Bison
Bison | |
---|---|
Bison Amerika (Bison bison) | |
Bison Eropah (Bison bonasus) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Bison Hamilton Smith, 1827
|
Spesies | |
Sinonim | |
Bos |
Bison merupakan genus mamalia darat berjari genap yang besar seperti kerbau dalam keluarga Bovidae.[1] Spesies-spesies ini mempunyai ponok besar dan tinggi, leher yang rendah dan tanduk-tanduk pendek.[2]:1 Genus ini mempunyai dua spesies yang masih wujud iaitu Bison bison yang ditemukan di lembah-lembah sungai dan padang-padang rumput Amerika Utara, dan spesies Bison bonasus yang ditemukan di hutan-hutan jarang dan semak samun di benua Eropah.[1]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Badan
[sunting | sunting sumber]Bison bonasus lebih tinggi berukuran 2.1 meter[3] daripada Bison bison yang berukuran 2 m tinggi.[4][5] B. bison pula mempunyai berat antara 400 hingga 1,270 kilogram (880 hingga 2,800 paun)[5][6] lebih tinggi daripada Bison bonasus dari 800 hingga 1,000 kg (1,800 hingga 2,200 lb).[7] Badan spesies-spesies Bison sangat besar, berotot dan penuh dengan bulu panjang dan kasar; badan spesies B. bison lebih banyak bulu daripada badan spesies B. bonasus.
Belakangnya mempunyai ponok yang tinggi kerana ruas-ruas tulang belakang atas badannya mempunyai cuaran yang panjang dan dibalut otot.[2]:1
Kepala
[sunting | sunting sumber]Tanduk spesies Bison bonasus lebih bengkok seperti sepit ketam berbanding tanduk B. bison yang membolehkannya berlaga tanduk dengan individu-individu jantan lain.[8]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Spesies-spesies Bison suka berkubang atau bergelimang debu dalam lubang-lubang tanah yang cetek untuk membersihkan diri daripada gigitan serangga seperti kutu dan menyejukkan badan.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 689–690. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ a b Meagher, Mary (16 Jun 1986). "Bison bison" (PDF). Mammalian Species (266): 1–8.
- ^ Semenov, U.A. (2014). "The Wisents of Karachay-Cherkessia". Proceedings of the Sochi National Park. KMK Scientific Press. 8: 23–24. ISBN 978-5-87317-984-8.
- ^ Gennady G. Boeskorov, Olga R. Potapova, Albert V. Protopopov, Valery V. Plotnikov, Larry D. Agenbroad, Konstantin S. Kirikov, Innokenty S. Pavlov, Marina V. Shchelchkova, Innocenty N. Belolyubskii, Mikhail D. Tomshin, Rafal Kowalczyk, Sergey P. Davydov, Stanislav D. Kolesov, Alexey N. Tikhonov, Johannes van der Plicht, 2016, The Yukagir Bison: The exterior morphology of a complete frozen mummy of the extinct steppe bison, Bison priscus from the early Holocene of northern Yakutia, Russia, pp.7, Quaternary International, Vol.406 (25 June 2016), Part B, pp.94-110
- ^ a b "American Bison". Wildlife Guide. National Wildlife Federation. Dicapai pada 4 November 2024.
- ^ Berger, Joel; Cunningham, Carol (1994). Bison: mating and conservation in small populations. Columbia University Press. m/s. 162. ISBN 978-0-231-08456-7.
- ^ Hendricks, Kassondra. "Bison bonasus (European bison)". Animal Diversity Web. Universiti Michigan. Dicapai pada 4 November 2024.
- ^ Lott, Dale F. (2003). American Bison: A Natural History. University of California Press. m/s. 66. ISBN 978-0-520-24062-9.
- ^ McMillan, B. R.; Cottam, M. R.; Kaufman, D. W. (2000). "Wallowing Behavior of American Bison (Bos bison)". American Midland Naturalist. 144 (1): 159–167. doi:10.1674/0003-0031(2000)144[0159:wboabb]2.0.co;2. JSTOR 3083019. S2CID 86223655.