A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada
A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada (1 September 1896–14 November 1977) ialah seorang sami Hindu dan pengasas Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa. Melalui misinya, beliau mengikut dan menyampaikan ajaran Caitanya Mahaprabhu, serta memperkenalkan yoga bhakti kepada orang Barat. Prabhupada ialah penulis mahakarya Bhagavad Gita Seperti Yang Ada.
Biografi ringkas
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan dengan nama Abhay Charan De di Kolkata, Bengal Barat, India, Prabhupada belajar di Kolej Scottish Church, Kolkata yang ketika itu ditadbirkan oleh British. Pada tahun-tahun kemudiannya sebagai sadhu Vaishnava, beliau menjadi komunikator teologi Gaudiya Vaishnava untuk India dan khususnya untuk dunia Barat melalui pengasasan Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (lebih dikenali sebagai "Hare Krishna") pada tahun 1966. Beliau diperihalkan sebagai seorang pemimpin yang berkarisma (dengan erti yang digunakan oleh ahli sosiologi Max Weber), dan berjaya memperoleh banyak pengikut di Amerika Syarikat, Eropah, dan tempat-tempat lain. [1][2]
Sebelum mengamalkan hidup sebagai seorang vanaprastha (atau penolak nikmat duniawi) pada tahun 1950, Prabhupada pernah berkahwin dengan mempunyai anak-anak dan memiliki sebuah perniagaan farmasi yang kecil. Beliau kemudian mengambil ikrar sannyasa (ikrar penolakan segala nikmat duniawi) pada 1959.
Bhaktisiddhanta Sarasvati Thakura
[sunting | sunting sumber]Dalam perjumpaan pertama Prabhupada dengan guru agamanya pada tahun 1922, Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati Thakura (1874–1937), memintai Prabhupada untuk berkhutbah ajaran Caitanya dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1933, Prabhupada menjadi pengikut yang diinitiasi secara formal. Bermula pada tahun 1944, beliau memulakan "Kembali ke Tuhan" (Back to Godhead), sebuah majalah dua minggu sekali dalam bahasa Inggeris, dan bertindak sebagai penerbit, penyunting, dan editor naskhah untuk majalah itu. Pada tahun 1947, Persatuan Gaudiya Vaisnava menghargai kesarjanaan Prabhupada dengan gelaran kehormat, Bhaktisiddhanta (bahasa Sanskerta: Seseorang yang mempunyai kedua-dua kesalihan dan pengetahuan. Kemudian pada tahun yang sama, gelarannya digantikan kepada Bhaktivedanta yang mempunyai maksud yang sama. Sila lihat Bhakti dan Vedanta).
Bermula pada tahun 1950, Prabhupada tinggal di sebuah kuil zaman pertengahan di Radha-Damodara di bandar suci Vrindavan dan memulakan penterjemahan mahakarya Sanskerta, Srimad Bhagavatam. Srila Bhaktisiddhanta Saraswati Thakura selalu menggalakkan Prabhupada, "Jika kamu mempunyai wang, cetakkanlah buku-buku itu!", ketika merujuk kepada Srimad Bhagavatam, Bhagavad Gita, Chaitanya Caritamrta, dan karya-karya asas yang lain.
Sannyasa
[sunting | sunting sumber]Prabhupada mengambil ikrar sannyasa (ikrar penolakan segala nikmat duniawi) pada tahun 1959 daripada pengikut sesama, Sri Bhakti Prajnana Keshava Maharaja, di Mathura. Selepas itu, beliau menerbitkan tiga daripada tiga puluh jilid terjemahan Bhagavata Purana 18,000-rangkap dan ulasannya. Prabhupada kemudian meninggalkan India untuk memenuhi misi rohaniah gurunya. Beliau hanya membawa sebuah beg pakaian, sekaki payung, bekalan bijirin kering, wang India yang bernilai lebih kurang tujuh dolar, dan beberapa kotak buku.
Misi ke Barat
[sunting | sunting sumber]Prabhupada belayar ke Bandaraya New York pada tahun 1965. Sesampai Julai 1966, beliau telah membawa Hare Krishna ke Barat dan mengasaskan Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON) di sana. Srila Prabhupada dikenali sebagai seorang yang betul-betul mengamalkan apa yang beliau berkhutbah; Kepimpinan melalui teladanmemimpin melalui teladan, beliau mengembangkan gerakannya daripada sebuah kumpulan kecil di New York pada tahun 1966 menjadi sebuah gerakan antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu orang. Ketika kematiannya di Vrindavan sebelas tahun kemudian (1977), ISKCON merupakan nama Hinduisme yang amat dikenali di dunia Barat.
Dalam tempoh dua belas tahun dari masa ketibaan Prabhupada ke New York sehingga hari-hari terakhirnya, beliau telah:
- mengeliling dunia sebanyak empat belas kali untuk membuat lawatan syarahan di enam buah benua;
- memperkenalkan pendidikan gurukul Veda kepada orang Barat;
- mengarahkan pengasasan Amanah Buku Bhaktivedanta, penerbit terbesar di dunia dalam bidang teks and ulasan agama Veda;
- mengasaskan Vrindaban Baru, sebuah koloni agama di Virginia Barat;
- menulis enam puluh buah buku (banyak buku ini boleh didapati dalam talian; here) mengenai falsafah, agama, kesusasteraan, dan kebudayaan Vedanta (termasuk empat buku dalam bahasa Bengali);
- melihat Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON) bertumbuh menjadi satu gabungan yang terdiri daripada melebihi 100 buah sekolah, institut, kuil, komuniti ladang, dan ashram.
Buku-buku adalah asas
[sunting | sunting sumber]Sumbangan utama Prabhupada sering dikatakan buku-bukunya. Dalam tempoh dua puluh tahun terakhirnya, Prabhupada menterjemahkan melebihi enam puluh jilid kitab Veda klasik (seperti Bhagavad Gita dan Srimad Bhagavatam) dalam bahasa Inggeris. Amat dihormati oleh komuniti akademik untuk autoriti, kedalaman, dan kejelasannya, buku-buku Prabhupada telah digunakan sebagai buku-buku teks piawai oleh banyak kursus kolej. [3] Penulisannya telah diterjemahkan dalam melebihi lima puluh bahasa. Amanah Buku Bhaktivedanta yang diasaskan pada tahun 1972 untuk menerbitkan karya-karya Prabhupada telah menjadi penerbit yang terbesar di dunia dalam bidang agama dan falsafah India. [4]
Reaksi kepada kematian Prabhupada
[sunting | sunting sumber]Prabhupada menghabiskan kebanyakan masa dalam dekad terakhirnya untuk mengasaskan institusi ISKCON. Sebagai ketua Persatuan, personaliti dan pengurusannya telah menyebabkan kebanyakan pertumbuhan ISKCON serta jangkauan misinya.
Ketika kematiannya pada 14 November 1977, sebelas daripada pengikut Prabhupada telah dipilih untuk menjadi guru pengesahan ISKCON, iaitu Tamala Krishna Gosvami, Satsvarupa dasa Gosvami, Jayapataka Swami [2] Diarkibkan 2005-04-24 di Wayback Machine, Hrdayananda Gosvami, Bhavananda Gosvami, Hamsaduta Swami, Ramesvara Swami, Harikesa Swami, Bhagavan dasa Adhikari, Kirtanananda Swami, dan Jayatirtha dasa Adhikari. Daripada sebelas orang guru ini, hanya empat nama yang pertama telah meneruskan perkhidmatan mereka dalam ISKCON.
Sejak kematian Prabhupada, ISKCON telah dikelolakan oleh Suruhanjaya Badan Pentadbiran. Srila Prabhupada mencipta badan ini untuk menangani hal-ehwal mengenai pengurusan harian dan piawaian rohaniah untuk pertubuhan dan ahli-ahlinya semasa beliau pergi ke tempat lain untuk berkhutbah. Kuasa dan misi badan ini telah berkembang sejak kematian beliau pada tahun 1977.
Pandangan tradisi-tradisi agama lain
[sunting | sunting sumber]Prabhupada menganggap Jesus, Nabi Muhammad, dan Nabi Musa sebagai wakil-wakil yang diberikan kuasa oleh Tuhan. Beliau menganggap mereka sebagai perintis untuk ajaran-ajaran yang pada dasarnya adalah sama dan yang mengaitkan manusia kepada Tuhan melalui kasih sayang dan pembaktian.
- "Sebenarnya, tak penting – Krishna atau Christ – nama adalah sama sahaja. Perkara utama ialah untuk mengikut perintah kitab-kitab Veda yang menyarankan berdikir nama Tuhan dalam zaman ini." (daripada Sains Kesedaran Diri, ISBN 91-7149-447-2)
Kesan Prabhupada terhadap orang India
[sunting | sunting sumber]Sejak bertahun-tahun, ISKCON telah berupaya memeliharakan taraf yang menarik untuk penyembahan dewa Veda dan penerbitan buku. Di India, ISKCON telah menjadi sebuah pertubuhan yang amat dihormati, dan kuil-kuilnya dipenuhi dengan beribu-ribu penziarah setiap hari. Banyak orang India telah diilhami oleh Prabhupada dan ISKCON untuk mengamalkan tradisi-tradisi Hindu mereka dengan serius dan berdedikasi. Oleh itu, walaupun terdapat banyak perbalahan terhadap ISKCON, salah satu daripada matlamat Prabhupada, iaitu untuk mengilhami semula orang-orang India terhadap budaya mereka sendiri, telah dicapai.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "Karisma tak tercam? Sebuah kajian dan pembandingan empat pemimpin berkarisma: Charles Taze Russell, Joseph Smith, L Ron Hubbard, Swami Prabhupada" oleh George D. Chryssides. Kertas kerja disampaikan di Persidangan Antarabangsa 2001, Pasar raya Rohaniah: Kemajmukan Agama pada Abad ke21, yang dianjurkan oleh by INFORM dan CESNUR (London, April 2001)
- ^ Knot, Kim "Insider and Outsider Perceptions of Prabhupada"" (Tanggapan Orang Dalam dan Orang Luar mengenai Prabhupada) dalam Jurnal Komunikasi ISKCON Jilid 5, No. 1, Jun 1997: "Dalam sebuah penilaian sifat guru, Larry Shinn, seorang cendekiawan agama, menggunakan analisa karisma Max Weber untuk memahami Prabhupada dan persoalan kepimpinan dalam ISKCON. Beliau perhatikan bahawa 'Prabhupada mendapat faedah daripada dua sumber berwibawa yang terjalin' (1987:40), iaitu autoriti tradisional keturunan pengikut (parampara) yang diwariskan oleh gurunya sendiri, dan autoriti karisma yang berasal daripada pencapaian rohaniahnya. Shinn juga perhatikan bahawa pewaris-pewaris Prabhupada dapat memainkan 'peranan tradisinya sebagai arcaya menginisiasi tetapi bukan [...] statusnya sebagai seorang pemimpin yang berkarisma'. (49) Shinn memberikan analisis berdasarkan autoriti sosiologi berbanding autori rohaniah (Vaishnava) untuk memahami peranan guru dalam ISKCON dan sifat-sifat unik Prabhupada." Lihat juga Larry D. Shinn (1987), The Dark Lord: Cult Images and the Hare Krishnas in America (Tuan Gelap: Imej-imej Kultus dan Hare Krishna di Amerika). Philadelphia: Percetakan Westview.(boleh didapati dalam talian) Diarkibkan 2008-07-06 di Wayback Machine
- ^ Kedua-dua kenyataan ini dibuat oleh Amanah Buku Bhaktivedanta dalam [[Bhagavad Gita Seperti Yang Ada di dalam bahagian "Mengenai pengarang". Bahagian ini juga diulangi dalam beberapa terbitan yang lain. Untuk perincian ulasan daripada komuniti akademik, sila lihat [1] Diarkibkan 2006-05-07 di Wayback Machine.
- ^ Kenyataan ini dibuat oleh Amanah Buku Bhaktivedanta dalam Bhagavad Gita Seperti Yang Ada di dalam bahagian "Mengenai pengarang".
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Vaishnavisme Gaudiya
- Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa
- Bhagavad Gita Seperti Yang Ada
- Hare Krishna
- Krishnologi
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa
- Buku-buku oleh Amanah Buku Bhaktivedanta
- Arkib Bhaktivedanta
- Syarahan-syarahan oleh Srila Prabhupada Diarkibkan 2021-05-07 di Wayback Machine
- Surat-surat Prabhupada
- Terjemahan Śrīmad Bhāgavatam oleh Srila Prabhupada
- Terbitan-terbitan Pra-1979 yang asal
- Menujui Dharma Varnasrama: Sebuah perlembagaan untuk ISKCON Diarkibkan 2006-07-12 di Wayback Machine
Sebahagian siri mengenai |
Agama Hindu |
---|
- Kelahiran 1896
- Kematian 1977
- Guru Hindu
- Sami Hindu
- International Society for Krishna Consciousness
- Pemimpin agama India
- Orang dari Kolkata
- Tokoh agama Gaudiya
- Penulis pemulih Hindu
- Krishnologi
- Krishna
- Orang Benggala
- Alumni Scottish Church College, Calcutta
- Alumni University of Calcutta
- Penganut Hare Krishna India