Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Beridin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beridin
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Arecales
Keluarga: Arecaceae
Genus: Caryota
Spesies:
C. mitis
Nama binomial
Caryota mitis
Lour.
Sinonim[1]
Senarai
    • Caryota furfuracea Blume ex Mart.
    • C. griffithii Becc.
    • C. griffithii var. selebica Becc.
    • C. javanica Zipp. ex Miq.
    • C. nana Linden
    • C. propinqua Blume ex Mart.
    • C. sobolifera Wall. ex Mart.
    • C. sobolifera Wall.
    • C. speciosa Linden
    • Drymophloeus zippellii Hassk.
    • Thuessinkia speciosa Korth.

Beridin, dudur, dudar, duduk, sarai, tukas dan rotan tukas (Caryota mitis)[2][3][4][5] ialah spesies palma yang tumbuh asli di kawasan-kawasan tropika Asia dari India ke selatan China hingga Java; spesies ini juga diperkenalkan di Florida dan sebahagian Afrika dan Amerika Latin.[6][7][8][9][10] spesies ini asalnya digambarkan di Vietnam pada 1790.[11] Di Florida, ia tumbuh di banggul dan kawasan hutan terusik.[12]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama beridin (Jawi: بريدين) digunakan di Melaka dan Aceh.[5]

Nama duduk (Jawi: دودوق) digunakan di Sabah.[4]

Nama sarai digunakan di Indonesia.

Beridin dikenal dengan bermacam-macam nama setempat Nusantara lain, seperti:[5][13][14]

  • andudur (Btk.),
  • risi (Palemb.),
  • sarai, sukawung leutik, suwangkung leutik (Sund.),
  • gĕnduru (Jw.),
  • ghanduru (Mad.),
  • bulang talang, bulang telang (Kalteng),
  • panisi (Bug.).

Justus Karl Hasskarl berbeza pendapat dengan Heyne; menurutnya, selain beridin, spesies ini dikenal juga dengan nama sarowai, dan kalombu.[5]

Pokok beridin merumpun dan tumbuh mencapai tinggi 15 m, batangnya membentuk serabut hitam.[14][15]

Setangkai daun pokok terdiri daripada anak daun berbentuk sirip ekor ikan yang banyak dan disusun berturut-turut.[16] Panjang seluruh daunnya berukuran 4–9 kaki (1.2–2.7 m), tumbuh menyebar, dan memanjang ke atas dengan warna hijau berkilauan. Anak-anak daun berukuran 4–7 inci (10–18 cm), berbentuk miring agak runcing dan bergerigi. Bahagian atas daun, terlebih tepinya, tumpul, dan bergerigi.[15]

Jambaknya malai yang tergantung,[14] muncul dari bawah daun atau keluar dari tengah-tengah batang.[17] Perbungaannya tergolong sebagai bulir yang bertandan dan bercabang, dan perbungaan pertama tumbuh di dekat hujung batang, dan perbungaan lebih muda yang lain tumbuh di bawah batang secara teratur dan berturut-turut. Bunga jantan berjumlah banyak, panjangnya ¼ inci, berwarna merah daging dengan titik merah. Bunga kecilnya berbentuk cawan yang terdiri daripada 8 kelopak. Sedangkan itu, sulur bunga berjumlah banyak, dan tangkai sarinya berkumpul pada dasar bunga. Bunga betina mekar hampir bersamaan dengan bunga betina. Warna bunga ungu hingga merah kecoklatan.

Buahnya berdiameter ½ inci, bulat, berwarna merah dan menjadi merah tua sewaktu tua. Daging buah rapuh, dan agak berserabut. Biji berbentuk bulat.[14][15][17] Buah, batang dan daun mengandungi kristal oksalat yang menyebabkan gatal di kulit dan mata yang menghilang perlahan secara sendirinya selama 12 jam.[17]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Beridin dapat dijumpai di Semenanjung Melayu, Jawa (terutama di bawah ketinggian 1300 mdpl dan bahagian timur[5]), dan Sulawesi Utara. Di Kalimantan, ada tumbuhan mirip beridin dengan anak daun yang lebih tebal dan besar, dan bentuknya cekung. Beridin dapat dijumpai di hutan-hutan dataran rendah, umumnya menempati tempat yang tak terlalu terbuka.[14]

Di luar Indonesia, beridin tumbuh di Burma, Arakan di selatan, Pulau Pinang, dan Kepulauan Andaman. Kerchove de Denterghem–dikutip oleh E. Blatter (1913)–berpendapat bahawa tumbuhan ini berasal dari Tibet, dan Tanah Melayu. Tapi, E. Blatter tidak pernah mendapati tumbuhan ini berhasil diamati di Tibet.[15]

Dalam perubatan tradisional, ia digunakan bagi mengubati mereka yang terkena santau.

Sebagai sumber makanan

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini juga dibuat tepung putih dengan sifat yang menyerupai sagu di Sarawak (di tempat inilah Beccari menemukan tumbuhan ini), Bangka-Belitung, dan Semenanjung Melayu. Walaupun rasanya agak pahit, ia tetap dimakan terutamanya saat kekurangan bekalan makanan..[16][5]

Daripada batangnya yang besar, hitam, dan kuat, ia digunakan sebagai roda. Masyarakat Palembang mengeringkan serat batangnya untuk dijadikan semacam kain yang berspan bagi menutup badan pencuri pada zaman dahulu apabila hendak mencuri.[5] Ia dapat juga digunakan sebagai tanaman hiasan.[14]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Caryota mitis Lour". World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 3 September 2023.
  2. ^ "Caryota mitis". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "Tumbuh-Tumbuhan Penyebab Dermatitis". Dewan Kosmik.
  4. ^ a b Lee, Y. F. (2005). Preferred Check-list of Sabah Trees (PDF). Jabatan Perhutanan Sabah. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Oktober 2014. Dicapai pada 23 November 2014.
  5. ^ a b c d e f g Heyne, Karel (1922). De nuttige planten van Nederlandsch-Indië (dalam bahasa Belanda). 1. Batavia: Ruygrok & Co. m/s. 392.
  6. ^ Berendsohn, W.G., A. K. Gruber & J. A. Monterrosa Salomón. 2012. Nova Silva Cuscatlanica. Árboles nativos e introducidos de El Salvador. Parte 2: Angiospermae – Familias M a P y Pteridophyta. Englera 29(2): 1–300.
  7. ^ Idárraga-Piedrahita, A., R. D. C. Ortiz, R. Callejas Posada & M. Merello. (eds.) 2011. Flora de Antioquia: Catálogo de las Plantas Vasculares 2: 9–939. Universidad de Antioquia, Medellín.
  8. ^ Linares, J. L. 2003 [2005]. Listado comentado de los árboles nativos y cultivados en la república de El Salvador. Ceiba 44(2): 105–268.
  9. ^ Molina Rosito, A. 1975. Enumeración de las plantas de Honduras. Ceiba 19(1): 1–118.
  10. ^ ORSTOM. 1988. List of Vascular Plants of Gabon with Synonymy, Herbier National du Gabon, Yaounde.
  11. ^ Loureiro, João de. Flora Cochinchinensis 2: 569–570. 1790.
  12. ^ Wunderlin, R. P. 1998. Guide to the Vascular Plants of Florida i–x, 1–806. University Press of Florida, Gainesville.
  13. ^ de Clerq, Frederik Sigismund Alexander; Greshoff, Maurits (1909). Nieuw plantkundig woordenboek voor Nederlandsch-Indië. hal.195. Amsterdam:J.H. de Bussy.
  14. ^ a b c d e f Sastrapradja, S.; Mogea, J.P.; Sangat, H.M.; Afriastini, J.J. (1981). Palem Indonesia. 13:104 – 105. Jakarta:LBN - LIPI bekerjasama dengan Balai Pustaka.
  15. ^ a b c d Blatter, Ethelbert (1913). Millard, W.S.; Spence, R.A.; Kinnear, N.B. (penyunting). "Palms of British-India and Ceylon". Journal of Bombay Natural History Society. 22 (1): 67 –&#32, 86.
  16. ^ a b Tan, Ria (October 2016). "Fishtail palm". Wild Singapore. Dicapai pada 3 September 2023.
  17. ^ a b c "Caryota mitis". Globinmed. Dicapai pada 14 Oktober 2013.