Formula Satu musim 2006
| ||||||
|
Formula Satu musim 2006 merupakan Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA musim ke-57. Musim ini bermula pada 12 Mac dan berakhir pada 22 Oktober selepas lapan belas perlumbaan. Kejuaraan Pemandu Dunia telah dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault F1, dan Alonso menjadi juara dunia berganda yang termuda pada masa tersebut. Michael Schumacher dari pasukan Scuderia Ferrari, menamatkan musim sebagai naib juara, tiga belas mata di belakang Alonso. Renault mempertahankan Kejuaraan Pengeluar mereka, dan mengalahkan Ferrari dengan hanya lima mata.
Pemandu dan pengeluar
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah pasukan dan pemandu yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA 2006.
Pasukan | Pengeluar | Casis | Enjin | Tayar | No. | Pemandu | Pusingan | No. | Pemandu ujian bebas |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mild Seven Renault F1 Team | Renault | R26 | Renault RS26 2.4 V8 | M | 1 | Fernando Alonso | Semua | — | |
2 | Giancarlo Fisichella | Semua | |||||||
Team McLaren Mercedes | McLaren-Mercedes | MP4-21 | Mercedes FO 108S 2.4 V8 | M | 3 | Kimi Räikkönen | Semua | — | |
4 | Juan Pablo Montoya | 1–10 | |||||||
Pedro de la Rosa | 11–18 | ||||||||
Scuderia Ferrari Marlboro | Ferrari | 248 F1 | Ferrari 056 2.4 V8 | B | 5 | Michael Schumacher | Semua | — | |
6 | Felipe Massa | Semua | |||||||
Panasonic Toyota Racing | Toyota | TF106 TF106B 1 |
Toyota RVX-06 2.4 V8 | B | 7 | Ralf Schumacher | Semua | — | |
8 | Jarno Trulli | Semua | |||||||
Williams F1 Team | Williams-Cosworth | FW28 | Cosworth CA2006 2.4 V8 | B | 9 | Mark Webber | Semua | 35 | Alexander Wurz |
10 | Nico Rosberg | Semua | |||||||
Lucky Strike Honda Racing F1 Team | Honda | RA106 | Honda RA806E 2.4 V8 | M | 11 | Rubens Barrichello | Semua | 36 | Anthony Davidson |
12 | Jenson Button | Semua | |||||||
Red Bull Racing | Red Bull-Ferrari | RB2 | Ferrari 056 2.4 V8 | M | 14 | David Coulthard | Semua | 37 | Robert Doornbos Michael Ammermüller |
15 | Christian Klien | 1–15 | |||||||
Robert Doornbos | 16–18 | ||||||||
BMW Sauber F1 Team | BMW Sauber | F1.06 | BMW P86 2.4 V8 | M | 16 | Nick Heidfeld | Semua | 38 | Robert Kubica Sebastian Vettel |
17 | Jacques Villeneuve | 1–12 | |||||||
Robert Kubica | 13–18 | ||||||||
MF1 Racing Spyker MF1 Racing |
MF1-Toyota | M16 | Toyota RVX-06 2.4 V8 | B | 18 | Tiago Monteiro | Semua | 39 | Markus Winkelhock Giorgio Mondini Adrian Sutil Alexandre Prémat Ernesto Viso |
19 | Christijan Albers | Semua | |||||||
Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso-Cosworth | STR01 | Cosworth TJ2006 3.0 V10 | M | 20 | Vitantonio Liuzzi | Semua | 40 | Neel Jani |
21 | Scott Speed | Semua | |||||||
Super Aguri F1 | Super Aguri-Honda | SA05 SA06 |
Honda RA806E 2.4 V8 | B | 22 | Takuma Sato | Semua | 41 | Franck Montagny Sakon Yamamoto |
23 | Yuji Ide | 1–4 | |||||||
Franck Montagny | 5–11 | ||||||||
Sakon Yamamoto | 12–18 |
Pertukaran pemandu
[sunting | sunting sumber]Pada permulaan musim
- Renault mengekalkan Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella, namun mengantikan pemandu ujian, Franck Montagny, dengan pemandu GP2, Heikki Kovalainen.
- McLaren juga mengekalkan Kimi Räikkönen dan Juan Pablo Montoya tetapi Alexander Wurz meninggalkan pasukan untuk menguji bersama pasukan Williams dan Gary Paffett menjadi pemandu ujian kekal. Pedro de la Rosa pula kekal bersama pasukan sebagai pemandu ujian.
- Ferrari mengekalkan Michael Schumacher tetapi mengantikan rakan sepasukan, Rubens Barrichello, dengan Felipe Massa dari pasukan Sauber. Sebelum ini Massa menjadi pemandu ujian Ferrari pada tahun 2003.
- Williams menjadikan juara GP2, Nico Rosberg, sebagai pemandu kedua manakala Mark Webber kekal sebagai pemandu pertama. Alexander Wurz menyertai pasukan Williams sebagai pemandu ketiga. Pemandu India, Narain Karthikeyan, menjadi pemandu ujian kedua.
- Honda mengupah Rubens Barrichello dari pasukan Ferrari untuk menggantikan Takuma Sato.
- Red Bull Racing memutuskan untuk mengekalkan David Coulthard dan Christian Klien sebagai pemandu perlumbaan sepenuh masa. Liuzzi (yang pernah berkongsi peranan pemandu kedua dengan Klien) menyertai pasukan baru milik Red Bull, Toro Rosso, manakala Robert Doornbos menjadi pemandu ujian pasukan Red Bull.
- Pemilik Sauber yang baru, BMW, mengupah pemandu Jerman, Nick Heidfeld, dari pasukan mereka Williams. Mereka mengekalkan Jacques Villeneuve. Robert Kubica telah dibawa masuk sebagai pemandu ketiga.
- MF1 mengekalkan Tiago Monteiro dan membawa masuk bekas pemandu Minardi, Christijan Albers, untuk menggantikan Narain Karthikeyan. Midland mempunyai sistem penggiliran untuk pemandu ketiga.
- Toro Rosso mengupah Vitantonio Liuzzi dan pemandu Amerika Syarikat, Scott Speed, manakala pemandu ketiga ialah pemandu Switzerland, Neel Jani. Ketiga-tiga pemandu tersebut telah disokong oleh Red Bull sepanjang kerjaya mereka, dan Liuzzi memandu untuk Red Bull dalam empat perlumbaan pada tahun 2005.
- Super Aguri memulakan musim ini dengan Takuma Sato dan Yuji Ide sebagai pemandu mereka, dan Franck Montagny menyertai Super Aguri sebagai pemandu ketiga.
Semasa musim dijalankan
- Selepas Grand Prix San Marino, lesen super pemandu Super Aguri, Yuji Ide, telah dibatalkan oleh FIA dan Ide tidak boleh lagi berlumba dalam Formula Satu. Beliau telah digantikan oleh pemandu simpanan, Franck Montagny, untuk perlumbaan seterusnya.
- Super Aguri mengupah Sakon Yamamoto untuk menjadi pemandu ketiga mereka dari Grand Prix British dan seterusnya, dan mengisi kerusi perlumbaan kosong yang telah ditinggalkan oleh Montagny.
- Selepas Grand Prix Amerika Syarikat, Montoya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding dalam NASCAR untuk musim 2007 dan akan meninggalkan McLaren. Pada hari berikutnya, McLaren mengumumkan bahawa Montoya akan digantikan oleh pemandu ujian mereka, Pedro de la Rosa.
- Sakon Yamamoto dan Franck Montagny bertukar tempat di Super Aguri dari Grand Prix Jerman dan seterusnya.
- Robert Kubica mengantikan Jacques Villeneuve di Grand Prix Hungary, mungkin disebabkan oleh kecederaan Villeneuve selepas mengalami kemalangan di Grand Prix Jerman.[1] Pada hari selepas GP Hungary (7 Ogos 2006), BMW Sauber mengumumkan bahawa Villeneuve telah meninggalkan pasukan berkuat kuasa serta-merta, dan digantikan oleh Kubica bagi baki perlumbaan pada musim ini.[2]
- Pemandu Formula 3 German, Sebastian Vettel menjadi pemandu ketiga BMW Sauber mulai Grand Prix Turki, dengan menggantikan Kubica yang telah dinaikkan pangkat kepada pemandu perlumbaan sepenuh masa.
- Pada 11 September 2006, Red Bull Racing mengumumkan bahawa pemandu ketiga/ujian pasukan, Robert Doornbos, akan menggantikan Christian Klien untuk tiga perlumbaan terakhir pada tahun ini.[3] Bagi perlumbaan di China dan Jepun, Michael Ammermüller mengantikan Doornbos sebagai pemandu ketiga.[4]
- Spyker MF1 mengumumkan dua pemandu ketiga yang baru untuk dua perlumbaan terakhir pada tahun ini. Pemandu GP2 Series, Alexandre Prémat dan Ernesto Viso memandu pada sesi latihan bebas di China dan Brazil masing-masing; Adrian Sutil menguji kereta di Jerman dan Perancis, dan Jepun.[5]
- Pada hari ujian di Litar Silverstone pada bulan September, pemandu GP2 Series, Lewis Hamilton, Nelson Piquet, Jr, dan Adrian Valles melaksanakan tugas ujian untuk pasukan McLaren, Renault dan Midland F1, masing-masing. Franck Montagny pula menguji untuk pasukan Toyota.
Jadual perlumbaan Formula Satu 2006
[sunting | sunting sumber]Grand Prix Australia diadakan lebih lewat daripada tarikh biasa untuk mengelakkan pertembungan dengan Sukan Komanwel 2006. Untuk kali pertama, Bahrain menjadi hos untuk Grand Prix pertama. Brazil menjadi hos untuk perlumbaan terakhir, manakala Jepun dan China bertukar tarikh sesama sendiri.
Perubahan
[sunting | sunting sumber]Enjin
[sunting | sunting sumber]Perubahan ketara kepada peraturan Formula Satu diperkenalkan pada 2006. Ini merupakan cubaan untuk menghalang peningkatan aras kuasa engin pada kebelakangan ini, sesaran maksimum enjin telah dikurangkan dari 3.0 liter ke 2.4 dan jumlah silinder dari 10 ke 8. Pada kelajuan enjin serupa, perubahan adalah dijangkakan untuk mengurangkan kuasa puncak sekitar 200 bhp, yang akan menyamakan sekitar tiga hingga lima saat pada masa pusingan di kebanyakan litar. (Scuderia Toro Rosso terus mengunakan enjin 3.0 liter 10-silinder dengan rev limiter, bagi mengelakkan kos mengubah suai kereta mereka dalam satu tempoh yang singkat). Percubaan pertama menunjukkan engin baru adalah enam saat lebih perlahan daripada V10 terdahulu, tetapi pada awal musim ia menjadi jelas yang walaupun pengurangan dalam kuasa, namun masa pusingan tidak jauh berbeza daripada masa 2005; di sesetengah litar, masa pusingan paling pantas dicatatkan tahun ini adalah sebenarnya lebih pantas daripada yang direkodkan tahun lepas, dengan enjin V10.
Segelintir pembekal engin menunjukkan V8 mereka yang lebih kecil boleh rev lebih tinggi daripada normal 19,000 rpms untuk spesifikasi V10 2005. Pengeluar enjin Cosworth berpangkalan di Northampton telah mencatatkan satu rekod kejayaan sangat baik dengan enjin V8. Ia membuat sejarah seterusnya dengan menjadi pengeluar pertama untuk telah mencapai had 20,000 rpm di litar pada Disember 2005.
Tayar
[sunting | sunting sumber]Perubahan tayar kembali ke Formula Satu pada 2006. Setiap pemandu diberi 14 set tayar pada minggu perlumbaan. Ini terdiri daripada tujuh set tayar cuaca kering (dry-weather tyres), empat set tayar cuaca basah (wet-weather tyres) dan tiga set tayar cuaca extreme (extreme-weather tyres). Sebab perubahan adalah saiz engin yang berkurangan boleh mempengaruhi prestasi.[6]
Sesi latihan
[sunting | sunting sumber]Cuma satu sesi latihan bebas diadakan pada Sabtu, untuk satu jam, dan ia berakhir tidak kurang daripada dua jam sebelum kelayakan bermula, biasanya di antara 11.00 dan 12.00, menggantikan sistem lama yang mempunyai dua sesi selama 45-minit. Jumaat kekal tidak berubah, dengan dua sesi selama satu jam, bermula selang tiga jam.
Keputusan dan kedudukan
[sunting | sunting sumber]Grand Prix
[sunting | sunting sumber]Pemandu
[sunting | sunting sumber]
|
Tebal - Petak pertama |
† Pemandu tidak menamatkan Grand Prix, tetapi diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
Pengeluar
[sunting | sunting sumber]
|
|
Nota: Mata kejuaraan diberikan berdasarkan 10–8–6–5–4–3–2–1 untuk lapan tempat teratas pada setiap perlumbaan.[7] Jika dua atau lebih pemandu atau pengeluar mempunyai jumlah mata yang sama (termasuk 0 mata), kedudukan mereka dalam Kejuaraan akan ditetapkan mengikut keputusan terbaik mereka.[8] Di bawah sistem ini, satu tempat pertama adalah lebih baik daripada apa-apa bilangan tempat kedua, satu tempat kedua adalah lebih baik daripada apa-apa bilangan tempat ketiga, dan lain-lain.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kubica replaces Villeneuve". Dicapai pada 5 Mei 2013.
- ^ "Villeneuve parts company with BMW". BBC News. 7 Ogos 2006. Dicapai pada 5 Mei 2013.
- ^ "Robert Doornbos replaces Klien at Red Bull". Dicapai pada 5 Mei 2013.
- ^ "Red Bull confirms Ammermuller". Dicapai pada 5 Mei 2013.
- ^ "Third drivers for Midland for the last three races". Dicapai pada 5 Mei 2013.
- ^ "Official rule changes to the 2006 season of Formula One" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mei 2007.
- ^ 2006 Formula One Sporting Regulations Diambil dari replay.waybackmachine.org pada 4 Mei 2013
- ^ a b FIA Formula One World Championship Classifications 2006 Diambil dari replay.waybackmachine.org on 4 Mei 2013
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Formula Satu musim 2006. |