Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Cisural

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cisural
298.9 ± 0.15 – 273.01 ± 0.14 Ma
Peta dunia sewaktu permulaan epok Cisural.
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
SinonimPerm Awal/Bawah
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP konodon Streptognathodus isolatus dalam morfojenis kronoklin Streptognathodus wabaunsensis
Sempadan bawah GSSPAidaralash, Pergunungan Ural, Kazakhstan
50°14′45″N 57°53′29″E / 50.2458°N 57.8914°E / 50.2458; 57.8914
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1996[1]
Takrif sempadan atasDKP konodon Jinogondolella nanginkensis
Sempadan atas GSSPNgarai Stratotype, Pergunungan Guadalupe, Texas, Amerika Syarikat
31°52′36″N 104°52′36″W / 31.8767°N 104.8768°W / 31.8767; -104.8768
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2001[2]

Cisural merupakan nama untuk siri/epok pertama tempoh Perm. Epok Cisural didahului dengan epok Pennsilvania dan diikuti dengan epok Guadalup. Epok Cisural dinamakan sempena lereng barat Pergunungan Ural di Rusia dan Kazakhstan, dan bertarikh antara 298.9 ± 0.15 – 272.3 ± 0.5 juta tahun dahulu (jtd).[3]

Dalam stratigrafi serantau di barat daya Amerika Utara, epok Cisural merangkumi dua siri: Wolfkampian (peringkat Asselian sehingga pertengahan peringkat Artinskian) dan Leonardian (pertengahan peringkat Artinskian hingga peringkat Kungurian).[4][5][6]

Sewaktu epok ini benua Gondwana bertembung dengan benua Laurusia dan mencipta orogeni Alleghenian di Amerika Utara masa kini.[7] Di barat laut Eropah, orogeni Hersinian berterusan.[7] Hal ini menyebabkan pewujudan adibenua besar yang dikenali sebagai Pangea pada pertengahan epok Perm awal, yang akan memberi kesan terhadap iklim.[7]

Pada permulaan tempoh Perm, Zaman Ais Palaeozoik Akhir yang bermula pada tempoh Karbon berada di kemuncaknya. Glasier surut sepanjang akhir epok Cisural apabila iklim Bumi semakin panas,[8] terutamanya semasa Peristiwa Pemanasan Artinskian[9] yang mengeringkan bahagian dalam benua itu[10][11][12] Jalur pan-tropika Pangea mengalami kekeringan yang ketara pada epok ini.[13][14][15]

Kepelbagaian biologi

[sunting | sunting sumber]

Pinggiran paya kebanyakannya adalah paku-pakis, paku-pakis berbenih, dan likofita. Siri ini menyaksikan kemunculan kumbang dan lalat.[7]

Paya arang batu dari tempoh Karbon berterusan dan herbivor seperti Diadectes dan Edaphosaurus muncul.[16] Hal ini menunjukkan bahagian dalam yang kering dengan serangga kecil. Caseid dan prototherapsid Tetraceratops muncul.[16] Kehidupan marin berkemungkinan lebih mempelbagai berbanding zaman moden kerana iklim semakin panas. [7] Jerung yang luar biasa seperti Helicoprion terus wujud dalam siri ini.

Fauna darat epok Perm awal didominasi oleh pelikosaur, diadektida, dan amfibia.[17][18] Pelikosaur muncul semasa epok Karbon Akhir, dan mencapai puncaknya sewaktu epok Cisural sehingga kekal menjadi haiwan darat yang dominan selama kira-kira 40 juta tahun [16][19] Beberapa jenis haiwan tersebut terus wujud sehingga ke peringkat Kapitanian. Akhirnya haiwan-haiwan tersebut digantikan dengan terapsida.[16]

Subbahagian

[sunting | sunting sumber]
  • Peringkat Asselian (298.9 ± 0.15 – 294.6 ± 0.8 Ma)
  • Peringkat Sakmarian (294.6 ± 0.8 – 290.1 ± 0.7 Ma)
  • Peringkat Artinskian (290.1 ± 0.7 – 283.5 ± 0.7 Ma)
  • Peringkat Kungurian (283.5 ± 0.7 – 272.3 ± 0.5 Ma)
  • New Zealand
    • Telfordian (289 – 278 Ma)
    • Mangapirian (278 – 270.6 Ma)
  1. ^ Davydov, Vladimir; Glenister, Brian; Spinosa, Claude; Ritter, Scott; Chernykh, V.; Wardlaw, B.; Snyder, W. (March 1998). "Proposal of Aidaralash as Global Stratotype Section and Point (GSSP) for base of the Permian System" (PDF). Episodes. 21: 11–18. doi:10.18814/epiiugs/1998/v21i1/003. Dicapai pada 7 December 2020.
  2. ^ "GSSP for Roadian Stage". International Commission on Stratigraphy. Dicapai pada 13 December 2020.
  3. ^ Gradstein, Felix M.; Ogg, James G.; Smith, Alan G. (2004). A Geologic Time Scale 2004. Cambridge University Press. ISBN 9780521786737.
  4. ^ Ross, C. A.; Ross, June R. P. (1995). "Permian Sequence Stratigraphy". The Permian of Northern Pangea. m/s. 98–123. doi:10.1007/978-3-642-78593-1_7. ISBN 978-3-642-78595-5.
  5. ^ "Permian: Stratigraphy". UC Museum of Paleontology. University of California Berkeley. Dicapai pada 17 June 2021.
  6. ^ Henderson, C.M.; Shen, S.Z.; Gradstein, F.M.; Agterberg, F.P. (2020), "The Permian Period", Geologic Time Scale 2020 (dalam bahasa Inggeris), Elsevier: 875–902, doi:10.1016/b978-0-12-824360-2.00024-3, ISBN 978-0-12-824360-2, dicapai pada 2023-09-12
  7. ^ a b c d e "Permian Period". Encyclopædia Britannica. 16 October 2018. Dicapai pada 18 April 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Perm" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Scotese, Christopher R.; Song, Haijun; Mills, Benjamin J. W.; van der Meer, Douwe G. (April 2021). "Phanerozoic paleotemperatures: The earth's changing climate during the last 540 million years". Earth-Science Reviews. 215: 103503. Bibcode:2021ESRv..21503503S. doi:10.1016/j.earscirev.2021.103503. ISSN 0012-8252. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2021. Dicapai pada 18 March 2023.
  9. ^ Marchetti, Lorenzo; Forte, Giuseppa; Kustatscher, Evelyn; DiMichele, William A.; Lucas, Spencer G.; Roghi, Guido; Juncal, Manuel A.; Hartkopf-Fröder, Christoph; Krainer, Karl (March 2022). "The Artinskian Warming Event: an Euramerican change in climate and the terrestrial biota during the early Permian". Earth-Science Reviews. 226: 103922. Bibcode:2022ESRv..22603922M. doi:10.1016/j.earscirev.2022.103922. Dicapai pada 30 October 2022.
  10. ^ Michel, Lauren A.; Tabor, Neil J.; Montañez, Isabel P.; Schmitz, Mark D.; Davydov, Vladimir (15 July 2015). "Chronostratigraphy and Paleoclimatology of the Lodève Basin, France: Evidence for a pan-tropical aridification event across the Carboniferous–Permian boundary". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 430: 118–131. Bibcode:2015PPP...430..118M. doi:10.1016/j.palaeo.2015.03.020.
  11. ^ Palaeos: Life Through Deep Time > The Permian Period Diarkibkan 2013-06-29 di Wayback Machine Accessed 1 April 2013.
  12. ^ Grossman, Ethan L.; Yancey, Thomas E.; Jones, Thomas E.; Bruckschen, Peter; Chuvashov, Boris; Mazzullo, S. J.; Mii, Horng-sheng (24 October 2008). "Glaciation, aridification, and carbon sequestration in the Permo-Carboniferous: The isotopic record from low latitudes". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 286 (3–4): 222–233. Bibcode:2008PPP...268..222G. doi:10.1016/j.palaeo.2008.03.053. Dicapai pada 30 October 2022.
  13. ^ Forte, Giuseppa; Kustatscher, Evelyn; Roghi, Guido; Preto, Nereo (15 April 2018). "The Permian (Kungurian, Cisuralian) palaeoenvironment and palaeoclimate of the Tregiovo Basin, Italy: Palaeobotanical, palynological and geochemical investigations". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 495: 186–204. Bibcode:2018PPP...495..186F. doi:10.1016/j.palaeo.2018.01.012. Dicapai pada 22 December 2022.
  14. ^ Mujal, Eudald; Fortuny, Josep; Marmi, Josep; Dinarès-Turell, Jaume; Bolet, Arnau; Oms, Oriol (January 2018). "Aridification across the Carboniferous–Permian transition in central equatorial Pangea: The Catalan Pyrenean succession (NE Iberian Peninsula)". Sedimentary Geology. 363: 48–68. Bibcode:2018SedG..363...48M. doi:10.1016/j.sedgeo.2017.11.005. Dicapai pada 22 December 2022.
  15. ^ Matamales-Andreu, Rafal; Mujal, Eudald; Dinarès-Turell, Jaume; Kustatcher, Evelyn; Roghi, Guido; Oms, Oriol; Galobart, Àngel; Fortuny, Josep (May 2022). "Early–middle Permian ecosystems of equatorial Pangaea: Integrated multi-stratigraphic and palaeontological review of the Permian of Mallorca (Balearic Islands, western Mediterranean)". Earth-Science Reviews. 228: 103948. Bibcode:2022ESRv..22803948M. doi:10.1016/j.earscirev.2022.103948. Dicapai pada 3 January 2023.
  16. ^ a b c d Kazlev, M. Alan (4 May 2002). "The Cisuralian Epoch". palaeos.com. Dicapai pada 18 April 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Paleos" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  17. ^ Huttenlocker, A. K., and E. Rega.
  18. ^ "NAPC Abstracts, Sto – Tw". berkeley.edu.
  19. ^ Brocklehurst, Neil; Kammerer, Christian F.; Fröbisch, Jörg (23 June 2013). "The early evolution of synapsids, and the influence of sampling on their fossil record". Paleobiology. 39 (3): 470–490. Bibcode:2013Pbio...39..470B. doi:10.1666/12049. Dicapai pada 2 April 2023.