Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa Melayu Cocos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melayu Kepulauan Cocos
Basa Pulu Cocos
Asli kepada Kepulauan Cocos (Keeling)
Kawasan Kepulauan Cocos (Keeling)
 Sabah
EtnikMelayu Cocos
Penutur bahasa
(1,100 setakat 1987)
Kreol berasaskan Melayu
Kod bahasa
ISO 639-3coa
Glottologcoco1260
ELPCocos Islands Malay

Bahasa Melayu Cocos ialah ragam bahasa Betawi dalam rumpun Melayu yang ditutur oleh orang Melayu Cocos dari Pulau Selma, Pulau Krismas, dan mereka yang asalnya dari Kepulauan Cocos.

Bahasa Melayu Cocos dihasilkan daripada kreol Melayu terutamanya bahasa Betawi,[1] dengan pengaruh bahasa Jawa tambahan yang kuat. Bahasa Betawi ditawarkan sebagai bahasa kedua di sekolah, dan bahasa Indonesia mempunyai status yang prestiji; kedua-duanya mempengaruhi bahasa ini.[2][3] Terdapat juga pengaruh membesar bahasa Inggeris, memandangkan Kepulauan tersebut menjadi wilayah Australia dan globalisasi menghanyutkan istilah moden ke dalam bahasa harian. Pada tahun 2009, pelajar Melayu Cocos dilarang menggunakan bahasa mereka dan mereka yang melanggar peraturan ini akan didenda dalam bentuk "tiket bercakap" yang bermaksud mereka dikehendaki menjalankan kerja membersih di sekolah.[4] Walau bagaimanapun, bentuk sekatan bahasa ini ditamatkan pada tahun 2011.[5]

Ia mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Cucut (kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦕꦸꦕꦸꦠ꧀, translit. cucut, lit. 'jerung')
  2. Kates (kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦏꦠꦺꦱ꧀, translit. kates, lit. 'betik')
  3. Walikat (kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦮꦭꦶꦏꦠ꧀, translit. walikat, lit. 'tulang kipas')
  4. Ong (berasal daripada bahasa Jawa: ꦮꦺꦴꦁ, translit. wong, lit. 'orang', bentuk majmuk tidak pasti diri ketiga; ditutur seperti dalam bahasa Betawi, bahasa Jawa, dan bahasa Indonesia)[6]
  1. Gua (untuk mufrad diri pertama, dalam Melayu: saya)[n 1]
  2. Lu (untuk mufrad diri kedua, dalam Melayu: awak)[n 2][n 3]
  3. Kasi (kata kerja kausatif, dalam Melayu: memberi)
  4. Ada (ragam partikel progresif)
  5. Punya (kata penunjuk milik)
  1. Siang (dalam Melayu: tengah hari)
  2. Sore (dalam Melayu: petang[n 4])
Depan Tengah Belakang
Tinggi i u
Tengah e ə o
Rendah a
Dwibibir Gigi Gusi Belakang
gusi
Lelangit Velar Uvular Glotis
Letupan &
letusan
p       b t̪               d tʃ     dʒ k       g       (ʔ)
Sengau         m         n       ɲ         ŋ
Geseran s               ʁ       (h)2
Malaran         w       j
Malaran
sisian
      l

Terdapat tiga cara penyebutan bahasa Melayu Cocos yang berbeza dengan bahasa Indonesia dan Melayu Pasar:[7]

  1. Bunyi uvular [ʁ] yang selalu berlaku antara vokal hadir dalam bahasa Melayu Cocos tetapi tidak dalam bahasa Indonesia dan Melayu Pasar.
  2. Konsonan tertentu, [f v ʃ z], yang berlaku dalam bahasa Indonesia tidak hadir dalam bahasa Melayu Cocos.
  3. Berkaitan dengan bunyi [h] dalam tiga bahasa ini, bunyi [h] dalam bahasa Melayu Cocos selalu digugurkan terutamanya dalam kedudukan awal perkataan. Contohnya termasuk:
Indonesia Melayu Cocos
[ˈhisap˺] [ˈisap˺]
[ˈhuta̪ n] [ˈuta̪ n]
[ˈhiduŋ] [ˈiduŋ]
[ˈhaus] [ˈaus]
  1. ^ kata "gua" dalam bahasa Betawi ialah kata pinjaman daripada bahasa masyarakat Hokkien Batavia
  2. ^ kata "lu" dalam bahasa Betawi ialah kata pinjaman daripada bahasa masyarakat Hokkien Batavia
  3. ^ kata "awak" dalam bahasa Melayu ialah kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦲꦮꦏ꧀, translit. awak
  4. ^ perkataan 'petang' dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Jawa: ꦥꦼꦠꦼꦁ, translit. pêtêng
  1. ^ Wurm, Mühlhäusler, & Tryon, Atlas of languages of intercultural communication in the Pacific, Asia and the Americas, 1996:686
  2. ^ Ansaldo, 2006. "Cocos (Keeling) Islands: Language Situation". In Keith Brown, penyunting (2005). Ensiklopedia Bahasa dan Linguistik (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Elsevier. ISBN 0-08-044299-4. OCLC 1097103078. OL 9978832M.
  3. ^ "The culture and language of Cocos Keeling Islands" [Budaya dan bahasa Kepulauan Cocos Keeling]. cocoskeelingislands.com.au (dalam bahasa Inggeris). Australian Government [Kerajaan Australia]. Tafsiran moden diberikan dalam Bahasa Indonesia dengan beberapa penyesuaian dengan penggunaan tempatan
  4. ^ Bunce, Pauline (2012). Out of Sight, Out of Mind… and Out of Line: Language Education in the Australian Indian Ocean Territory of the Cocos (Keeling) Islands. Multilingual Matters. m/s. 37–59. ISBN 978-1-84769-749-3.
  5. ^ Welsh, Alistair (2015). "Cocos Malay language since integration with Australia". Shima: the international journal of research into island cultures. 9 (1).
  6. ^ Alexander Adelaar, 1996. "Malay in the Cocos (Keeling) Islands 1996".
  7. ^ a b c Soderberg, Craig D. (2014). "Cocos Malay". Journal of the International Phonetic Association. 44 (1).