Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Eizlan Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Eizlan Yusoff)
Eizlan Yusof
Maklumat peribadi
Lahir
Idris bin Md. Yusof

(1971-07-14) 14 Julai 1971 (umur 53)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PAS (2023–kini)
Pasangan
  • Vie Shantie Haroon Khan (k. 2007; c. 2014)
  • Datin Sri Natasha Rosa Boudville (k. 2019)
Anak4
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, ahli politik

Dato' Sri Idris bin Md. Yusof (lahir 14 Julai 1971) atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof merupakan seorang pelakon, penerbit, ahli politik dan pengarah Malaysia.

Eizlan mula berkecimpung di dalam dunia perfileman pada tahun 1994 melalui filem Kad Cinta. Semenjak itu beliau telah terlibat dalam pelbagai filem, melakonkan pelbagai watak.[1] Pada 11 Jun 2023, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Eizlan telah menyertai parti itu. [2]

Pada tahun 1998, Eizlan telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1998 TV3 melalui persembahannya di dalam Panas. Pada tahun berikutnya, 1999, Eizlan telah di nobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan melalui persembahan lakonannya di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di anugerah Festival Filem Malaysia ke-14. Walaupun telah dikenali sebagai pelakon serba boleh dan berkaliber, Eizlan tidak segan memainkan watak kecil di dalam mana-mana filem.

Eizlan telah dinobatkan anugerah 'Asian Most Promising Actor' di 24th Chunsa Film Awards : Chunsa Asia Awards pada tahun 2019 di Korea Selatan.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Eizlan pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Shantie Haroon Khan pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada 28 September 2014. Hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Shantie Haroon Khan selaku ibu kandung manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.[3] Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Beliau menamatkan zaman dudanya selepas 4 tahun dengan mengahwini Datin Sri Natasha Rosa Boudville, seorang wanita berketurunan Serani pada 12 Disember 2019.[4]Mereka telah menimang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2021.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Kad Cinta[5] Jeffrey Filem pertama
1995 Amelia Man
1996 Lurah Dendam Farid
1998 Panas Ariff
Raja Melewar Tengku Mahmud @ Raja Melewar
1999 Perempuan Melayu Terakhir[6] Haikal
2002 Mendam Berahi Zul
2003 Black Maria Azman/Rashid
2004 Aku No. 1 Penampilan khas
Pontianak Harum Sundal Malam Norman
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Norman Penampilan khas
2006 Cinta Azlan
2007 Impak Maksima Johari
2008 Sepi Kalam Pelakon undangan
Senario The Movie: Episode 1 Pemandu Teksi Penampilan khas
2009 Pisau Cukur Datuk Hisham
2010 Damping Malam Ustaz Bakri
2011 Ratu The Movie Iskandar
Senjakala Shapie
Songlap Suami Pembeli Anak Penampilan khas
2012 Gerimis Mengundang Perwakilan Malaysia 1 Penampilan khas
8 Jam Encik Akhiruddin Yaakob
Aji Noh Motor Murabbi
2014 Tembus ASP Shamsul
2015 Pilot Cafe Dr. Khaleed
Mat Moto Dr. Sulaiman Penampilan khas
2016 Mat Moto Otai
2017 Pak Pong Penghulu Bunian
Pencuri Hati Mr. Cinderella Johari
Balun Shaid Blond
2018 PASKAL Panglima TLDM Pelakon undangan
2020 Town Mall Rusdi Juga sebagai pengarah
2021 Hanya Namamu Laila
2024 Padu Yaakob
Saka Perawan Imam Jalal
Reeza GTR Eman
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Jaguh-Jaguh Sulaiman TV1 Drama pertama
2001–2002 Astana Idaman Kamal Khairuddin Astro Ria
2003 E.C. Mirza Mediacorp Suria
2005 Mahligai Gading Adam Sufian TV1
Aku, Dia & Cape Town Lukman TV3
2008 Impak Maksima the Series Johari
Bilik No. 13 TV2 Episod: "Karipap"
2009 Lily Marlin Azfar
2009 Cinta Untuk Ain Farid TV3
2009–2010 Jangan Tegur... Lagi Kamal
2010 Siti Kelembai
Duyong Aridinata Rosli
Durja Ningsun Kamal
2011 Annissa Kamal
Papa Nak Kahwin Asward Astro Warna
2012 Suri Farid TV3
Bunga-Bunga Syurga Haji Halim
Seindah Sakura Datuk Malik
2013 5 Bujang TV1 Juga sebagai pengarah
Fira Ayuni Datuk Farid TV3
2014 Yes, Boss! Dato' Maarof
Dendam 5 Beradik Inspektor Suffian Astro Box Office 2 episod
Perempuan Dalam Pasungan Farid Astro Prima
Ramadan Jangan Pergi Zulkifli TV3
Istikharah Cinta Dato' Aziz
2015 Bencinta Majid
Dhia Sofea Mahadi
M.A.I.D. Tan Sri Hamdan Astro Ria
Hello, Mr. Perfect! Dato' Sri Aminuddin TV3
Cik Cinderella dan Encik Tengku Encik Megat
2016 Bagaikan Kelip-Kelip Tuan Zamri TV9
Mr. Boss Miss Stalker Zizan TV3
Tak Beli Tak Cinta Cikgu Ramly
Lara Aishah Dato' Nazri Astro Maya HD
2017 Dendam Aurora Engku Azhar
2018 Melankolia Tuan Hamid TV3
Selamat Malam Tan Sri Tan Sri Rahman Shah TV2
2019 Bukan Cinta Aku Dato' Razak TV3
Imaan Shakir Astro Ria
Puteri Yang Ditukar Ihsan Astro Prima
2020 Ben & Bella Tan Sri Rahman TV3
Bicara Cinta Encik Zainuddin
Runi & Solah Rahman
2021 Ratu Ten Pin Dato' Idris Astro Ria
Kanvas Rahman TV2
Ganjil Haris Viu
2021–2022 Gerak Khas Undercover Zamri TV3
2022 Senduk Swap Dato Malek TA-DAA!
Aku Tanpa Cintamu Idris TV3
2022–2023 Nikah, Cerai, Rujuk Hisyam Astro Ria
2023 I Love You Mr Clown Musa TV3
Gadis Exxtra: Saiz Bukan Ukuran Zalif Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta Jamaludin TV3
2024 Di Hatiku Ada Kamu Idris Viu
Luruhnya Bunga Cinta 2 Jamaludin TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Minah Meenachi TV3 Telefilem pertama
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Wahab B. ntv7
2003 Aisah Limah Puluh Sen Pelanggan 1 Astro Ria
Cik Mala Janda Berhias TV3
2010 Keabadian Cinta Rashan Astro Citra
Di Mana Isteriku Borhan TV3
2011 21 Hari Fariz
Kain Pelikat Acat Pakcik Ghafar TV9
Panggilan Baitullah TV3
Anakku Bapakku Farid Astro Prima
Tangisan Langsuir Ketua kampung
2015 Diva Astro Ria
2017 Madu 3 Suku Haji Rahim TV1
Misteri Kematian Dato' Rizman
Aku Mahu Hidup Rufai TV9
2018 Sayang Suria TV3
Arafah
Rezeki Tanpa Alamat Azmi
2019 Bayang
2020 Tiada Lagi Datuk Nizar
Tragedi Balik Kampung Sebagai pengarah
Mencari Muhammad TV1
2021 Perfect Raya Astro Ria

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Dilema"

Muzik video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Artis undangan
1996 "Pasrah" Ena
1997 "Dia" Fauziah Latiff
Tahun Tajuk
1997 Salem - Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  • Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik - Anugerah Skrin TV3, 97/98
  • Pelakon Lelaki Harapan - Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-14
  • The Most Handsome Artiste 1996 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Best Magazine Cover 1996 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 1998 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 1999 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • CLEO’s Most Talked-About Man In Town 2000 - Voted by readers of CLEO magazine.
  • Malaysia’s 50 Most Gorgeous People 2000 - Voted by FEMALE magazine.
  • Asian Most Promising Actor - 24th Chunsa Film Awards : Chunsa Asia Awards 2019, South Korea.
  • Nona Men's Celebrity Achievement Award - Nona Superhero Award 2021.


Pencalonan Akhir ;


Mewakili Malaysia ;

  • 37th Asia Pasific International Film Festival di Taipei (Taiwan), 1998.
  • The ‘Focus On Asia’ – Fukuoka International Film Festival (Japan), 1999.
  • 7th Pyongyang Film Festival Of Non-Aligned & Other Developing Countries (North Korea), 2000.
  • 23rd Chunsa Film Awards (South Korea), 2018.
  • 24th Chunsa Film Awards (South Korea), 2019.


Anugerah Kebesaran Negara/Negeri ;

  • Pingat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XI (Selangor), 1999.
  • Pingat Jubli Emas Pemerintahan 50 Tahun Kedah, 2008.
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) 2010 yang membawa gelaran Dato'.
  • Pingat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XIV (Kedah), 2012.
  • Pingat Pertabalan Raja Perak XXXV, 2015.
  • Pingat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XV (Kelantan), 2017.
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), 2017 yang membawa gelaran Dato' Sri.
  • Pentauliahan Leftenan Kolonel BERSEKUTU, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, 2018.
  • Pentauliahan Kolonel BERSEKUTU, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, 2019.
  • Pentauliahan PENOLONG PESURUHJAYA BERSEKUTU, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, 2021.


Jawatan Korporat / NG0 / Kerajaan ;

  • Pengerusi, Midas Surplus Management Sdn. Bhd. 2012 - 2022
  • Ahli Perbadanan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2020 - Disember 2021.
  • Pengerusi, Hal Ehwal Industri, Kebajikan & Data Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2020 - Disember 2021.
  • Pengerusi, Skim Wajib Tayang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 2021 - Disember 2021.
  • Perunding Kreatif kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Kementerian Luar Negeri (MOFA) 2021 - 2022.
  • Timbalan Pengerusi ( Dasar, Kajian & Strategik ) CDERT OHHSEM NETWORK, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2022 - kini.
  • Penasihat Kehormat II, Kelab Sukan Udara Bintang 2022 - kini.
  • Ahli Dewan Tertinggi MUAFAKAT NASIONAL, 2023 - kini.
  • Ketua Penerangan MUAFAKAT NASIONAL Negeri Selangor, 2023 - kini.


Tugasan Rasmi Kerajaan Malaysia / Korporat ;

  • Lawatan Rasmi Delegasi Menteri Luar Negeri Malaysia ke Jakarta, Indonesia 17-20 Oktober 2021
  • Perjumpaan bersama H.E Retno L.P. Marsudi, Menteri Luar Negeri Republik Indonesia.
  • Forum Interaktif bersama pelajar dan ahli fakulti Universiti Paramadina dalam Hidup Bersama Dalam Budaya Damai ( peaceful coexistence ).
  • Perbincangan Meja Bulat ( RTD ) bersama Kamar Dagang & Industri Indonesia ( KADIN ), Kearah Transformasi Digital.
  • Lawatan Rasmi Delegasi Perdana Menteri Malaysia ke Jakarta, Republik Indonesia 8-11 November, 2021
  • Perbincangan Meja Bulat ( RTD ) bersama Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia ( ICMI ), Hidup Bersama Dalam Budaya Damai ( peaceful coexistence )
  • Lawatan Rasmi Delegasi Menteri Luar Negeri Malaysia ke Islamabad, Pakistan 18-20 Disember, 2021
  • Perbincangan 2 hala Menteri Luar Negeri Malaysia bersama dengan Menteri Luar Negeri Pakistan, H.E Makhdoom Shah Mahmood Qureshi.
  • Perbincangan Meja Bulat ( RTD ) bersama Prof. Dr. Anis Ahmad, Vice Chancellor / Presiden Universiti Antarabangsa Riphah, Hidup Bersama Dalam Budaya Damai ( peaceful coexistence )
  • Mesyuarat Sesi Luar Biasa Ke-17 Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
  • Lawatan Rasmi Delegasi Menteri Luar Negeri Malaysia ke Turki 20-23 Disember, 2021
  • Perbincangan Meja Bulat ( RTD ) Menteri Luar Negeri Malaysia bersama Presiden Direktorat Hal Ehwal Agama Turki, Prof Dr Ali Erbas.
  • Perbincangan bersama Dr. Mehmet Zahid Sobaci, Pengurus Besar, The Turkish Radio and Television Corporation ( TRT ).
  • Perjumpaan Menteri Luar Negeri Malaysia dengan Persatuan Pelajar Malaysia ( MASAT ) di Istanbul, Turki.


Aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) NGO / Badan Kerajaan ;

  • Humanitarian Aid Mission to Palu, Central Sulawesi (Indonesia), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) & Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 2018.
  • Ekspedisi 'Amphibious Craft' Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Melaka ke Pulau Langkawi, 2019.
  • International Coastal CleanUp Day 2019 in Perhentian Island, Malaysia.
  • Humanitarian Aid under Malaysia Civil Defence Force (APM) during COVID-19 Pandemic, 2020.
  • IKON MEDIA Program #KitaJagaKita Yayasan KRU, 2021/2022.
  1. ^ Mazlina Abu Bakar (15 Januari 2012). "Syarat ayah, senangkan Eizlan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-27. Dicapai pada 16 Januari 2012.
  2. ^ Aiman Zaharuddin (11 Jun 2023). "Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2023.
  3. ^ "Pelakon Eizlan Yusof Cerai Talak Satu". mStar Online. 16 Januari 2015. Dicapai pada 17 Januari 2015.
  4. ^ Hanisah Selamat (12 Disember 2019). "Eizlan, Natasha selamat bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  5. ^ Shakilawati Abd Rahman (13 November 2012). "Eizlan tidak jauh hati". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-13. Dicapai pada 14 November 2012.
  6. ^ Tahniah – Datuk Eizlan Yusof Dan Datuk Ac Mizal, December 22, 2011 oleh Eiza Isis.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]