pierce meninggal dunia, hampir sebagai orang yang terasing.

  • The Presidents, A Reference History. Editor. Henry F. Graff. Edisi kedua. Penerbit Scribners 1996. Bab mengenai Franklin Pierce oleh William W. Freehling.
  • Presiden - Presiden Amerika Serikat; Diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)