Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Dengar cakap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dengar cakap adalah suatu testimoni atau kenyataan luar mahkamah yang dikeluarkan bagi membuktikan apa sahaja kebenaran yang ditegaskan.[1][2] Secara umumnya, keterangan dengar cakap sama ada secara bertulis atau lisan adalah tidak boleh diterima ("peraturan keterangan dengar cakap") dan digunakan sebagai keterangan dalam suatu perbicaraan[3] melainkan terdapat pengecualian yang dinyatakan dalam peraturan itu.

Sebagai contoh, bagi membuktikan bahawa Tom berada di pekan, seorang saksi memberi keterangan bahawa "Susan memberitahu saya bahawa Tom berada di pekan". Disebabkan keterangan saksi bergantung pada kenyataan luar mahkamah yang dibuat oleh Susan, dan Susan pula tiada semasa pemeriksaan balas, maka keterangan tersebut merupakan dengar cakap. Kewajaran untuk bantahan terhadap dengar cakap adalah disebabkan orang yang membuat kenyataan tersebut tidak berada di mahkamah, lalu pemeriksaan balas tidak boleh dilakukan.[3] Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa jika perkara yang dihadapi bukanlah kebenaran tentang penegasan yang Tom berada di pekan, tetapi adalah hakikat bahawa Susan mengatakan kata-kata yang khusus, ia mungkin boleh diterima. Misalnya, keterangan itu mungkin boleh diterima untuk bertanyakan kepada saksi apa yang Susan beritahu mereka mengenai Tom dalam suatu kes fitnah terhadap Susan. Sekarang, saksi ditanyakan mengenai kenyataan pihak lawan yang merupakan perbuatan lisan.[4][5]

  1. ^ "hearsay" (dalam bahasa Inggeris). Institut Penerangan Perundangan. Sekolah Undang-undang Cornell. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2022. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  2. ^ "Hearsay Evidence" (dalam bahasa Inggeris). FindLaw. Thomson Reuters. 12 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2022. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  3. ^ a b "Hearsay Evidence: The Basics" (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Undang-undang Stimmel, Stimmel & Roeser. Stimmel, Stimmel & Roeser. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2022. Dicapai pada 15 Ogos 2022.
  4. ^ "Federal Rules of Evidence" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Mahkamah Amerika Syarikat. 1 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Oktober 2010. Dicapai pada 30 September 2010.
  5. ^ "Hearsay Rule: FRE 801(a)-(c); 805, 806 - Part F: Hearsay" (dalam bahasa Inggeris). LexisNexis. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2012.