Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Abdul Aziz Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Aziz Shamsuddin
PSM; SSAP (Pahang); DGSM (Melaka); SPMP (Perak); DPMS (Selangor); DIMP (Pahang); DSDK (Kedah); PPN
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 17 Mac 2008
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehAzmi Khalid
Digantikan olehMuhammad Haji Muhd Taib
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Shah Alam
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehMohd Zin Mohamed
Digantikan olehKhalid bin Abdul Samad
Timbalan Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
1999–2004
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehMohd Khalid Yunus
Digantikan olehNoh Omar
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
1999–2004
Maklumat peribadi
Lahir(1938-06-10)10 Jun 1938
Gopeng, Perak, British Malaya (kini Malaysia)
Mati16 Oktober 2020(2020-10-16) (umur 82)
Pusat Perubatan Ara Damansara, Selangor, Malaysia
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Gunung Mesah, Gopeng, Perak
Parti politikUMNOBarisan Nasional
Tempat belajarUniversiti Malaya

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Shamsuddin (10 Jun 1938 – 16 Oktober 2020) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah kalah dalam bertanding untuk kerusi Parlimen Shah Alam.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng pada tahun 1946 dan Sekolah Kebangsaan Inggeris Gopeng pada tahun 1950. Selepas menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Iskandar Shah, Parit pada tahun 1957, beliau kemudian mengikuti kursus latihan perguruan di Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 1958. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Abdul Aziz mempunyai pengalaman berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai guru sekolah iaitu dari tahun 1961 sehingga 1971. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran pada tahun 1975 dan berkhidmat di bawah Mahathir Mohamad dan Musa Hitam. Pada tahun 1979, Abdul Aziz berpindah ke Kementerian Belia dan Sukan setelah dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan Belia di kementerian berkenaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad bermula dari tahun 1981 hingga tahun 1999.

Dato' Seri Abdul Aziz mula berkecimpung dalam arena politik setelah beliau menyertai UMNO di Cawangan Pelabuhan Kelang pada tahun 1969. Pada tahun 1980, Dato' Seri Abdul Aziz telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun iaitu pada tahun yang sama beliau dipilih sebagai Naib Pengerusi UMNO Cawangan Gunung Mesah. Beliau yang pernah dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004 kini memegang jawatan sebagai ketua UMNO Bahagian Gopeng. Selain itu, beliau juga adalah Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

  • AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2000-2003

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia pada hari Jumaat, 16 Oktober 2020, pukul 11.52 malam ketika berusia 82 tahun.[1][2] Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah, Gopeng, Perak.[3]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)


Penyandang Terdahulu Timbalan Menteri Pendidikan
19992004
Penyandang Kemudian
Mohd Khalid Yunus Noh Omar
Penyandang Terdahulu Menteri Luar Bandar dan Wilayah
20042008
Penyandang Kemudian
Azmi Khalid Muhammad Haji Muhd Taib
  1. ^ "Former Minister Abdul Aziz Shamsuddin dies". The Star. 17 Oktober 2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  2. ^ "Former minister Abdul Aziz Shamsuddin dies at 82". New Straits Times. 17 Oktober 2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  3. ^ "Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan". Astro Awani. 17 Oktober 2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.