Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ali Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ali Rahman
Kelahiran
Mohd Ali Abd Rahman

1926
Meninggal dunia17 Mac 2008
Terkenal keranaSumpah Orang Minyak

Ali Rahman (1926 – 2008) merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon filem hitam-putih Melayu.[1], [2]

Ali Rahman memulakan kerjaya di bidang perfileman dengan menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem dan kemudiannya muncul sebagai hero dalam filem Derita arahan L. Krishnan (sekarang bergelar Datuk).

Selepas mendapat kepercayaan pengarah filem ketika itu, Ali Rahman terus membintangi filem-filem keluaran Shaw Malay Film Productions atau Shaw Brothers antaranya filem Aladdin dan Rayuan Sukma.

Selepas penutupan studio Shaw Brothers pada tahun 1967, dia seperti kebanyakan pelakon filem lain dari Singapura telah menyambung semula perjuangan seni di Studio Merdeka, Hulu Klang, Selangor.

Antara filem yang dibintanginya di Studio Merdeka ialah filem Sitora Harimau Jadian, Damak dan Dajal Suchi.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 2001, beliau telah menerima Anugerah Pelakon Veteran Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-15 (FFM 15), yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada majlis yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.[4]

Pada akhir hayatnya Ali Rahman mengidap penyakit kencing manis dan sering masuk ke hospital. Ali Rahman meninggal pada 17 March 2008 pada 11.15 pm. Pengkebumiannya dihadiri oleh Jins Shamsudin.

  1. ^ "Mariam, Ali Rahman terima anugerah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
  2. ^ Ali Rahman
    Actor
  3. ^ Khatijah
    Lagu Melayu klasik. Vol. 1
  4. ^ "Mariam, Ali Rahman terima anugerah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]