Gabenor Jeneral Filipina
Gabenor Jeneral Filipina | |||||
---|---|---|---|---|---|
Gobernador y Capitán General de Filipinas Gobernador-Heneral ng Pilipinas フィリピン総督 | |||||
Bidang kuasa | Empayar Sepanyol | ||||
Kediaman | Fort San Pedro (1565–1572) Palacio del Gobernador (1572–1863) Istana Malacañang (1863–1945) Mansion House (1942–1945) | ||||
Dilantik oleh | Wizurai Sepanyol Baru Monarki Sepanyol Monarki Great Britain Presiden Amerika Syarikat Maharaja Jepun | ||||
Pelopor | Pelbagai, sistem barangay | ||||
Dibentuk | April 27, 1565 | ||||
Pemegang pertama | Miguel López de Legazpi (dibawah Sepanyol) Dawsonne Drake (dibawah Great Britain) Wesley Merritt (dibawah Amerika Syarikat) Masaharu Homma (dibawah Jepun) | ||||
Pemegang akhir | Diego de los Ríos (dibawah Sepanyol) Dawsonne Drake (dibawah Great Britain) Frank Murphy (dibawah Amerika Syarikat) Tomoyuki Yamashita (dibawah Jepun) | ||||
Dimansuhkan | October 6, 1945 | ||||
Digantikan oleh | High Commissioner to the Philippines (en) | ||||
Senarai | List of Governors-General of the Philippines (en) | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Gabenor Jeneral Filipina (Filipinas; Filipino: Gobernador-Heneral ng Pilipinas/Kapitan Heneral ng Pilipinas) ialah gelaran eksekutif kerajaan semasa zaman kolonial Filipina, ditadbir oleh Kota Mexico dan Madrid (1565–1898) dan Amerika Syarikat (1898–1946), dan secara singkat oleh Great Britain (1762–1764) dan Jepun (1942–1945). Mereka juga merupakan wakil eksekutif bagi kuasa pemerintah.
Pada 15 November 1935, Komanwel Filipina telah ditubuhkan sebagai kerajaan peralihan untuk mempersiapkan kemerdekaan negara daripada penguasaan Amerika. Gabenor Jeneral telah digantikan oleh bakal presiden Komanwel Filipina berbangsa Filipina, sebagai ketua eksekutif negara Filipina, mengambil alih banyak tugas-tugas gabenor jeneral. Bekas gabenor jeneral Amerika kemudiannya dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Filipina.
Dari tahun 1565 hingga 1898, negara Filipina berada dibawah pemerintahan Sepanyol. Dari tahun 1565 hingga 1821, gabenor dan kapten jeneral telah dilantik oleh Kewizuraian Sepanyol Baru atas cadangan Cortes Sepanyol dan memerintah bagi pihak monarki Sepanyol untuk mentadbir Kekapitanan Jeneral Filipina. Apabila terdapat kekosongan (cth. kematian, atau semasa tempoh peralihan antara gabenor), Real Audiencia di Manila melantik seorang gabenor sementara daripada kalangan ahlinya.
Selepas Mexico mendapat kemerdekaannya pada tahun 1821, negara itu bukan lagi dibawah Kewizuraian Sepanyol Baru (kini Mexico) dan hal ehwal pentadbiran yang dahulunya diuruskan oleh Sepanyol Baru telah dipindahkan ke Madrid dan diletakkan terus dibawah Raja Sepanyol.
Gabenor tentera Jepun (1942–1945)
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 1941, Komanwel Filipina telah diceroboh oleh Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Pada tahun berikutnya, pihak Jepun menghantar seorang gabenor tentera untuk mengawal negara itu disepanjang tempoh peperangan, diikuti oleh penubuhan rasmi Republik Filipina Kedua yang menjadi boneka dibawah Jose P. Laurel.[1]
Pada 2 September 1945, jawatan Gabenor Jeneral Filipina telah dimansuhkan. Kemerdekaan Filipina daripada Amerika Syarikat telah diisytiharkan oleh Perjanjian Manila pada 4 Julai 1946, dengan pelantikkan Manuel Roxas sebagai Presiden Filipina ke-5 dan membawa kepada Republik Filipina Ketiga.
No. | Potret | Nama | Tempoh mula | Tempoh tamat | Maharaja |
---|---|---|---|---|---|
1 | Masaharu Homma (1887–1946) |
3 Januari 1942 |
8 Jun 1942 |
Maharaja Shōwa (1926–1989) | |
2 | Shizuichi Tanaka (1887–1945) |
8 Jun 1942 |
28 Mei 1943 | ||
3 | Shigenori Kuroda (1887–1952) |
28 Mei 1943 |
26 September 1944 | ||
4 | Tomoyuki Yamashita (1885–1946) |
26 September 1944 |
2 September 1945 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Presiden Filipina
- Senarai Presiden Filipina
- Sepanyol Baru
- Audiencia
- Senarai Wizurai Sepanyol Baru
- Empayar Sepanyol
- Sejarah Filipina
- Sejarah ketenteraan Filipina
- Wilayah Amerika Syarikat
- Gabenor Jeneral
- Gobernadorcillo
Nota
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gabenor Jeneral Filipina |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Governors of the Philippines
- Cahoon, Ben (2000). "Philippines". World's Statesmen.
- Don Peterson (2007-2nd Qtr), 1898: Five Philippine Governors-General Serve Rapid Fire Terms, Philippine Philatelic Journal.
- Tanner, Dr. J.M. (1901-11). Improvement Era Vol.5 No. 1. Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints.
- Elliott, Charles Burke (1917). The Philippines: To the End of the Commission Government, a Study in Tropical Democracy. The Bobbs-Merrill Company.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Barrows, David P. (1916). "The Governor General of the Philippines Under Spain and the United States". The American Historical Review. Oxford University Press on behalf of the American Historical Association. 21 (2): 288–311. doi:10.2307/1835051. JSTOR 1835051 – melalui Jstor.
- Barrows, D.P. (2022). A History of the Philippines. DigiCat. ISBN 978-93-5462-590-9.