Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Diet ketogenik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diet ketogenik adalah diet yang tinggi lemak, rendah karbohidrat dan protein mencukupi yang kerap digunakan bagi merawat epilepsi refraktori yang sukar dikawal di kalangan kanak-kanak. Permakanan ini meniru aspek kebuluran dengan memaksa badan bagi membakar lemak lebih pantas berbanding karbohidrat. Biasanya, karbohidrat yang terkandung dalam makanan ditukar kepada glukosa, yang kemudiannya diangkut ke seluruh badan terutamanya penting bagi fungsi otak. Bagaimanapun, jika hanya sedikit karbohidrat terdapat dalam permakanan, hati akan menukarkan lemak kepada asid lemak dan zat keton. Zat keton memasuki otak dan menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga. Peningkatan aras badan keton dalam darah, keadaan yang dikenali sebagai ketosis, mendorong kepada pengurangan kekerapan serangan epilepsi.[1]

Diet ini menyediakan protein secukupnya untuk pertumbuhan dan pembaikian badan, dan kalori[Note 1] yang memadai untuk mengekalkan berat badan yang sesuai dengan usia dan ketinggiannya. Diet ketogenik klasik mengandungi nisbah 4:1 ratio berat lemak dengan gabungan protein dan karbohidrat. Ini tercapai dengan mengecualikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berkanji, roti, pasta, bijian dan gula, sambil melebihkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti krim dan mentega.[1]

Kebanyakan lemak pemakanan terhasil daripada molekul-molekul yang bergelar trigliserida berantai panjang (long-chain triglycerides, LCT). Bagaianapun, trigliserida berantai sederhana (medium-chain triglycerides, MCT)—hasil asid lemak dengan rantai karbon yang lebih pendek daripada LCT—lebih ketogenik sifatnya. Diet ketogenik MCT menggunakan sejenis minyak kelapa yang kaya dengan MCT sebagai punca separuh kalori yang diperlukan. Memandangkan diet ketogenik MCT kurang memerlukan lemak dan membenarkan lebih penggunaan karbohidrat dan protein berbanding diet ketogenik yang lain, maka mempelbagaikan lagi pilihan makanan yang dibenarkan.[2][3]

Diet ketogenik yang dikembangkan pada 1920-an ini semakin laris pada dekad seterusnya, tetapi kemudian kurang disambut baik setelah kemunculan ubat antikonvulsan yang berkesan. Pada 1990-an, seorang penerbit Hollywood, Jim Abrahams mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami penyakit sawan serius tetapi dikawal oleh diet ini, maka beliau mengasaskan Yayasan Charlie untuk mempromosikan diet ketogenik. Yayasan tersebut menaja sebuah usaha penyelidikan berbilang insitusi yang memulangkan hasil yang menandakan bangkitnya minat penggiat sains terhadap diet.[1]

Diet ini berkesan pada separuh pesakit yang mencubanya, dan amat berkesan untuk satu pertiga pesakit berkenaan.[4] Pada tahun 2008, ujian terkawal rawak jelas menunjukkan faedah diet ketogenik merawat epilepsi refraktori dalam kanak-kanak.[5] Ada juga bukti bahawa dewasa yang menghidap sawan boleh mendapat manfaat dari diet ini, dan begitu juga dengan rejim pemakanan yang lebih longgar, seperti diet Atkins yang terubah suai.[1]

  1. ^ Dalam rencana ini, kcal bermaksud kalori sebagai unit sukatan (4.1868 kJ), dan kalori sebagai "tenaga" dari makanan.
  1. ^ a b c d Freeman JM, Kossoff EH, Hartman AL. The ketogenic diet: one decade later. Pediatrics. 2007 Mar;119(3):535–43. doi:10.1542/peds.2006-2447. PMID 17332207
  2. ^ Liu YM. Medium-chain triglyceride (MCT) ketogenic therapy. Epilepsia. 2008 Nov;49 Suppl 8:33–6. doi:10.1111/j.1528-1167.2008.01830.x. PMID 19049583
  3. ^ Zupec-Kania BA, Spellman E. An overview of the ketogenic diet for pediatric epilepsy. Nutr Clin Pract. 2008 Dec–2009 Jan;23(6):589–96. doi:10.1177/0884533608326138. PMID 19033218
  4. ^ Kossoff EH, Zupec-Kania BA, Rho JM. Ketogenic diets: an update for child neurologists. J Child Neurol. 2009 Aug;24(8):979–88. doi:10.1177/0883073809337162. PMID 19535814
  5. ^ Neal EG, Chaffe H, Schwartz RH, Lawson MS, Edwards N, Fitzsimmons G, et al. The ketogenic diet for the treatment of childhood epilepsy: a randomised controlled trial. Lancet Neurol. 2008 Jun;7(6):500–6. doi:10.1016/S1474-4422(08)70092-9. PMID 18456557

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Vining1998" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Zupec-Kania2004" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Freeman JM, Kossoff EH, Freeman JB, Kelly MT. The Ketogenic Diet: A Treatment for Children and Others with Epilepsy. 4th ed. New York: Demos; 2007. ISBN 1932603182.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]