Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Actorlympics TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Actorlympics TV
GenreKomedi, sketsa
Dibangunkan oleh
Vision Works
PengarahAfdlin Shauki
Dibintangi oleh
Afdlin Shauki
Douglas Lim
Nell Ng
Reza Zainal Abidin
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifAfdlin Shauki
Tempoh siaran30 minit setiap episod
Penyiaran
Saluran asalntv7
Siaran asal16 Januari - 16 April 2008

Actorlympics TV ialah sebuah siri sketsa yang berasaskan teater pentas popular Actorlympics, di mana barisan pelakonnya trlibat dalam pelbagai jenis permainan ragam yang memerlukan mereka beraksi spontan berpandukan tema, objek atau pembayang yang tertentu. Actorlympics TV diacarakan oleh Afdlin Shauki dan dibantu oleh Douglas Lim, Din Beramboi, Nell Ng dan Reza Zainal Abidin, dan setiap minggu menyaksikan seorang pelakon jemputan.

Siri Actorlympics TV hanya bertahan selama satu musim, disambungi oleh siri Spontan di Astro Warna.

Dalam setiap episod, para peserta bermain tiga permainan yang berbeza. Pemilihan dan susunan permainan setiap episod tidak mengikut apa-apa format yang tertentu. Selalunya permainan memerlukan topik dan para pemain bertanya kepada penonton di studio topik apa yang harus dibincangkan dalam permainan.

Biasanya dalam setiap permainan, hanya sehingga empat daripada kelima-lima orang pemain (termasuk pengacara) boleh bermain sekali; kerana seorang lain perlu menjaga pembaz untuk "mengadili" permainan.

Selepas selesainya ketiga-tiga permainan, seorang "juara" dipilih antara mereka menurut penilaian yang sembarangan dan menikmati testimonial daripada peserta-peserta lain.

Permainan

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah permainan-permainan yang dimainkan setakat ini, disertakan huraian masing-masing:

Berdiri membongkok duduk
Tiga orang bermain sekali bersketsa mengikut tema yang diberi, seorang perlu berposisi berdiri, seorang membongkok dan seorang lagi duduk. Seorang boleh menukar posisi, contohnya dari berdiri ke membongkok atau duduk, tetapi pada masa yang sama, pemain lain harus turut menukar posisi, jika tidak kena cemuhan penonton.
Cerita berabjad
Seorang penonton memberi tema dan huruf permulaan, seorang pemain harus memulakan ayat dengan huruf itu, dan pemain seterusnya harus membalas dengan ayat yang bermula dengan huruf seterusnya. Proses ini berulangan sehingga kesemua 26 huruf selesai; ayat "Z" diikuti ayat "A", dan ayat terakhir harus bermula dengan huruf yang sama dengan ayat pertama.
Dialog dalam baldi
Pemain memetik kertas dari sebuah baldi dan perlu membaca dialog-dialog yang tertera dalam kertas-kertas tersebut sambil menyesuaikannya dengan situasi yang diberi.
Genre
Seorang penonton menyatakan tajuk sesebuah filem/rancangan TV untuk dilakon semula oleh para pemain. Pemain-pemain melakonkan semula suatu babak filem/rancangan itu setepatnya boleh, sebelum seorang pemain lain melaungkan genre lain untuk para pelakon mengubah suai lakonan mereka dengan genre itu.
Jamuan petang Cik Kalsom
Seorang pemain perlu meneka watak yang dibawa oleh pemain-pemain lain yang menyertai "jamuan". Huraian setiap pemain yang membawa watak tetamu ditetapkan dalam satu ungkapan dan peserta yang meneka harus cuba meneka ungkapan itu dengan tepat.
Jangan bergerak
Dua orang memulakan permainan ini dalam posisi yang ditentukan penonton, lalu membuat sketsa pertama. Mana-mana pemain meneriak "freeze" untuk menghentikan gerakan lalu seorang lagi pemain tiba untuk mengganti tempat seorang pemain sedia ada dan membuat sketsa baru. Proses ini berulang sehingga pembaz ditekan.
Mereka-reka (dahulunya "Ciptaan")
Empat orang pemain dibahagi kepada dua pasangan, setiap pasangan diberi prop untuk mereka jadikan "barang lain" berasaskan bentuk prop itu. Setiap "rekaan" yang masuk akal meraih satu mata, manakala yang tidak masuk akal pula menghadapi sorakan "bu" penonton. Pembaz dibunyikan menandakan bertukar giliran.
Pemberita berkepala 3
Tiga orang pemain berapat dengan satu sama lain untuk membentuk seorang "pemberita berkepala tiga". Berpandukan "berita" yang diberi seorang penonton dan satu lagi "berita" yang diberi seorang pemain lain, setiap "kepala" bergilir-gilir menyebut satu perkataan sahaja.
Penterjemahan
Berdasarkan tema yang diberi seorang penonton, seorang pemain bertutur dalam "bahasa yang asing sekali" (sebenarnya meraban) sambil membuat bahasa gerak-geri agar mudah untuk seorang lagi pemain "menterjemahkan" percakapannya.
Soal-menyoal
Seorang penonton menyatakan satu situasi tertentu untuk dilakonkan para pemain, dan dalam situasi tersebut para pemain tidak boleh mengatakan apa-apa ayat selain pertanyaan. Mana-mana pemain yang menyebut selain pertanyaan dikenakan pembaz.
Tangan
Dua orang pemain berkongsi sehelai jubah, seorang pemain berada di belakang pemain lain mengawal tangan tanpa dapat melihatnya sementara pemain di hadapan memberi arahan. Pemain diberi barang-barang yang ditutup tudung dan hanya boleh dibuka sebaik permainan bermula, dan sepasang tangan peserta di belakang itulah yang memegang barang-barang berkenaan tanpa dipengaruhi pemain di hadapan selain suaranya.
# Tarikh Tetamu Permainan "Juara" Huraian lain
1 16 Januari 2008 Joanna Bessey
  1. Penterjemahan: Cara-cara menghapuskan nyamuk aedes
  2. Soal-menyoal: Kena saman polis di jalanraya
  3. Ciptaan: Penyidai baju vs pam basikal
Joanna Bessey
2 23 Januari 2008 Khir Rahman
  1. Jamuan petang Cik Kalsom
  2. Cerita berabjad: Tiga peserta Le Tour de Langkawi sesat
  3. Lagu untuk Anda
Khir Rahman
3 30 Januari 2008 Din Beramboi
Radhi Khalid
  1. Jamuan petang Cik Kalsom
  2. Cerita berabjad: Membeli ikan di pasar borong
  3. Permainan 'ting': Dua orang penari kebudayaan terperangkap dalam lif Hospital KL
Reza Zainal Abidin Douglas Lim tidak hadir
4 13 Februari 2008 Patrick Teoh
  1. Cerita berabjad: seekor singa terlepas dari Zoo Negara
  2. Genre: Jangan Pandang Belakang
  3. Pemberita berkepala 3: Durian terbesar dijumpai di Melaka/David Beckham menawarkan diri untuk melatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
Patrick Teoh
5 20 Februari 2008 Riezman Khuzaimi
  1. Penterjemahan: pembedahan kosmetik
  2. Soal-menyoal: doktor haiwan membantu kelahiran anak gajah
  3. Mereka-reka: Neck comforter vs hula hoop
Riezman Khuzaimi
6 27 Februari 2008 Joanna Bessey
  1. Jamuan petang Cik Kalsom
  2. Cerita berabjad: Pasukan sepak raga Malaysia di pusingan akhir Olimpik
  3. Tangan: Cara-cara memakai alat solek
Douglas Lim
7 5 Mac 2008 Patrick Teoh
  1. Berdiri membongkok duduk: Pertandingan wau di musim tengkujuh
  2. Jangan bergerak
  3. Dialog dalam baldi: Dua rakyat Malaysia mendaki Everest
8 12 Mac 2008 Khir Rahman
  1. Cerita berabjad: Memetik strawberi di Cameron Highlands
  2. Jangan bergerak
  3. Tangan: mari masak
Khir Rahman
9 19 Mac 2008 Riezman Khuzaimi
  1. Penterjemahan: Cara-cara membuat keropok lekor di planet Pluto
  2. Cerita berabjad: Berhari raya di rumah Perdana Menteri Switzerland
  3. Tangan: Lukiskan panorama Kuala Lumpur dari Menara KL
Riezman Khuzaimi
10 26 Mac 2008 Khir Rahman
  1. Jamuan petang Cik Kalsom
  2. Tangan: "Lunch"
Douglas Lim Hanya dua permainan dimainkan.
11 2 April 2008 Patrick Teoh
Din Beramboi
  1. Berdiri bongkok duduk: Menunggu durian runtuh
  2. Soal-menyoal: Rombongan meminang ke rumah bakal ibu mertua
  3. Dialog dalam baldi: Penjual DVD haram cuba merakam filem di pawagam
Din Beramboi Douglas Lim tidak hadir
12 9 April 2008 Patrick Teoh
  1. Permainan abjad: Menunggu penyu bertelur di Pulau Redang
  2. Genre: Transformers
  3. Rasa Sayang: Berhati-hati di jalan raya
Nell Ng
13 16 April 2008 Din Beramboi, Radhi Khalid
  1. Berdiri bongkok duduk:Tiga sahabat menyaksikan Mawi berlumba Formula Satu di litar Sepang
  2. Soal-menyoal:Memperbarui paspot di Jabatan Imigresen
  3. Dialog dalam baldi:Dua angkasawan nak berlepas ke angkasa lepas
Radhi Khalid Douglas Lim tidak hadir

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]