Bahasa Telugu
Bahasa Telugu | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
తెలుగు | |||||||
Asli kepada | India | ||||||
Kawasan | Andhra Pradesh dan negeri jiran,sejumlah kecil di malaysia,united kingdom dan amerika syarikat | ||||||
Penutur bahasa | 66 juta asli, 80 juta jumlah | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | India | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | te | ||||||
ISO 639-2 | tel | ||||||
ISO 639-3 | tel | ||||||
|
Telugu (తెలుగు) tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di negeri Andhra Pradesh, India. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur yang terbesar di dunia,dan bahasa kedua terbesar yang dituturi di India selepas Hindi dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India. Orang Inggeris abad ke-19 memanggil ia Itali Timur laksana semua perkataan dalam Telugu diakhiri dengan bunyi vokal, tetapi ia dipercayai yang penjelajah Portugis Niccolò Da Conti datang dengan formulasi itu pada abad ke-15. Diluar india bahasa Telugu dituturkan oleh kaum india berketurunan Telugu di Fiji,United Kingdom,Amerika Syarikat,Malaysia dan Afrika Selatan.
Penjajah inggeris telah membawa buruh-buruh Telugu berhijrah dari Andhara Pradesh ke Malaysia dan Singapura untuk berkerja disektor perladangan, perniagaan dan penternakan. Segelintir lagi berhijrah ke Burma untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Bahasa Telugu masih wujud dinegeri-negeri ini hingga kegenerasi hari ini. Banyak persatuan serta syarikat persendirian hari ini berusaha untuk mengekalkan bahasa ini yang dikategorikan minoriti. Walau bagaimanapun, hari ini bahasa Telugu boleh dikatakan tersebar ke seluruh dunia terutamanya negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Swizerland, Australia, New Zealand dan banyak lagi. Banyak majlis serta hari-hari kebudayaan Telugu dirayakan diserata dunia.
Wikipedia Bahasa Telugu, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Bahasa tanpa kod warna keluarga
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Tunas bahasa
- Bahasa
- Bahasa Dravidia
- Bahasa dari India
- Bahasa di Malaysia