Celak
Celak (Jawi: چلق ) ialah bahan kosmetik yang digunakan untuk mewarna kawasan sekeliling mata pemakai agar ia lebih menyerlah bentuknya.
Sejarah pemakaian
[sunting | sunting sumber]Pemakaian celak ini telah didapati sejak zaman Mesir Purba, malah ia turut dipakai masyarakt Berber dan Arab pada muka sebagai penunjuk status dari abad ke-7 di Semenanjung Arab lalu merebak ke kawasan Afrika Utara sejak tempoh itu.[1] Nabi Muhammad sendir mengalakkan penggunaan celak kepada masyarakatnya kerana pengunaannya dipercayai baik untuk mata,[2] malah ia masih dipakai sesetengah penganut Islam sebagai suatu amalan tanda patuh pada bulan Ramadan.[3][4]
Komposisi kimia
[sunting | sunting sumber]Celak moden yang berasaskan lilin (merangkumi 50% berat produk akhir) dihasilkan daripada 20 jenis bahan lembut yang mudah disapu pada kulit pemakai. Stearil heptanoat merupakan bahan paling umum dalam kebanyakan celak kosmetik moden. Bahan-bahan pigmen yang biasa dalam celak moden termasuk ferum oksida hitam serta juga titanium dioksida dan Prussian blue dalam bilangan yang lebih kecil dan surih.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sault, Nicole Landry. Many Mirrors: Body Image and Social Relations.
- ^ IslamQA fatwa 44696: "Pure kohl is beneficial to the eyes and is not harmful" dicapai 18 September 2015
- ^ "Tradisi unik muslim Yaman rias mata dengan kohl saat Ramadan". Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-22. Dicapai pada 2018-04-06.
- ^ "KOHL IN HIS EYE: A man winced as kohl was applied to his eyelids at the Grand Mosque during the Muslim holy fasting month of Ramadan in San'a, Yemen". Wall Street Journal. 27 Julai 2013.
- ^ Cunningham, J. ""Color cosmetics"". Dalam D. F. Williams; W. H. Schmitt (penyunting). Chemistry and Technology of the Cosmetics and Toiletries Industry. Springer. ISBN 978-94-010-7194-9.