Fatiha Shuib
Fatiha Shuib | |
---|---|
Kelahiran | 1991 (umur 32–33) |
Terkenal kerana | pemandiri kesihatan mental, dan menganjrkan misi kemanusiaan #1Moment4Them |
Fatiha Shuib ialah seorang aktivis kesihatan mental dan kemanusiaan di Malaysia. Beliau pernah menganjurkan konsert kemanusiaan di Universiti Yarmouk bagi mengutip dana untuk membantu anak-anak pelarian Syria di Jordan. Beliau juga menggalakkan kempen kesihatan mental di Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Fatiha ialah graduan sarjana muda pengajian Islam dari Universiti Muktah, Jordan.[1]
Kesihatan mental
[sunting | sunting sumber]Beliau seorang pemandiri kesihatan mental.[2] Beliau dikesan menghadapi kecelaruan bipolar dan keresahan pada 2017[3] Beliau mula berkempen menggalakkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan mengasaskan wahana sokongan kesihatan mental, SAPOT pada 2022.[2]
Kemanusiaan
[sunting | sunting sumber]Pada 2015, beliau menubuhkan pertubuhan "1Moment4Them"[4] dan menganjurkan konsert kemanusiaan di Universiti Yarmouk bagi mengutip dana untuk membantu anak-anak pelarian Syria di Jordan.[1] Pertubuhan yang diasaskannya telah berjaya menarik lima selebriti Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dalam misi kemanusiaan. Selebriti tersebut ialah: Faizal Tahir, Aizat Amdan, Muadz Dzulkefy, Noh Salleh dan Mizz Nina.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "10 perkara paling menarik Konsert #1Moment4Them di Jordan". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ a b Asri, Suliati (2024-07-04). "Usahawan Shell LiveWIRE menyokong kesihatan mental melalui SAPOT". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ BERNAMA (2019-11-06). "Fatiha Melawan Penyakit Mental Dengan Menjadi Sukarelawan". BERNAMA. Dicapai pada 2024-11-13.
- ^ a b "Wanita Ini Tekad Bawa Faizal Tahir, Aizat Amdan & Mizz Nina Berjihad di Jalan Allah — MAKCIK BAWANG Tolong Baca". intrend.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-12. Dicapai pada 2024-11-13.