Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa-bahasa Hellenik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hellenik
Yunani
Taburan
geografi:
Yunani, Cyprus, Itali, Anatolia dan rantau Laut Hitam
Klasifikasi bahasa:Indo-Eropah
Bahasa-proto:Bahasa Yunani Purba
Pembahagian:
ISO 639-5:grk
Linguasphere:56= (filozon)
Glottolog:gree1276[2]

Hellenik ialah cabang rumpun bahasa Indo-Eropah dengan anggota utamanya bahasa Yunani.[3] Dalam kebanyakan pengelasan, cabang Hellenik hanya mengandungi bahasa Yunani sahaja,[4][5] tetapi sesetengah ahli bahasa menggunakan istilah Hellenik sebagai rumpun yang merangkumi bahasa Yunani dan variasi-variasi lain yang dipercayai berkait tetapi cukup berbeza untuk menjadi bahasa tersendiri, sama ada di kalangan bahasa-bahasa purba sejiran[6] atau salah satu variasi bahasa Yunani moden.[7]

Yunani dan Makedonia purba

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan catatan bertulis di Makedonia purba ditulis dalam bahasa Yunani Attik (kemudiannya dalam bahasa Yunani Koine),[8][9] namun bahasa daerah juga digunakan di Makedonia, ditemui pada nama, glosari purba dan batu-batu bersurat yang ditemui di Makedonia, seperti loh sumpahan Pella.[10][11][12] Variasi tempatan ini biasanya dikelaskan oleh pakar sebagai sejenis dialek Yunani Dorik Barat Laut,[nota 1] dan kadangkala sebagai dialek Yunani Aeolia[nota 2] atau bahasa menjadi/saudara bahasa Yunani yang tersendiri.[nota 3] Sesetengah pakar mencadangkan semua bahasa ini dikelompokkan dalam satu rumpun yang dipanggil "Hellenik," yang merangkumi bahasa Makedonia purba bersama dengan bahasa Yunani.[6][24]

Bahasa-bahasa Hellenik moden

[sunting | sunting sumber]

Di samping itu, sesetengah ahli bahasa menggunakan "Hellenik" bagi bahasa Yunani moden dan bahasa-bahasa moden lain yang berkait tetapi dianggap bahasa tersendiri kerana tiada kesalingfahaman antara penutur kedua-dua bahasa.[25] Status "bahasa tersendiri" ini kerap melabelkan bahasa Tsakonas,[25] yang dipercayai turun daripada bahasa Dorik dan bukan Yunani Attik, serta bahasa Yunani Pontus dan Kappadokia di Anatolia.[26] Variasi Griko dan Italiot bahasa Yunani yang dituturkan di Itali selatan juga tidak begitu difahami oleh penutur bahasa Yunani biasa.[27] Sesetengah pakar juga menganggap bahasa Yunani Cyprus sebagai bahasa yang tersendiri tetapi ini tidak begitu mudah disokong.[28] Sebaliknya, bahasa Yevanik (Yahudi Yunani) boleh difahami oleh penutur bahasa Yunani biasa tetapi ia kadangkala dianggap sebagai bahasa yang berasingan disebabkan perbezaan etnik dan budaya.[28] Secara amnya, ahli linguistik Yunani menganggap semua variasi ini sebagai dialek satu bahasa.[4][29][30]

Pohon bahasa

[sunting | sunting sumber]
Hellenik 
 Greek 
 IoniaAttik 

Yunani Moden Baku

Yevanik

Bahasa Yunani Cyprus

Bahasa Yunani Cappadocia

Pontus

Bahasa Yunani Krimea (Mariupolis)

Romano-Yunani (bahasa campuran)

Bahasa Yunani Italiot (diperdebatkan) 

Griko (dipengaruhi Dorik)

Yunani Calabria

Aeolia

Arcadocyprus † (berkait dengan bahasa Mikenai?)

Pamphylia

Mikenai

 Dorik 

Tsakonia (Koine dipengaruhi Dorik?; amat terancam)

(?) Makedonia Purba


Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Hellenik merupakan cabang keluarga bahasa Indo-Eropah. Bahasa-bahasa purba yang mungkin paling rapat dengannya—bahasa Makedonia purba[31][32] (sama ada dialek Yunani kuno atau bahasa Hellenik yang tersendiri) dan Frigia,[33] tidak terakam dengan cukup bagus untuk dibandingkan dengan terperinci. Daripada semua bahasa Indo-Eropah yang masih dituturkan sehingga kini, bahasa Yunani sering dikatakan paling berkait rapat dengan bahasa Armenia[34] (lihat juga bahasa Greko-Armenia) dan bahasa Indo-Iran (lihat Graeco-Aryan).[35][36]

  1. ^ Dipelopori oleh Friedrich Wilhelm Sturz (1808),[13] dan disokong oleh Olivier Masson (1996),[14] Michael Meier-Brügger (2003),[15] Johannes Engels (2010),[16] J. Méndez Dosuna (2012),[17] Joachim Matzinger (2016),[18] Emilio Crespo (2017),[11] Claude Brixhe (2018)[19] and M. B. Hatzopoulos (2020).[13]
  2. ^ Dicadangkan oleh August Fick (1874),[14] Otto Hoffmann (1906),[14] N. G. L. Hammond (1997)[20] dan Ian Worthington (2012).[21]
  3. ^ Dicadangkan oleh Georgiev (1966),[22] Joseph (2001)[6] and Hamp (2013).[23]
  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Graeco-Phrygian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Greek". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  3. ^ Dalam konteks lain, "Hellenik" dan "Yunani" secara amnya adalah sinonim.
  4. ^ a b Browning (1983), Medieval and Modern Greek, Cambridge: Cambridge University Press.
  5. ^ Joseph, Brian D. and Irene Philippaki-Warburton (1987): Modern Greek.
  6. ^ a b c Joseph, Brian D. (2001). "Ancient Greek". Dalam Garry, Jane; Rubino, Carl; Bodomo, Adams B.; Faber, Alice; French, Robert (penyunting). Facts about the World's Languages: An Encyclopedia of the World's Major Languages, Past and Present (dalam bahasa Inggeris). H. W. Wilson Company. m/s. 256. ISBN 9780824209704. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Joseph2001" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ David Dalby.
  8. ^ Joseph Roisman; Ian Worthington (7 Julai 2011). A Companion to Ancient Macedonia. John Wiley & Sons. m/s. 94. ISBN 978-1-4443-5163-7. Banyak inskripsi awam dan persendirian yang masih elok menunjukkan bahawa dalam kerajaan Makedonia tidak ada bahasa tulisan yang dominan, cuma Attik baku dan kemudiannya koine Yunani.
  9. ^ Lewis, D. M.; Boardman, John (2000). The Cambridge ancient history, 3rd edition, Volume VI. Cambridge University Press. m/s. 730. ISBN 978-0-521-23348-4.
  10. ^ Sarah B. Pomeroy, Stanley M. Burstein, Walter Donlan, Jennifer Tolbert Roberts, A Brief History of Ancient Greece: Politics, Society, and Culture, Oxford University Press, 2008, m/s 289
  11. ^ a b Crespo, Emilio (2017). "The Softening of Obstruent Consonants in the Macedonian Dialect". Dalam Giannakis, Georgios K.; Crespo, Emilio; Filos, Panagiotis (penyunting). Studies in Ancient Greek Dialects: From Central Greece to the Black Sea. Walter de Gruyter. m/s. 329. ISBN 978-3-11-053081-0.
  12. ^ Hornblower, Simon (2002). "Macedon, Thessaly and Boiotia". The Greek World, 479-323 BC (ed. ke-3). Routledge. m/s. 90. ISBN 0-415-16326-9.
  13. ^ a b Hatzopoulos, Miltiades B. (2020). "The speech of the ancient Macedonians". Ancient Macedonia (dalam bahasa Inggeris). De Gruyter. m/s. 64, 77. ISBN 978-3-11-071876-8.
  14. ^ a b c Masson, Olivier (2003). "[Ancient] Macedonian language". Dalam Hornblower, Simon; Spawforth, Antony (penyunting). The Oxford Classical Dictionary (dalam bahasa Inggeris) (ed. revised 3rd). Oxford University Press. m/s. 905–906. ISBN 978-0-19-860641-3.
  15. ^ Michael Meier-Brügger, Indo-European linguistics, Walter de Gruyter, 2003, p.28,on Google books
  16. ^ Roisman, Worthington, 2010, "A Companion to Ancient Macedonia", Chapter 5: Johannes Engels, "Macedonians and Greeks", m/s 95
  17. ^ Dosuna, J. Méndez (2012). "Ancient Macedonian as a Greek dialect: A critical survey on recent work (Greek, English, French, German text)". Dalam Giannakis, Georgios K. (penyunting). Ancient Macedonia: Language, History, Culture. Centre for Greek Language. m/s. 145. ISBN 978-960-7779-52-6.
  18. ^ Matzinger, Joachim. "Die Altbalkanischen Sprachen" (2016).
  19. ^ Brixhe, Claude (2018). "Macedonian". Dalam Klein, Jared; Joseph, Brian; Fritz, Matthias (penyunting). Handbook of Comparative and Historical Indo-European Linguistics (dalam bahasa Inggeris). 3. De Gruyter. m/s. 1862–1867. ISBN 978-3-11-054243-1.
  20. ^ Hammond, N.G.L (1997). Collected Studies: Further studies on various topics (dalam bahasa Inggeris). A.M. Hakkert. m/s. 79.
  21. ^ Worthington, Ian (2012). Alexander the Great: A Reader (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 71. ISBN 978-1-136-64003-2.
  22. ^ Vladimir Georgiev, "The Genesis of the Balkan Peoples", The Slavonic and East European Review 44:103:285-297 (Julai 1966)
  23. ^ Eric Hamp & Douglas Adams (2013) "The Expansion of the Indo-European Languages", Sino-Platonic Papers, jil 239.
  24. ^ "Ancient Macedonian". MultiTree: A Digital Library of Language Relationships. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2013.
  25. ^ a b Salminen, Tapani (2007). "Europe and North Asia". Dalam Moseley, Christopher (penyunting). Encyclopedia of the World's Endangered Languages. London: Routledge. m/s. 211–284.
  26. ^ Ethnologue: Family tree for Greek.
  27. ^ N. Nicholas (1999), The Story of Pu: The Grammaticalisation in Space and Time of a Modern Greek Complementiser.
  28. ^ a b Joseph, Brian; Tserdanelis, Georgios (2003). "Modern Greek". Dalam Roelcke, Thorsten (penyunting). Variationstypologie: Ein sprachtypologisches Handbuch der europäischen Sprachen. Berlin: de Gruyter. m/s. 836.
  29. ^ G. Horrocks (1997), Greek: A History of the Language and its Speakers.
  30. ^ P. Trudgill (2002), Ausbau Sociolinguistics and Identity in Greece, dalam: P. Trudgill, Sociolinguistic Variation and Change, Edinburgh: Edinburgh University Press.
  31. ^ Roger D. Woodard.
  32. ^ Benjamin W. Fortson.
  33. ^ Johannes Friedrich.
  34. ^ James Clackson.
  35. ^ Benjamin W. Fortson.
  36. ^ Henry M. Hoenigswald, "Greek," The Indo-European Languages, ed.