Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Doraemon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Doraemon
ドラえもん
GenreKomedi, Fiksyen sains
Manga
PengarangFujiko F. Fujio
PenerbitShogakukan
Penerbit LainAmerika Syarikat Malaysia Tora Aman (1993-2017)
Gempak Starz (2017-kini)
Jepun Indonesia Kanada Fujiko Pro
Singapura Shogakukan
DemografikKodomo
Majalah Asal(terdapat pada majalah kanak-kanak Shogakukan)
Tarikh Pengeluaran15 Disember 196923 Jun 1996
Jilid45 (Senarai jilid)
Siri anime televisyen
Kerja-kerja berkaitan
Portal Anime dan Manga

Doraemon (Tulisan Jawi: دوراءيمون), dalam bahasa ibundanya (Jepun: ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun yang dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio. Manga ini pertama kali disirikan pada Disember 1969, dengan 1,345 bab individu disusun menjadi 45 jilid tankōbon dan diterbitkan oleh Shogakukan dari 1970 hingga 1996. Ceritanya berkisar tentang seekor kucing robot tanpa telinga bernama Doraemon, yang mengembara ke masa lalu dari abad ke-22 untuk membantu seorang budak lelaki bernama Nobita Nobi.

Manga ini melahirkan sebuah francais media. Tiga siri TV anime telah diadaptasi pada tahun 1973, 1979 dan 2005. Selain itu, Shin-Ei Animation telah menghasilkan lebih empat puluh filem animasi, termasuk dua filem animasi komputer 3D, yang kesemuanya diedarkan oleh Toho. Pelbagai jenis barangan dan media telah dibangunkan, termasuk album runut bunyi, permainan video dan muzikal. Siri manga telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Inggeris di Amerika Utara, melalui Amazon Kindle, dengan kerjasama Fujiko F. Fujio Pro dengan Voyager Japan dan AltJapan Co., Ltd. Manga ini juga dilesenkan untuk keluaran bahasa Melayu oleh Tora Aman, sebelum digantikan dengan Gempak Starz pada tahun 2017. Siri anime telah dilesenkan oleh Disney untuk keluaran bahasa Inggeris di Amerika Utara pada 2014, dan LUK International di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Doraemon menerima pujian kritis dan menjadi popular di banyak negara Asia. Ia memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Persatuan Kartunis Jepun pada tahun 1973 dan 1994,[1] Anugerah Manga Shogakukan untuk manga kanak-kanak pada tahun 1982, dan Hadiah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.[2] Sehingga 2012, ia telah menjual lebih 170 juta salinan di seluruh dunia, menjadi salah satu daripada manga terlaris dalam sejarah. Doraemon juga merupakan salah satu daripada francais media dengan pendapatan tertinggi sepanjang zaman, yang mana siri filem animasi ini mempunyai jumlah kemasukan tertinggi di Jepun. Watak Doraemon telah dilihat sebagai ikon budaya Jepun, dan dilantik sebagai "duta anime" pertama pada tahun 2008 oleh Kementerian Luar Negeri negara itu.[3] Doraemon sebagai Duta Anime telah melawat Malaysia pada tahun 2009.[4]

Ringkasan cerita

[sunting | sunting sumber]

Siri mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Nobita Nobi yang pemalas, kurang aktif sukan, kurang bijak dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Tiba-tiba muncul sebuah robot berbentuk kucing dari abad ke-22 bernama Doraemon datang untuk membantu Nobita dalam kesusahan dan menyelamatkan masa depannya. Doraemon mempunyai poket empat dimensi yang membolehkannya menyimpan pelbagai peralatan dari masa depan. Antara peralatan paling selalu digunakan adalah "Buluh Terbang" yang dipasang di kepala membolehkan seseorang itu terbang, dan "Pintu Ke Mana-Mana Sahaja" yang membolehkan seseorang terus sampai ke tempat ditujui.

Nobita mempunyai kawan rapat dari kecil bernama Shizuka Minamoto, dan telah jatuh cinta padanya. Nobita juga mempunyai kawan yang selalu membulinya iaitu Takeshi Goda (nama samaran "Giant") dan Suneo Honekawa. Jalan cerita selalunya mengisahkan Doraemon mengeluarkan suatu peralatan untuk membantu Nobita, tetapi Nobita menyalahgunakan peralatan tersebut menyebabkan timbul pelbagai masalah dan bencana.

  • Doraemon (ドラえもん)
  • Nobita Nobi (野比のび太, Nobi Nobita)
  • Shizuka Minamoto (源静香, Minamoto Shizuka)
  • Takeshi Goda (剛田武, Gōda Takeshi) atau digelar Giant (ジャイアン)
  • Suneo Honekawa (骨川スネ夫, Honekawa Suneo)

Siri manga dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio. Semasa kemunculan julung kalinya pada Disember 1969, siri ini diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) telah menghasilkan sebanyak 45 buah tankōbon. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual. Siri ini menyasarkan peminat golongan kanak-kanak dari tadika sehingga pelajar sekolah rendah. Pada tahun 1977, majalah CoroCoro Comic mula diterbitkan dan keluaran mingguan siri Doraemon dikeluarkan dalam majalah tersebut. [5]

Siri adaptasi anime pertama Doraemon dihasilkan oleh TMS Entertainment mula ditayangkan pada 1 April sehingga 30 September 1973 di saluran Nippon TV sebanyak 25 buah episod. Selepas siri ini tamat, siri ini membuat tayangan semula pada minggu seterusnya sehingga tahun 1979.

Siri adaptasi anime kedua Doraemon dihasilkan oleh Shin-Ei Animation mula ditayangkan pada 2 April 1979 sehingga 18 Mac 2005 di saluran TV Asahi. Sebanyak 1,787 buah episod ditayangkan menjadikannya salah satu anime mempunyai paling banyak episod di Jepun.

Siri adaptasi anime ketiga Doraemon dihasilkan oleh Shin-Ei Animation dan Asatsu-DK mula ditayangkan pada 15 April 2005 sehingga kini di saluran TV Asahi. Lebih 1,000 buah episod telah ditayangkan, menjadikannya juga salah satu anime mempunyai paling banyak episod di Jepun. Siri ini menggantikan siri sebelumnya dan menaik taraf grafik watak serta pengedaran masa.[6]

Permainan video

[sunting | sunting sumber]

Persembahan muzikal

[sunting | sunting sumber]

Doraemon di luar Jepun

[sunting | sunting sumber]

Komik Doraemon terjemahan bahasa Melayu mula diterbitkan pada 1993 oleh syarikat Tora Aman yang juga menerbitkan komik ini dalam versi Bahasa Cina. Syarikat Gempak Starz mengambil alih penerbitan komik Doraemon di Malaysia pada 2017. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara bahasa Melayu yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim[7] sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang. Siri anime Doraemon mula-mula disiarkan pada 1988 di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) sehingga 29 Disember 2002 dengan waktu siaran Ahad jam 7:00 malam. Siaran anime Doraemon berpindah ke NTV7 pada 5 Januari 2003 dengan waktu siaran Sabtu 7:30 malam. Anime Doraemon juga boleh didapati dalam bentuk VCD dengan disertakan alih suara Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Speedy Video dinamakan sebagai pengedar eksklusif VCD dan DVD Doraemon sejak tahun 2003. Anime ini juga mula ditayangkan di Astro Ceria.

Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Doraemon merupakan salah satu animasi popular di Indonesia. Elex Media Komputindo telah mengeluarkan beberapa siri manga Doraemon iaitu Doraemon, Seri Peralatan Ajaib Doraemon, Doraemon Petualangan, Cerita Spesial Doraemon, Seri Ekspedisi Doraemon, Belajar Menghitung bersama Doraemon, Dorabase, The Doraemons dan Doraemon Comic Quiz. Siri anime mula ditayangkan pada 13 November 1988 sehingga kini di siaran RCTI dan juga bersiaran di SCTV Surabaya pada tahun 1990 sehingga 1993.

  1. ^ Nihon manga ka kyoukai syo, Nihon manga ka kyoukai
  2. ^ Fujiko・F・Fujio profile, Doraemon channel
  3. ^ [1]
  4. ^ Doraemon Anime Bunka Taishi-no Malaysia houmon (Raman Web Rasmi Kedutaan Jepun di Malaysia) [2]
  5. ^ S. Yada, Jason. The Rough Guide to Manga. Rough Guides. m/s. 114–115. ISBN 978-1-85828-561-0.
  6. ^ "The all-new "Doraemon" premieres on TV Asahi with an hour-long special and more". The Japan Times. 10 April 2005. Dicapai pada 16 April 2016.
  7. ^ KHADIJAH IBRAHIM (2005-07-14). "Suara-suara Doraemon, Nobita - SIAPA DIA". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2008-02-22.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Laman Web rasmi Kementerian Luar Negeri Jepun https://www.mofa.go.jp/mofaj/gaiko/culture/koryu/pop/anime/index.html